Pada Ahad ini 1/05/2004, jemaah RnD di jemput ke 3 rumah kenduri pertunangan yg berasingan. Rumah pertama kita akan pergi ke rumah saudara zackbikers utk majlis pertunangan adik nya, rumah kedua kita akan ke Sepang utk majlis pertunangan adik Faizal dan yg terakhir rumah ayahanda Haji Malek Ranting utk pertunangan anak beliau. C3 juga akan turut serta dalam konvoi ini mengiringi ke tiga tiga tempat majlis. Pakaian wajib memakai baju melayu warna hitam lengkap dgn sampin hitam bersulam emas, songkok hitam yg di lilit dgn reben (dtg awal utk lilit reben di songkok) dan kasut hitam.
Waktu berkumpul: 8.00 pagi
Tarikh: 01/05/2004 Ahad
Tempat berlumpul: R&D Kajang
Sesiapa yg ingin menyertai majlis ini boleh reply posting di bawah atau sebarang kemushkilan boleh call saya 016 254 2354 WanBos atau 013 22 999 11 Daeng utk maklumat lanjut.
Nak pergi tu memang nak pergi tapi adinda ni jauh sangat dipelusuk utara. Abg Wan Boss adalah wakil bagi warga RND Utara.Semoga Allah akan memberkati majlis yg akan berlangsung dan kebahagian untuk pasangan yg berniat untuk membina masjid...Amin.....
puhhh... dahsyat tul persembahan taskforce rnd... suit hitam selempang kuning... penuh gaya, penuh disiplin, segak dan tetib...
nampak jelas kegembiraan ayah malek yg tersenyum lebar sepanjang majlis... tak kurang pujian melangit dari semua vip yg datang, terutama dato' fuad, dato husin, dato astaman, dato zulhasnan, dato hasbullah s/u politik pak lah dan lain lain...
Sungguh bagai di kata, dapat di bayangkan betapa hebatnya persiapan R&D dalam majlis itu, tak mungkin dapat di laksanakan tanpa satu sikap yang hebat dan bersungguh sungguh.
Yang lebih hebat lagi ialah persembang kompang Pekida, siap main lagu Pekida lagi... memang cun dan hebat ...
TAHNIAH... buat R&D.
Yg lain nak tengok jer ker...??? main buah, sibuk main dan hafal buah lagi?
Segalanya berjalan lancar... sekitar 20 orang berpakaian suit hitam dengan selempang kuning, serta 10 orang berunifom tshirt sehati sejiwa...
Memang jelas kelihatan dari keriangan wajah ayahanda hj malek ranting walaupun di fahamkan beliau telah semalaman tidak tidur menyiapkan persiapan...
Bersyukur juga kerana para mujahid rnd tabah dalam persembahan kompangnya, dapat dilihat kesungguhan yang amat tinggi hingga mampu membuat persembahan walaupun baru 2 sesi latihan saja. Termasuk mencipta persembahan kompang dengan lagu Pekida. Dato' Presiden kita adalah antara yg paling gembira melihatkan persembahan kompang rnd.
Terima kasih yg tidak terhingga kepada semua anggota taskforce yg telah bertungkuslumus... segala kejayaan ini adalah milik anda semua... milik Pekida... milik Islam...
Kanda amat bangga sekali dengan komitmen dan keikhlasan luarbiasa yg dinda semua tunjukkan. Allah tetap akan membalas segala kebaktian itu...
Alhamdulillahirobbilalamin.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
DAN yg paling mahai ialah keunikan persembahan kompang yang ditunjukkan bukan saja dengan pakaian... disiplin... kesungguhan... malah dengan sistem komunikasi menggunakan pembesar suara antara Kanda Mas dengan pemain... seolah olah ia satu pembaharuan luarbiasa dalam sistem seni kompang rnd...
HAIIII... MAKIN RAMAI LA YG AKAN SAKIT HATI DENGAN KEJAYAAN INI...
Sekalung Tahniah kepada kekanda seluruh warga taskforce RnD Pekida Pusat kerna bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh atas persembahan yg ditunjukkan pada majlis pertunangan tersebut...Kepada Kekanda Mas selaku teraju penggerak RnD juga dilontarkan tahniah...Tidak lupa juga kepada semua yg terlibat...
Masyarakat akan melihat benda mcm ni sebagai satu aktiviti yg sihat dari segi berkerjasama dan berdisiplin antara ahli..Sekali gus nama RnD akan muncul dan nama Pekida pulak dapat disinarkan....