Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BACA TULISAN NIEEEEEE!!!!!!!!!!!!


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:
BACA TULISAN NIEEEEEE!!!!!!!!!!!!



 


Moral Yang Tergugat

Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005



Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar, salah satu tugas kita yang paling mencabar dalam membesarkan anak gadis kita ialah mengekang keghairahan mereka untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Gara-gara risau akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang sungguh kerap meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum, terlibat gejala dadah dan berbual dengan lelaki yang tidak mereka kenali. Memang sukar kerja itu tetapi ia perlu dilaksanakan juga. Kini, sudah muncul satu topik baru dalam senarai berbahaya kita itu. Topiknya ialah “serbuan dan tangkapan” yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pegawai agama. Bagaimana caranya kita mewaspadakan anak-anak akan perkara ini? Apakah kita perlu memberitahu mereka agar menelefon kita secepat mungkin dan tidak mempedulikan orang-orang ini? Ataupun apakah kita perlu beritahu anak-anak agar mematuhi kehendak pegawai agama ini yang pastinya bertindak mengeluarkan arahan yang sungguh memalukan kita?


Tindakan menyerbu salah satu disko bandaraya Kuala Lumpur tentu membawa kesedaran kepada kita kerana ia mendedahkan sikap kurang ajar orang-orang ditugaskan membuat kerja-kerja ini. Apakah tindakan mereka mengaibkan orang-orang yang mereka periksa itu melegakan mereka? Apakah mereka lega dengan hitungan pahala yang mereka dapat untuk memasuki gerbang syurga dengan tindakan memaksa gadis-gadis muda menunjukkan bahagian badan kepada mereka. Sedangkan inilah kumpulan gadis muda yang mesti berpakaian menutup aurat agar tidak menggoda mereka? Sebagai seorang ibu saya memang begitu mual dengan kejadian ini. Sudahlah kita kerap dihantui ancaman pihak yang mengganggu keselamatan anak-anak kita, bagaimana pula caranya menangani pegawai-pegawai agama ini (JAWI - penterjemah) yang seolah-olah direstui perbuatannya oleh kerajaan negeri? Tentu tidak, kerana bukannya kerja mudah untuk memekap dan memeramkan anak-anak kita di rumah begitu sahaja. Perbuatan begini bukan sahaja akan membuatkan mereka menjadi degil dan memberontak, tetapi kalau mereka sudah berusia lebih 21 tahun kita tidak lagi mempunyai hak mengunci anak-anak kita di rumah. Jika demikian, bagaimana caranya kita mahu melindungi anak-anak daripada kumpulan yang taksub ini?


Jawapannya ialah kita mesti hentikan segala sifat membiarkan keadaan begini terus berlaku. Tangkapan dan penggeledahan semacam ini mestilah dihentikan kerana ia adalah sama dengan sifat hipokrasi dan bermuka-muka. Pada prinsipnya kalau satu golongan penduduk kita tidak boleh keluar malam di disko kerana takutkan mereka dirasuk pengaruh tidak bermoral, kenapa mesti digeledah hanya satu disko sahaja pada sesuatu malam? Kita tidak mahu membincangkan perihal kesopanan dan sensitiviti tangkapan semacam ini, kerana kita mahukan segala kegiatan pemeriksaan mendadak sebegini mesti dihentikan. Kita perlu bertindak menentang perbuatan yang begitu memalukan, lebih-lebih lagi asas dilakukan pemeriksaan seperti itu masih boleh diragukan nawaitunya. Kita harus pertanggungjawabkan kelompok yang melakukan penggeledahan semacam ini sebagai orang-orang yang bertanggungjawab merosakkan anak-anak kita, kerana menakut-nakut dan mengaibkan mereka tidak tentu fasal. Lagi pun kerja-kerja mereka itu dibuat atas nama agama, kesannya anak-anak ini akan membenci terus agama mereka.


Apakah caranya kita mahu meyakinkan mereka betapa agama mereka itu adil dan penyayang sedangkan orang-orang yang melantik diri sendiri sebagai penjaga keluhuran agama itu ternyata tidak bersikap begitu? Secara terus terang biarlah saya nyatakan di sini, kalaulah saya salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang telah diaibkan oleh kumpulan begini, sudah pasti saya akan menyaman mereka hingga ke lubang cacing. Apa yang sudah berlaku sebenarnya sudah menguji kesabaran kita hingga ke garisan penamatnya, kalau pun tidak ke tahap kita terus putus asa.


Tibalah masanya kita mesti bertindak tegas kalau kita mahu melihat negara kita ini bergelar sebuah negara Islam yang moden. Kita mesti bertegas dan bersungguh-sungguh. Seandainya kita mahu mempertahankan imej sebuah masyarakat toleran dan adil, kita mesti menentang kumpulan yang tidak adil dan tidak toleran ini yang ternyata begitu riang menyalahgunakan apa juga kuasa yang ada di tangan mereka. Kita harus tentang segala usaha serbuan dan tangkapan di kelab-kelab malam dan jua ke atas pasangan berdua-duaan (yang memadu asmara? – penterjemah). Hakikatnya nanti kita bertanggungjawab hanya kepada Yang Maha Esa sebagai Bos kita. Siapakah orang-orang yang menganggap diri mereka sebagai proksi Bos kita di bumi ini? Maafkan saya bercakap begini, tetapi sudah tentu kita tidak mahu sekumpulan manusia seperti ini yang ternyata sakit (mental?) dan mahu membelek-belek anak gadis kita yang ketakutan atas nama jabatan agama yang berkuasa.


Di mana sahaja saya menjelajah negara membangun ramai orang yang memberitahu saya betapa mereka kagum melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Inilah negara yang menjadi contoh dan menunjukkan apa juga boleh dicapai kalau kepentingan rakyat diambil-kira selalu. Mereka kagum dengan cara kita menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum sambil meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan, kemudahan rumah kediaman dan kemudahan perubatan yang boleh berdaya-saing dengan negara-negara maju. Tup-tup berlaku pula kejadian serbuan dan tangkapan semacam ini, memalukan kita hingga tidak tahu macam mana nak sorok muka. Percayalah saya, hanya mereka yang ada otak macam Taliban (dan mereka yang mahu melihat Malaysia jatuh standardnya setakuk dua) beranggapan bahawa serbuan dan tangkapan semacam ini adalah baik. Orang yang berfikiran bahawa dunia tidak memerhatikan kita adalah kelompok yang hidup laksana katak di bawah tempurung.


Apakah kesan semua ini nanti? Mereka yang berharta sudah tentu akan menghantar anak-anak mereka keluar negara kerana tidak mahu mereka diaibkan oleh kegiatan (pegawai JAWI) seperti ini. Ini bererti bahawa jurang pemisah akan bertambah luas, apa lagi dengan renggangnya hubungan rapat mengenai kampung halaman sendiri yang akan tersisih jauh daripada anak-anak yang dihantar belajar luar negara. Mereka yang tinggal akan menjadi semakin membenci akan nasib buruk mereka. Sesungguhnya kita sedang berada di puncak gunung berapi yang hampir meledak disebabkan golongan muda-mudi yang semakin memberontak. Siapakah yang patut kita persalahkan?


 


Marina Mahathir


 



-- Edited by carlos alonso at 00:08, 2005-04-29

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

Masyaallah..


kenapa bolleh kata macam nie.. tindakan serbuan harus dijalankan.. kalau tak.. macam mana anak2 muda yang selalu berfoya2 di kelab2 malam ingin memberhentikan kegiatan mereka.. kalau buat serbuan akan jatuh standard konon.. dah malaysia terkenal sebagai negara islam.. takkan kita nak bagi org islam terkenal dengan budaya berfoya2 dikelab malam.. nama bagus.. belajar tinggi2.. kenapa fikir guna otak.. tapi tak guna akal dan hukum islam.. bak kata bapaknya.. Melayu Mudah Lupa.. anak dia pun dah lupa kot???



__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

pasal isu gejala sosial anak2 nih selalunyer pengaruh rakan2..


tapi rakan yg jahat tuh belajar dari sapa? mak bapak depa ka???



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:

kita tau banyak api disitu...api cuba lawan dengan air...mana tau ada manfaatnya...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

banyak pihak perlu terbabit untuk membendung dan mengatasinyer......


bagaimanapun akhlak itu sendiri bermula dari rumah..................jangan nak menunding jari pada satu2 pihak jer.




