2 may baru ni satu kebakaran melibatkan 8 keluarga dan 132 mangsa telah berlaku di jalan kelang lama.
Sepertimana yg biasa di lakukan di Bencana Tsunami, Kebakaran di Lembah Pantai dll... Pekida R&D akan mengadakan kunjungan muhibbah, menyambung silatulrahim untuk menunjukkan rasa simpati kepada para mangsa sambil menghulurkan sumbangan kebajikan berupa barangan makanan dan pakaian.
Semua ahli forum, terutamanya anggota taskforce r&d di minta berkumpul di Pejabat r&d Kajang seawal jam 5 petang utk membantu persiapan membungkus dan mengemas barangan sumbangan. Rombongan akan berangkat tepat jam 8.30 malam untuk berkonvoi beramai ramai menggunakan kelab kereta c3 (Charity Car Club) di ketuai oleh Wan Bos dan Zack Bikers.
Jam 8 malam, semua barangan seharusnya sudah berada dalam kenderaan. Jadi semua yg ingin merasai perlaksanaan Kebajikan dalam Pekida R&D sila bersiap dengan T-shirt sehati sejiwa, seluar dan kasut hitam bersongkok hitam berlilitkan ribbon dan logo r&d Pekida.
Marilah kita tunjukkan ibadah kita melalui ukhwah Islamiah, menampilkan keindahan Pekida di mata masyarakat melalui program khidmat bakti masyarakat yang tidak putus putus. Mereka yg ingin menghulurkan sumbangan peribadi berupa wang ringgit atau barangan keperluan harian boleh di bawa bersama...
Penglibatan adinda sekalian kanda dahului dengan sejuta penghargaan dan sanjungan ucapan terima kasih.
Hablu minallah... wahablu minannasss.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kepada semua yg ingin membantu boleh menyertainya...
yang hang ni bila lagi, dok... cerita... apa guna,,,, mai laaa turun sini... kita kasi besaq sikit from utara + rnd pusat.... kasi gempak bagi riuh sikit.... nak seribu daya tak nak seribu dalih ... perjuangkan agama bangsa dan negara heeeee heeeee heeee heeeee hang kirim salam kat anas
__________________
tentera simpanan penembak tepat GERAK KHAS PUSAT MIOWWWWW
quote: Originally posted by: pendekar laut6236 "yang hang ni bila lagi, dok... cerita... apa guna,,,, mai laaa turun sini... kita kasi besaq sikit from utara + rnd pusat.... kasi gempak bagi riuh sikit.... nak seribu daya tak nak seribu dalih ... perjuangkan agama bangsa dan negara heeeee heeeee heeee heeeee hang kirim salam kat anas"
quote: Originally posted by: tongkat30 " Aku tolong mana yg mampu..."
sokong....
yang penting adalah keikhlasan & kesanggupan untuk bersama jemaah dalam menggerakkan apa jua aktiviti kebajikan...bukan kerana terpaksa,biar paksaan tu lahir dari hati kerana nak turut serta,bukannya paksaan yang datang dari pendengaran sebab nak tunjuk muka.....
yang penting adalah keikhlasan & kesanggupan untuk bersama jemaah dalam menggerakkan apa jua aktiviti kebajikan...bukan kerana terpaksa,biar paksaan tu lahir dari hati kerana nak turut serta,bukannya paksaan yang datang dari pendengaran sebab nak tunjuk muka.....
saya setuju dengan pandangan bro zairi ni.....hati yang tenang,,, hati yang iklas, hati sangup sahaje...... dan bukan sakit hati, hati batu , dan hati hitam.....
hmmm... baguslah Pekida telah memperbanyakkan aktiviti kebajikan sebegini.... tak banyak pon yang termampu pon cukup... ringan skit penderitaan diorg tu...
tapi pelikkan... 2 minggu berturut2..kejadian ni berlaku... macam dibuat2 pulak...
p/s: bantuan dari pekida pon aktu dan hari yg sama..hehehe
quote: Originally posted by: penyu laut "asssalamualaikum.w.b.t tangan orang yang memberi lebih baik dari tangan orang yang menerima.. walhamdulillahirabbil alamin.."
Semekum abg2 dan adik2 seperjuangan yg saya sgt kasihi semua... Saya sgt sedih kerana tidak dpt bersama-sama melakukan amal jariah di Jln Klang Lama... Masa mmg sgt mencemburui saya... rasa sat ja duduk kt R&D... Ingat mmg xmau blk pun. tp apakan daya, kena gak blk penang... Semoga keluarga R&D sentiasa berjaya memancarkan imej Islam yang sentiasa menjulang tinggi... Amin
Surah Al-Maidah, Ayat 35:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapatkan keberuntungan
Surah Al-Anfal, Ayat 4;
Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta reseki (nikmat) yang mulia.
p/s: baru blk sehari pun dh mula rindu ahli keluarga di Sg. Ramal. hehehe
Alhamdulillah..inilah yang membuktikan kebaikan sesuatu perjuangan...disamping bergerak berjemaah...
Disamping kita ambil ini sebagai ajaran..jgn pula lupa...segala pujian kpd RnD..akhirnya sampai kepada ALLAH S.W.T...Semoga terus bersemangat...sentiasa kearah kebaikan
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "