Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bacalah Saudaraku . . .


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
Bacalah Saudaraku . . .


Assalamualaikum,,,


Pesanan Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa..  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:  "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam  kita wajib menghormati azan.  Banyak
fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,  Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak.


Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul
maut menghampiri kami.  Amin..  amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya.
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak  derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa
terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi  tidak
ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untuk
memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai'
melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah
seringkali  berfikir 2 atau 3 kali.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard