Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam siang... Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang, siksa neraka cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Allah menyuruh kita mendirikan solat kerana solat itu tiang agama..
yang mana nak mendirikan solat itu bukannya mudah tetapi memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup tentangnya.melakukan solat 5 waktu sehari semalam tanpa ilmu yang mantap dalam jiwa tentangnya tidak cukup untuk mentegakkan tiang agama islam itu sendiri..
mestilah apa yang kita lakukan dalam solat 5 waktu itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.macam mana orang yang solat 5 waktu sehari semalam tetapi masih melakukan maksiat?..mesti ada yang tak kena di dalam solatnya..yang tak kena itu adalah kerana dia solat tetapi dia tak tahu apa itu solat..
orang yang solat tetapi tak tahu perlaksanaan solatnya maka itulah yang terjadi pada masa kini..ketika solat dia berkata-kata dengan Allah,tetapi selepas solat dia masih melakukan maksiat.orang seperti ini seolah-olah berkata-kata tetapi tidak mengamalkan apa yang dia perkatakan.amatlah benci Allah terhadap orang yang semacam ini..sebagaimana firman Allah dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3:
(wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan padahal kamu tidak melakukannya..amat besar kebencian Allah orang-orang yang mengatakan tetapi tidak mengamalkannya.)
janganlah kita menjadi orang yang dibenci oleh Allah..sesungguhnya sembahyang itu mencegah perkara yang keji.