Dong Jiao Zong tidak yakin -- Pelaksanaan ajar bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan
Oleh: HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 26 April - Gabungan dua pertubuhan pendidikan utama Cina, Dong Jiao Zong percaya pelaksanaan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan (SK) tidak akan dapat menarik minat masyarakat Cina untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Presidennya, Quek Suan Hiang berkata, ini kerana pendedahan yang diterima sepanjang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tidak sama dengan apa yang boleh mereka peroleh di SK.
Katanya, oleh sebab itu beliau berpendapat kebanyakan orang Cina tidak akan memilih SK kerana merasakan tempoh enam tahun di SJKC sangat penting dalam menyediakan asas yang kukuh bagi membentuk jati diri kaum Cina kepada anak-anak mereka.
Namun beliau mengakui bahawa langkah yang hendak diperkenalkan itu adalah baik,*(1) tetapi dalam masa yang sama berharap tindakan ini bukanlah menjurus kepada usaha untuk menafikan peluang rakyat memilih sekolah bagi anak-anak mereka di masa depan.
``Bukan itu sahaja, kita juga meminta guru-guru bahasa Mandarin yang akan ditempatkan di SK kelak tidak akan diambil daripada guru-guru SJKC yang sedia ada memandangkan di SJKC juga mengalami kekurangan guru bahasa Mandarin.
``Keseluruhannya saya sifatkan ia satu polisi yang baik untuk negara tetapi dalam melaksanakannya, ia harus dilakukan dengan persiapan yang lengkap, baik dari segi guru dan juga kemudahannya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan telah memutuskan yang bahasa Mandarin dan Tamil akan diajar di SK supaya ia menjadi sekolah pilihan utama rakyat.
Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, langkah ini bagaimanapun tidak akan dilaksanakan secepat yang mungkin kerana memerlukan pengambilan guru-guru bahasa.
Dong Jiao Zong, iaitu singkatan kepada Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pertubuhan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) pernah mencetuskan kontroversi tiga tahun lalu apabila menentang keras dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di SJKC.
Suan Hiang yang juga Presiden Dong Zong berpendapat, langkah terbaru yang diumumkan semalam hanya akan menarik minat sebilangan kecil sahaja ibu bapa dari kaum bukan Melayu untuk menghantar anak-anak ke SK.
``Sebabnya, bukan sahaja dari segi persekitaran sekolah yang lebih banyak pendedahan kepada budaya Cina tetapi juga melibatkan aliran pendidikan SJKC yang menggunakan bahasa Mandarin.
``Ini saya rasa bukan sahaja melibatkan kaum Cina, tetapi juga bagi kaum India, malah jika orang Melayu juga berhadapan dengan pilihan antara SK dan sekolah aliran Inggeris maka sudah tentu akan pilih SK.
``Kerana apa? kerana untuk mendedahkan anak-anak kita dengan budaya kita sejak dari awal lagi yang mana pada peringkat umur demikian ia penting bagi memberikan mereka asas yang kukuh,'' ujarnya.
Sementara itu ketika ditanya apakah ada cara lain yang boleh menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan SK sebagai sekolah pilihan rakyat Malaysia, beliau berkata:
``Itu terpulang kepada kerajaan untuk tentukan bagaimana kaedah kerana itu adalah tugas mereka.*(2)
``Saya tidak ada apa hendak bagi pandangan tetapi apa yang penting semua rakyat perlu diberi peluang memilih sekolah,'' tegasnya.
Begitu lah... rakan-rakan dan sahabat sahabat ku jemaah forum sekalian...
President Dong Jiao Zong, Quek Suan Hiang sendiri mengakui bahawa langkah yang diperkenalkan itu adalah baik *(1)... tetapi beliau bertindak menentangnya.
Hakikatnya beliau sedar bahawa kebaikan rancangan akan memberikan advantage kepada anak-anak bangsa kita di masa depan. (it will put the Malay on some sort of level ground while dealing with the chinese/indian)
Beliau gagal melihat bahawa rancangan yang ini akan mempromosikan kefahaman bersama (mutual understanding) dikalangan semua Bangsa di Malaysia. Satu aspek yang amat penting bagi menjaga keamanan pelbagai kaum di Malaysia.
Setelah mengecam rancangan kerajaan, Beliau gagal memberikan apa-apa saranan kepada kerajaan.*(2)
Begitulah rakan rakan dan sahabat sahabat ku jemaah forum sekalian... Tingkah-laku dan perangai satu bangsa yang tiada konsep bersyukur dalam hidupnya. Tidak sedar hakikat bertuahnya mereka hidup sebagai bangsa cina di bumi Malaysia. Penuh dengan sikap angkuh.
Bangsa cina di Indonesia & Thailand nak simpan nama keluarga pun tak dibenarkan.
Kita sebagai orang melayu tidak prejudis terhadap bangsa mereka. Semua yang dipinta, kerajaan tunaikan. Inilah cara mereka berterima kasih.
Seingat saya, time saya sekolah dulu dah memang ada kelas bahsa cina, time kita pelajar melayu masuk kelas agama dia org belajar cina, hairan kenapa timbul ketidak yakinan tu ya'?
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
senang aje bro betera... mereka ni nak kan malaysia... nak jadikan bangsa yg dipandang mulia di malaysia... dalam politik pembangunan pun dah terbukit... bahawa ekonomi telah di teraju oleh mereka dan dari segi pelajaran pun sama juga... anak2 bangsa melayu telah didedahkan dengan perjudian, maksiat, disko, dadah dan sebagainya.... yg tukang jual mereka dan yang membeli org melayu.... mencuri, merompak, merempit dan me me me semuanya anak bangsa kita.... merosakan bangsa melayu... umno banyak kali mengusahakan bangsa agama negara... tapi org melayu pecah belah demi pangkat darjat dan jawatan... pasal tu tun dr mahadir pernah berkata MELAYU MUDAH LUPA & PRESIDEN TAK AKAN MENJADI HAK MELAYU kita renung2kan lah.....akal mereka lebih bijak dari org melayu... disebabkan mereka dah kuasai og melayu... dan sikap melayu selalu ada PHD...Perasaan Hasat Dengki sesama kita.... ni semua cuma lakonan mereka sahaja... utk kelirukan kita. so pada jemmah harus lah berhati2
Macamtu lah sifat ni yang susah nak kikis dalam diri kita ni, biar pun kita berada dalam 1 kelompok kecil mesti ada sifat P.H.D ni tak perlu kelompok la ada bertiga pun dah cukup, sure ada punyalah apatah lagi dalam kelompok yg besar, kampung, pertubuhan, etc herrmm' kita ambik iktibar ajalah' niat kita biar bersih demi fisabilillah ini. Kalau ada bangsa kita buat apa patut kita beri sokongan dari segi apa pun yang termampu.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
Kita perlu sedar sebenarnya Bangsa kita merupakan bangsa yang diberikan RAHMAT dari Allah SWT.
Kegagalan kita menyedari Hakikat ini mendalangi semua masalah kita. Senang cerita Orang Melayu perlu sedar tempat mereka di dunia sebagai khalifah Allah.
Pepecahan dikalangan bangsa Melayu (PHD dll) sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan pepecahan yang terjadi dikalangan Bangsa Arab. (nonetheless it is a problem we have to tackle as soon as possible)
Sampai perang sesama mereka ... (anybody remember the Iran - Iraq war ? 1980-1988)
Jadi sudah sampai masanya agar kita menjadi matang/dewasa sebagai satu bangsa...
Perkemabangan terbaru hari ini tentang isu diatas...
Pemuda Umno saran agar seruan Dong Jiao Zhong diketepikan sama sekali.