Malam tadi hamba telah pergi bersama-sama Ahli2 RnD yang diketuai oleh Kekanda Mas dan wakil ayahanda ke Pantai Dalam bagi menghantar bantuan mangsa kebakaran baru2 nie.......kami sampai dalam pukul 10.40 mlm..agak lewat jugak.....kami disambut oleh orang kampong disitu dengan mesra..kami pun tidak melengahkan masa bergegas mengangkat barang2 bantuan...ramai jugak yang hadir...kalau ikut perancangan Kekanda Mas bantuan nie akan dihantar sehari selepas kebakaran tetapi keadaan tidak mengizinkan.....
Hamba agak terharu dan sedih bila terdengar 130 keluarga(kalau silap tlg betulkan ye) hilang tempat tinggal.....hamba mendapati ramai yang menghantar bantuan...alhamdulillah....sekurang2nya dapat meringankan beban mangsa kebakaran tu......
Hamba berharap sesiapa yang ingin menderma untuk mangsa kebakaran di pantai dalam tu...boleh menghubungi zackbiker atau ahli RnD atau pergi ke RnD kajang....dermalah seikhlas yang boleh.....
Sebelum kami pulang, kami sempat bergambar bersama sebahagian mangsa kebakaran....kami berdoa supaya ramai yang ingin menghantar bantuan untuk mangsa kebakaran nie...cubit peha kiri peha kanan terasa.....ingatlah setiap derma yang kita derma itu,ia akan membantu kita diakhirat nanti....cukup sampai disini je,nak cerita lagi kita boleh jumpe....insyaallah
Tok Bendahara bekali-kali menelefon saya bertanyakan lokasi penempatan mangsa dan lokasi konvoi R&D. Saya pun tak sempat nak jawab sebab tengah drive. Ingatkan lama menunggu, Tok Bendahara pun mungkin sudah pulang. Tapi kagum saya dengan semangat Tok Bendahara yang sanggup menunggu di bawah flyover di Pantai Dalam tu walaupun kami lewat beberapa jam. Akhirnya dapat juga Tok Bendahara bersama-sama melibatkan dalam program kebajikan tersebut. Alhamdulillah.
Syabas, terima kasih dan penghargaan dari saya dan adik beradik seperjuangan.
Kehadiran Tok Bendahara tidak kanda ketahui sama sekali. Dah salam dah berbual baru tahu bahawa beliau adalah tok bendahara. Masyaallah, terkejut sekali kanda di buatnya, kacak teramat sangat, semangat begitu kental, jelas tergambar dari genggaman salam yg menusuk jiwa. Lepas dikenali, kami bersalaman semula dengan lebih erat... ahlan wassahlan dinda tok bendahara...
Kanda bangga sekali dengan semangat dinda, kerana ini sudah kali ke dua kanda di fahamkan dinda mencuba utk bersama program rnd. Dan yg mahal tu, dinda junga turut main buah dalam menghulur derma...
Sebenarnya jumlah derma sebanyak itu adalah sumbangan anggota taskforce yg hadir, selebihnya ditampung oleh kantin bukit aman. Itu lah hasil titik peluh mujahid yg berjuang dalam hujumah iqtisodiah di kantin bukit aman selama ini. Dapat juga meringankan beban mangsa kebakaran.
Kehadiran kami sekadar menunjukkan Islam itu hidup dan ujud, sekadar menunjukkan keperihatinan dan simpati. Mendoakan kesejahteraan dan ketenteraman si mangsa.
Yang lebih terharu ialah apabila mendapat pujian jelas dari ketua unit kebajikan UMNO simpang tiga iaitu Kak Leha yg mengatakan KALAULAH SEMUA PEMUDA MALAYSIA BERSIKAP MACAM ANGGOTA R&D INI, ALANGKAH AMANNYA MALAYSIA... kami sedih dan terharu sekali sambil mengembalikan pujian itu kepada allah dengan ucapan ALHAMDULILLAH...
Syabas pada Zack, Daeng, Wan Bos, Tok Bendahara dll....
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
tahniah...patut diadakan TOKOH AHLI PEKIDA...sebagai penghargaan buat mereka/kami...hehee... lepas ni mesti ramai ahli bertukar perangai..berubah...alhamdulillah
Originally posted by: zackbikers "Assalamualaikum...///
Tok Bendahara bekali-kali menelefon saya bertanyakan lokasi penempatan mangsa dan lokasi konvoi R&D. Saya pun tak sempat nak jawab sebab tengah drive. Ingatkan lama menunggu, Tok Bendahara pun mungkin sudah pulang. Tapi kagum saya dengan semangat Tok Bendahara yang sanggup menunggu di bawah flyover di Pantai Dalam tu walaupun kami lewat beberapa jam. Akhirnya dapat juga Tok Bendahara bersama-sama melibatkan dalam program kebajikan tersebut. Alhamdulillah.
Syabas, terima kasih dan penghargaan dari saya dan adik beradik seperjuangan. "
Hendak seribu daya tak hendak seribu daleh... Tahniah kepada tok bendahara...
Ada gambar tak...?
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
TAHNIAH BUAT WARGA RND, semoga kalian semua dirahmati oleh-NYA.
*p/s:- go,go,go RND PEKIDA...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Yang lebih terharu ialah apabila mendapat pujian jelas dari ketua unit kebajikan UMNO simpang tiga iaitu Kak Leha yg mengatakan KALAULAH SEMUA PEMUDA MALAYSIA BERSIKAP MACAM ANGGOTA R&D INI, ALANGKAH AMANNYA MALAYSIA... kami sedih dan terharu sekali sambil mengembalikan pujian itu kepada allah dengan ucapan ALHAMDULILLAH...
Syabas pada Zack, Daeng, Wan Bos, Tok Bendahara dll....
Mardhotillahhhhh... semuga mendapat redho allah hendaknya.
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"