Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Program Bantuan Kebakaran Jln Kelang Lama malam ni


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Program Bantuan Kebakaran Jln Kelang Lama malam ni


2 may baru ni satu kebakaran melibatkan 8 keluarga dan 132 mangsa telah berlaku di jalan kelang lama.


Sepertimana yg biasa di lakukan di Bencana Tsunami, Kebakaran di Lembah Pantai dll... Pekida R&D akan mengadakan kunjungan muhibbah, menyambung silatulrahim untuk menunjukkan rasa simpati kepada para mangsa sambil menghulurkan sumbangan kebajikan berupa barangan makanan dan pakaian.


Semua ahli forum, terutamanya anggota taskforce r&d di minta berkumpul di Pejabat r&d Kajang seawal jam 5 petang utk membantu persiapan membungkus dan mengemas barangan sumbangan. Rombongan akan berangkat tepat jam 8.30 malam untuk berkonvoi beramai ramai menggunakan kelab kereta c3 (Charity Car Club) di ketuai oleh Wan Bos dan Zack Bikers.


Jam 8 malam, semua barangan seharusnya sudah berada dalam kenderaan. Jadi semua yg ingin merasai perlaksanaan Kebajikan dalam Pekida R&D sila bersiap dengan T-shirt sehati sejiwa, seluar dan kasut hitam bersongkok hitam berlilitkan ribbon dan logo r&d Pekida.


Marilah kita tunjukkan ibadah kita melalui ukhwah Islamiah, menampilkan keindahan Pekida di mata masyarakat melalui program khidmat bakti masyarakat yang tidak putus putus. Mereka yg ingin menghulurkan sumbangan peribadi berupa wang ringgit atau barangan keperluan harian boleh di bawa bersama...


Penglibatan adinda sekalian kanda dahului dengan sejuta penghargaan dan sanjungan ucapan terima kasih.


Hablu minallah... wahablu minannasss.


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:

r&d ... mulia sungguh program ini... plz count me in.!

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Assalamualaikum///


Kepada semua yg ingin membantu boleh menyertainya...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:


quote:





Originally posted by: tongkat30


Assalamualaikum///


Kepada semua yg ingin membantu boleh menyertainya...


 

yang hang ni bila lagi, dok... cerita... apa guna,,,, mai laaa turun sini... kita kasi besaq sikit from utara + rnd pusat.... kasi gempak bagi riuh sikit.... nak seribu daya tak nak seribu dalih ... perjuangkan agama bangsa dan negara heeeee heeeee heeee heeeee hang kirim salam kat anas

__________________
tentera simpanan penembak tepat GERAK KHAS PUSAT MIOWWWWW


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: pendekar laut6236

"yang hang ni bila lagi, dok... cerita... apa guna,,,, mai laaa turun sini... kita kasi besaq sikit from utara + rnd pusat.... kasi gempak bagi riuh sikit.... nak seribu daya tak nak seribu dalih ... perjuangkan agama bangsa dan negara heeeee heeeee heeee heeeee hang kirim salam kat anas"

         Aku tolong mana yg mampu...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:


quote:


Originally posted by: tongkat30
"         Aku tolong mana yg mampu..."


sokong....


yang penting adalah keikhlasan & kesanggupan untuk bersama jemaah dalam menggerakkan apa jua aktiviti kebajikan...bukan kerana terpaksa,biar paksaan tu lahir dari hati kerana nak turut serta,bukannya paksaan yang datang dari pendengaran sebab nak tunjuk muka..... 



__________________
zairi_82


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

quote:

Originally posted by: zairi_82

""

sokong....



yang penting adalah keikhlasan & kesanggupan untuk bersama jemaah dalam menggerakkan apa jua aktiviti kebajikan...bukan kerana terpaksa,biar paksaan tu lahir dari hati kerana nak turut serta,bukannya paksaan yang datang dari pendengaran sebab nak tunjuk muka..... 





saya setuju dengan pandangan bro zairi ni.....hati yang tenang,,, hati yang iklas, hati sangup sahaje...... dan bukan sakit hati, hati batu , dan hati hitam.....




__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:


quote:


Originally posted by: andikaputra
""


...hati ini hancur dan luluh keranamu...ter-sing lak...



__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

hmmm... baguslah Pekida telah memperbanyakkan aktiviti kebajikan sebegini.... tak banyak pon yang termampu pon cukup... ringan skit penderitaan diorg tu...


tapi pelikkan... 2 minggu berturut2..kejadian ni berlaku... macam dibuat2 pulak...


p/s: bantuan dari pekida pon aktu dan hari yg sama..hehehe



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 44
Date:

asssalamualaikum.w.b.t


tangan orang yang memberi lebih baik dari tangan orang yang menerima..


walhamdulillahirabbil alamin..



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: penyu laut

"asssalamualaikum.w.b.t tangan orang yang memberi lebih baik dari tangan orang yang menerima.. walhamdulillahirabbil alamin.."

         Setuju...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

tahniah diucapkan buat semua yang terlibat...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:

 


Semekum abg2 dan adik2 seperjuangan yg saya sgt kasihi semua... Saya sgt sedih kerana tidak dpt bersama-sama melakukan amal jariah di Jln Klang Lama... Masa mmg sgt mencemburui saya... rasa sat ja duduk kt R&D... Ingat mmg xmau blk pun. tp apakan daya, kena gak blk penang... Semoga keluarga R&D sentiasa berjaya memancarkan imej Islam yang sentiasa menjulang tinggi... Amin 


        Surah Al-Maidah, Ayat 35:


           Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapatkan keberuntungan


         Surah Al-Anfal, Ayat 4;


          Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta reseki (nikmat) yang mulia.


p/s: baru blk sehari pun dh mula rindu ahli keluarga di Sg. Ramal. hehehe


Alhamdulillah


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:

Assalamulaikum........ w.b.t


tumpang lalu...... nak bertanya ada tak gambar  atau photo  diambil masa program ini di buat. Kalau ader mohon utk dilihat ....... sekian. Terima Kasih.



__________________
PenangKia©


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Mulianya perjuangan


Assalamualaikum...


Alhamdulillah..inilah yang membuktikan kebaikan sesuatu perjuangan...disamping bergerak berjemaah...


Disamping kita ambil ini sebagai ajaran..jgn pula lupa...segala pujian kpd RnD..akhirnya sampai kepada ALLAH S.W.T...Semoga terus bersemangat...sentiasa kearah kebaikan


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "


__________________________________________________________________________________


Berjuang dengan matlamat,
Bergerak sesama umat,
Untuk agama,bangsa dan negara.
(Bertindak mengikut ARAHAN !)



-- Edited by KaCip at 00:36, 2005-05-09

__________________
Berjuang dengan matlamat, Bergerak sesama umat, Untuk agama,bangsa dan negara. (Bertindak mengikut ARAHAN !)
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard