1. Jangan terlalu mudah ketawa, jangan berjalan tanpa tujuan, jangan bertanya tanpa guru dan jangan mensia-siakan harta dunia anda. 2. Jangan cenderung kepada dunia, anda akan jadi hina. 3. Jangan bersahabat kerana sesuatu hajat. 4. Untuk mencari teman yang sejati, ujilah kemarahannya. 5. Makanlah bersama orang yang bertakwa dan bermesuarah bersama orang alim. 6. Ketahuilah bahawa memindahkan batu yang lebih besar lebih mudah dari memberi pengertian kepada seseorang yang tidak mahu mengerti. 7. Jiran yang jahat adalah lebih berat daripada mengangkat besi yang yang berat. 8. Takutkan Allah dengan sebenar-benar takut kerana anda akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.. 9. Jauhi diri anda dari hutang kerana menjadikan diri anda hina pada waktu malam dan siang. 10. Marah orang tua anda adalah ibarat siraman air kepada tanaman yang kering kontang. 11. Orang yang bertawaduk kepada Allah adalah orang yang merasa dirinya hina dan rendah semasa beribadat. 12. Orang yang bersedia diberi nasihat dan selepasnya insaf akan sentiasa mendapat kemuliaan dari Allah. 13. Dunia ibarat lautan dalam. Banyak manusia karam, jika ingin selamat naikilah bahtera yang bernama TAQWA, isinya adalah IMAN, layarilah dengan TAWAKKAL.