-- Edited by ices at 00:06, 2005-04-29

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

bile kite bercakap tentang agama bukan akal fikiran yang menjadi panduan tetapi Al-Quran & Sunnah yg dijadiakn panduan. malah tidak perlu manusia mempertingkaikan hukum yg telah ditetapkan oleh Allah yg maha mengetahui dan hukumnya adalah relevan untuk mana2 zaman.


allah amat suke kepada hambanya yang meminta2 terhadap-Nya, tetapi sekiranya hamba yang dijadikan oleh- Nya lupe dan tidak mahu meminta dr-Nya maka allah akan memakse hamba2-Nya yg tidak bersyukur ini meminta setelah diingatkan kembali dengan diturunkan azab atau bala.


negara islam ialah negara yang tidak membezakan agama dari segi aspek kehidupan samada dr segi pelaksanaan undang2 dan sebagainya. negara yang membezakan agama dr aspek kehidupan ialah negara sekular.


JAWI sekadar melaksanakan amanah yg diberi Allah terhadap mereka dan sekiranya ingin mempertikaikan tindakan mereka mengapa dan untuk apa JAWI ini ditubuhkan? yang dikatakan negara islam moden ialah masyarakat dan rakyat negara tersebut memenuhi tuntutan islam di samping kemajuan yang dikecapi tetapi masih berlandaskan syariat. itu sebenarnya yg dikatekan negara islam itu maju bkn dgn lebih byk pusat2 hiburan dan perjudian dibuka.


maafkan saya sekiranya keterlaluan dlm memberi komen tetapi saye cukup tetrtarik dgn ucapan hamba allah ini dan ilmu yg saye ade sekadar ingin dikongsi besame. sekiranye terdpt kesilapan harap diberi tunjuk ajar... assalamualaikum...  


 



__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Surah At Taubah Ayat 12.


Jika mereka merusak sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar supaya mereka berhenti.


 


soo....sendiri mau ingat la wahai jemaah sekalian...



__________________
zairi_82


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Assalamualaikum...


aktiviti individu-invidu yang mempromosikan gaya hidup yang terlalu liberal (regardless of their background "VVIP") perlu diperhatikan agar dalam jangkamasa panjang Bangsa kita tidak berkesudahan seprti umat Islam Indonesia/ Mesir yang hanya Islam pada nama.


Anasir-anasir yang yang konon akan menaikan martabat Islam seperti Sister In Islam yang pada hakikatnya sedang mempromosikan gaya hidup liberal melampau agar proses KRISTIANISASI lebih senang dilakukan.


Akhlak yang mulia merupakan defence mechanism yang penting dalam memelihara akidah seseorang.


Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh puak-puak yahudi dan kristian dalam usaha meraka nak melingkup Umat Islam di akhir zaman nie...


Tak payah pakai pun bangsa dierang sesusah... Pakai bangsa kita sendiri...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


and also saya agree 100% ngan apa yang bro zairi utarakan tu...


It give us all something to think about when we want to go to sleep everynight.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

sama-sama kita perbetulkan diri kita sendiri... dan jaga kaum keluarga kita agar tidak terjerumus...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

sama2 kita saling ingat-mengingati dan saling nasihat-menasihati agar tidak terjerumus kepada perkara yang tidak elok///

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 47
Date:

bercakap cam org xde iman la! ape die tak blajar psl agama ke...nak kate lebih2, silap2 ade yg kene band. biarlah die dgn caranye. kite ni kene sentiasa b'ingat supaya pegang tegoh pd agama kite. amin...

__________________
veNi_veDi_veCi


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

dizaman kita ni bermacam perkara dah berlaku......fikirkan pula apa akan generasi anak2 kita...sanggupkah kita nanti dpersalah kan..sebagaimana masyarakat  sekarang menyalahkan ibubapa yg gagal mendidik anak mereka dizaman ini...

__________________
perdana


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:



  Saya setuju dgn bro Zairi....

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Jaga lah anak kita elok2


__________________
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

askum...ni lah contoh anak pemimpin contoh...sape aja dia cakap camni.. mak bapak dia kot...sng je...kita nak buat....amik islam tolak kafir..amik parti yg menyokong islam...bukan parti yang hanya bermuka-muka

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard