1.LISAN Hendaklah lisan itu dihalang daripada berbohong, umpat keji, fitnah dan mengata. Berbohong merupakan salah satu sifat orang munafiq. Rasulullah pernah bersabda yg maksudnya: "Tanda2 orang munafiq ada 3;sekiranya ia bercakap ia bohong, sekiranya ia diberi amanah ia khianat, dan sekiranya ia berjanji ia mungkiri." Dalam riwayat yg lain pula menambah satu sifat lagi, "Dan sekiranya ia berbalah, ia ppanjangkannya(susah untuk berbaik semula)." Dulu wanita terkenal dengan sikapnya suka mengumpat. Sekarang ini, lelaki pun dah terkena dengan penyakit hati ni. Lagi parah, mereka tak merasakan mereka mengumpat orang. Kalau ditegur, pasti dijawab"Bukan nak kata, bukan nak mengumpat. Ni kata sungguh ni." Ketahuilah bukankah sebut perkara yang benar tapi merupakan keburukab orang itu dinamakan mengumpat?Kalau yang tak betul, namanya fitnah pula. kedua2nya salah belaka. berdosa. Dalam al Qur'an disebut yg maksudnya,
"Adakah seseorang drp kamu suka makan daging bangkai saudaranya sedangkan kamu bencinya"
Sebagai ganti, hendaklah kita sibukkan lidah dengan zikrullah,tilawatul Qur'an dan Muzakarah ilmu.
2.HATI
Hati hendaklah bersih drp sikap yang membawa kepada permusuhan dan hasad dengki. Bukankah ALLAH pernah berfirman yg maksudnya;"Dan bertolong2lah dalam perkara kebajikan dan Jangan bertolong2 dalam perkara dosa dan permusuhan." Ketahuilah bahawa hasad meupakan penyakit hati yang kronik. Ia tidak boleh dirawat melainkan dengan ilmu dan amal. Nabi pernah bersabda yg maksudnya,"Hendaklah kamu jauhi hasad dengki. Kerana sesungguhnya hasad dengki memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu."
3.PANDANGAN
Pandangan hendaklah sentiasa dijaga agar tidak melihat kepada yang haram sama ada aurat, makanan, minuman dan lain2. Nabi pernah bersabda yang maksudnya ,"Barangsiapa yg mengisi matanya dengan yg haram, ALLAH akan isikan matanya di hari qiamat dengan api neraka". Na'uzubillah minzalik.
4.PERUT
Jangan ,makan benda haram dengan sengaja. Kalaulah kita termakan benda haram sekalipun, kemudian kita tahu, hendaklah kita bertaubat. Mudah2an ALLAH mengampuni kita kerana cuai. Nai pernah menyebut bahawa perut yg diisi dengan makanan haram, maka tempatnya adalah di neraka sekiranya tidak berttaubat.
5.TANGAN
Jangan menyentuh benda2 haram. Jangan sentuh tangan yang bukan mahram melainkan setelah dihalalkan dengan sebab nikah kahwin. Nabi pernah menyebut bahawa menyentuh Babi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita ajnabi.
6.KAKI
Jangan berjalan menuju maksiat . hendaklah berjalan pada taat ALLAH dan redhaNya. kKalaulah kita berada di tempat maksiat dengan sebab kaki kita, kemudian mati tanpa sempat bertaubat, maka nerakalah jawabnya.
7.TAAT
Tak cukup dengan anggota lahir sahaja yang perlu dijaga. Sebagaimana disebutkan di atas, hati perlu dijaga dengan sentiasa mengingati ALLAH. Hati yang menggingati ALLAH hendaklah diikhlaskan seikhlas ikhlasnya sehinggakan kalau boleh mencapai martabat Ihsan iaitu martabat para siddiqin. Nabi pernah bersabda bahawa Ihsan itu ertinya Engkau mengabdikan diri seolah2 engkau melihat Tuhan. Walaupu engkau pada hakikatnya tidak mampu melihat Tuhan, ketahuilah bahawa Tuhan melihat engkau. Apabila martabat ihsan kita capai, bererti kita juga menjauhi riya' dan nifaq kerana kedua2 ini bersalahan qasadnya. Orang yang riya' dan munafiq, ibadahnya bukan kerana ALLAH. Ia beribadah untuk menunjuk2 kpd makhluk. maka amalannya rosak kerana sifat itu.
quote: Originally posted by: Tranz " ya allah lah maha pengasih lagi maha penyayang ya allah ko ampun kan lah dosa dosa kami ini yg sentiasa membuat dosa di bumi mu yg murni ini...... dari kita untuk kita"
sama sama lah kita berdoa kepada allah tapi jgn setakat doa je kan.. kita kena lah usaha supaya di perbanyakan topic macam ni.... supaya boleh menjadi sebahagian panduan ilmu pada kita ini semua...///
quote: Originally posted by: Tranz "assalamualaikum.../// sama sama lah kita berdoa kepada allah tapi jgn setakat doa je kan.. kita kena lah usaha supaya di perbanyakan topic macam ni.... supaya boleh menjadi sebahagian panduan ilmu pada kita ini semua.../// dari kita untuk kita"
kita nie semua hak allah. yg ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata. jangan sombong, riak, takbur, kalau tuhan nak sesuatu cukup dengan kun fa yakun sahaja, maka jadiler. sentiasalah takut dan berdoa padanya untuk kesejahteraan yang tidak selama mana ini.