Saya ingin membawa saudara dan saudari para netters sekelian kepada satu isu yang boleh kita bincangkan dan dapatkan input sebanyak yang mungkin(InsyaAllah), agar perkara ini akan mendapat pemerhatian dunia luar dan dalam negara kita sendiri. Tetapi saya tidak mahu meluaskan skop sehingga terlalu luas sehingga mengundang kepada kekeliruan dalam mengumpulkan fakta analisis.
Terdapat beberapa isu yang boleh kita sama2 mendapatkan pandangan dan penyelasaian sehingga dapat menyelesaikan masalah ke akar umbinya.
Gejala Sosial
Kejahilan Ilmu (Termasuk ISU murtad)
Pertentangan ideologi
Isu pertama memang menjadi perbualan hangat di kalangan cerdik pandai, termasuklah pemimpin dunia. Manusia semakin sedar akan kejatuhan moral generasi akan datang disebabkan terlalu menitikberatkan kemajuan dan kecanggihan teknologi sehingga wujud dikalangan manusia pemikir2 bebas dan bersandarkan fakta sejarah yang tersongsang.
Isu kedua adalah susulan kepada fakta tersongsang akhirnya mewujudkan masyarakat dan generasi yang buta dan tuli akibat pengaruh hiburan dan perkara khayalan ciptaan manusia barat khususnya. Manusia terasa seperti satu kekurangan apabila tiada teknologi dan sedikit sebanyak mereka memberontak untuk mendapatkan perkara2 tersebut.
Pertentangan Ideologi bukanlah satu isu baru. Ianya wujud sejak manusia diciptakan. Manusia sentiasa mempertikaikan sesuatu kerana kelebihannya dikurniakan akal. Manusia sentiasa mencari kebenaran atas sesuatu perintah. Sentiasa berusaha untuk melepaskan diri dari soal hukum dan perintah kerana keegoan sifat semulajadi nafsu yang dikurnikan kepada setiap manusia itu.
Ketiga-tiga isu ini saya bentangkan kedalam isu para netters agar dapat memberikan fakta dan pendapat. Harapan perbincangan ini akan mendapat response daripada semua. Ia bukanlah soal saya dan isu tetapi ianya adalah soal kita dan perbuatan akan datang kita. Pendapat saudara dan saudari semua akan menjadi titik tolak kepada satu pembaharuan kepada kemajuan teknologi maklumat.
Dalan islam tiada idolegi, ianya adalah rekaan akal manusia yang tidak mengaku kekuasaan dan kewujudan Ilahai sebgai pengatur alam ini. Idolegi itu seprti sekularsme, komonisme, fudelisem, dunia tanpa sempadan, demokarai, lebrelesasi, perdagangan bebas, sosialesm dan banyak lagi faham-faham diluar pemikiran islam yang solah-olah itulah islam.
Sebenarnya orang yang bukan islam, lebih suka kalau orang islam membincangkan perkara yang mereka cipta supaya umat islam menghabiskan masa dalam perkara itu dan mengabaikan bahwa Allah menjadi Islam ini untuk seru sekian alam dan merterjemahkan Islam sebagai cara hidup yang sampurna.
Jangan kita buang masa membincangkan perkara yang tidak ada kaitannya den wahyu, kan lebih baik kita cakap pasal dinual Islam, baru kita dapat membentuk fikiran dan pelaksanaan yang dizahirkan sebagaimana kehdak Allah.
Merdekakan otak kita dari pejajah idolegi yang dianggap satu ilmu, tapi ianya merupakan beliatan syaitan.