Dalam masyarakat sibuk membincangkan darihal cadangan mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan, rupa-rupanya terdapat satu isu besar yang telah diputuskan di belakang tabir tanpa pengetahuan masyarakat ramai.
Kononnya cadangan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan kelak akan mempertingkatkan lagi kemasukan anak-anak bukan Melayu ke dalam sekolah kebangsaan. Kerana apabila dibuka peluang kepada anak-anak bukan Melayu untuk turut mempelajari dan memperkasakan pengetahuan bahasa ibunda mereka maka ibu-bapa bukan Melayu nanti akan terdorong untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Sejauh manakah tepat dan rasionalnya tanggapan ini, tidaklah diketahui. Cuma soalnya adakah ini sahaja puncanya maka ada dikalangan ibu-bapa yang bukan Melayu tidak mendaftarkan anak mereka ke sekolah kebangsaan?
KELUARKAN AGAMA DARI SEKOLAH
Presiden Gerakan, berpendapat demikian malah beliau menambah lagi satu factor berhubung isu ini. Menurut Lim Keng Yaik, satu lagi factor yang menghalang masyarakat bukan Melayu dari mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan adalah kerana masalah berkaitan agama banyak didedahkan dan diperkatakan di sekolah-sekolah jenis ini.
NST memetik kenyataan Keng Yaik dan meletakkan tajuk berita:
KENG YAIK: KEEP RELIGION OUT OF SCHOOLS
KENG YAIK: KELUARKAN AGAMA DARI SEKOLAH-SEKOLAH
Tajuk NST ini menggunakan istilah RELIGION bermakna Keng Yaik tidak merujuk kepada banyak agama tetapi sebenarnya spesifik pada satu agama. Dan pada hari ini tenaga pengajar yang dominanan di sekolah-sekolah kebangsaan tentunya adalah yang beragama Islam, dari Guru Besar ke Penolong Kanan sehinggglah guru-guru biasa. Bermakna agama yang dimaksudkan oleh Keng Yaik di sini adalah Islam!
Kata Keng Yaik lagi:
If you want to deal with religious issues, do it at home, in religious classes or at places of worship.
Jika ada pihak yang mahu mengenengahkan isu-isu agama. Lakukannya di rumah, atau di kelas-kelas agama atau di tempat-tempat ibadah.
Saya tidak pasti permasalahan agama yang bagaimana yang kononnya dibimbangi oleh masyarakat bukan Islam menurut Keng Yaik itu? Bagi saya unsur-unsur Islam kalau pun ada pada sekolah-sekolah kebangsaan hari ini adalah:
1. Guru-guru perempuan yang mengenakan pakaian menutup aurat (walaupun ada juga yang tidak), dan dalam mengamalkan cara hidup Islam pastinya Keng Yaik tidak mengharapkan guru-guru ini untuk bebas bersalam tangan dengan sesiapa sahaja walaupun seorang Menteri seperti beliau. Demikian juga guru-guru lelaki Muslim yang baik yang sudah pasti mengelakkan diri dari bersalam tangan dengan yang bukan mahramnya.
2. Guru-guru yang memberikan salam kepada sesama Muslim termasuk sesama guru, murid dan ibu-bapa serta majlis doa ketika perhimpunan dan merayakan majlis-majlis agama di sekolah seperti Maulidur Rasul dan Maal Hijrah.
3. Guru-guru dan murid yang mendirikan solat di surau-surau sekolah samada secara berjemaah ataupun berseorangan. Ada juga guru dengan kerjasama PIBG yang menganjurkan solat hajat berjemaah ketika sebelum sesuatu peperiksaan besar.
4. Guru-guru yang menggalakkan anak-anak muridnya mengamalkan penghidupan sebagai seorang Muslim yang baik samada bersolat atau berpuasa ketika Ramadhan.
Adakah perkara-perkara dan amalan seperti ini yang Keng Yaik bimbangkan? Adakah perkara-perkara dan amalan seumpama ini yang mahu dihalang di sekolah-sekolah kebangsaan? Kalau inilah yang dimaksudkan maka saya mengira Menteri ini walaupun Negara telah lebih 46 tahun merdeka masih tidak faham dan menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan!
Saya kira kenyataannya (tambahan pula sebagai seorang Menteri cabinet) sungguh kurang ajar dan sangat biadap terhadap bukan hanya masyarakat Melayu malah seluruh umat Islam dalam Negara! Hairan Keng Yaik antara pemimpin yang terawal menyokong Malaysia sebagai sebuah Negara Islam ketika Dr Mahathir mengisytiharkannya dahulu.
Adakah **** selaku tunggak ** akan membenarkan amalan-amalan Islam ini dkikis terus dari sekolah-sekolah kebangsaan semata-mata kerana rakan kongsinya umpama Keng Yaik ini menuntut demikian? Malah Keng Yaik sebagaimana dilaporkan oleh NST dan THE STAR dengan bongkak mengatakan bahawa isu ini telah diketengah dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet!
Saya rasa dalam hal ini tibalah masanya umat Islam tidak kira apa fahaman politik bangun dan menyelamatkan keadaan. Jangan kerana mahu dianggap bersikap toleran maka amalan dan kepercayaan agama digadaikan. Sekolah-sekolah MISSIONARY mengekalkan amalan dan budaya agama mereka tanpa masyarakat Islam bangun pun memprotes sejak dahulu sehingga kini, umpama meletakkan salib di bilik-bilik darjah (masih ada di sekolah-sekolah di Sabah) dan PRAYERS ketika perhimpunan. Tiba-tiba sekolah yang didirikan oleh kerajaan yang mendokong Islam sebagai agama resmi Negara dengan mudah mahu mengnyahkan amalan agamanya sendiri.
Keng Yaik kurang ajar dan jika **** selaku rakan kongsi tidak mampu mengajarnya maka sudah tibalah masanya umat Islam bangun mengajar mereka-mereka ini.
Saya bersetuju bahawa Keng Yaik sudah melampau, keterlaluan dan terlalu biadap dengan rakyat Malaysia beragama Islam
Kalau sekali pun Guru besar, guru-guru dan pelajar2 sekolah kebangsaan yang 90% beragama Islam hendak mengamalkan cara hidup Islam semasa waktu sekolah, dalam bilik darjah, semasa perhimpunan dan sebagainya apa hak dia untuk menafikan. Saya ingin mengingatkan Keng Yaik dan semua yang seangkatan dengan dia, Islam bukan hanya satu ugama tetapi satu cara hidup. SELURUH KEHIDUPAN SEORANG ISLAM ADALAH UNTUK MENYEMBAH ALLAH, MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH, SETIAP MASA, SETIAP KETIKA, DIMANA-MANA DAN DALAM SETIAP PERBUATAN. Ini Keng yaik kena faham.
Kita umat Islam selamalamanya bertoleransi dengan penganut2 agama lain. Pernah ada dengar orang Islam bersungut tentang "rumah2 merah" iaitu rumah kecil yang diletak penganut Buddha hampir dimerata tempat, pernah dengar orang Islam bersungut apabila penganut Hindu merayakan Thaipusam sehingga sesak Bt cave. Kami orang Islam mengelak dari menggunakan jalan2 yang berkenaan malah mengatur-suai kehidupan kami dalam beberapa hari tersebut agar tidak bertembung dengan kemuncak upacara tersebut. Mana ada upacara Islam di Malaysia yang menghimpunkan sehingga 1 juta penganut.
Malah kami berasa sangat kesal kerana sebahagian saudara kami yang bertugas sebagai penguat kuasa terutama anggota polis samada secara terpaksa atau sengaja kerana lalai dan tidak mahu berusaha lebih sedikit telah meninggalkan SOLAT yang merupakan tiang agama Islam semasa bertugas waktu Thaipusam di Bt cave !! Ini diakui sendiri oleh beberapa orang anggota polis yang pernah bertugas dengan menyatakan memang tiada tempat yang sesuai dan tiada waktu langsung untuk solat.
Harus diingatkan bahawa masih adalagi pekerja2 Islam yang tidak dapat menunaikan solat 5 waktu mereka dan solat Jumaat semasa bekerja kerana tidak dibenarkan oleh majikan bukan Islam mereka. Malah ramai juga dikalangan kaum wanita yang bertudung tidak dapat menjawat sesuatu jawatan walaupun layak kerana salah satu syarat pengambilan oleh majikan bukan Islam yang tertentu adalah bekerja tanpa tudung. Dr Mahathir isytihar Malaysia Negara Islam, Pak Lah pula mempelopori Islam Hadhari tetapi rakyat Malaysia beragama Islam didiskriminasikan kerana pegangan dan amalannya.
Cuba kita bayangkan sebuah syarikat Foto yang mempunyai beratus2 cawangan di Malaysia telah 'memaksakan' pekerja2nya memakai pakaian seragam yang berskirt pendek. Saya pernah bertanya seorang pekerja dikedai foto tersebut tentang pakaian seragam mereka, dia mengakui memang terpaksa pakai begitu walaupun dulu dia bertudung kerana sudah puas mencari kerja lain sebelum ini. Kerana gaji permulaan tidak sampai RM500 seorang anak gadis Islam terpaksa mengorbankan 'maruah'nya dan menanggalkan hijabnya dalam sebuah Negara Islam , .Cuba perhatikan pula di Pasar2 Raya bila mereka mengadakan kempen jualan, pekerja2 mereka dipaksa pakai T shirt kempen yang berlengan pendek, berwarna putih dan jarang.
Siapa pula yang menjadi 'cashier' jual beli arak, menyusun dan mengatur tin2 dan botol2 arak kalau bukan sebahagiannya pekerja Islam. Apakata mereka? terpaksa.. nak buat macam mana, kita cuma pekerja bawahan, mana boleh melawan nanti kena buang kerja..sedangkan Islam menetapkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan arak dari mula petik buah anggur sehingga mengangkat dan menghidangkan sama hukumnya dengan peminum arak. Cuba tanya pramugari dan pramugara Islam MAS, adakah mereka rela? Beer sir..beer sir..sakit betul telinga, pedih hati kita, melihat anak2 muda kita diperlakukan sedemikian rupa dalam Negara Islam .
Pergi pula menginap dihotel2 dan resort yang ada kemudahan kolam renang. Sekali lagi orang Islam didiskriminasikan bila tidak layak menggunakan kolam renang walaupun bayar caj penginapan seperti orang lain juga kerana peraturan yang ada hanya membenarkan mereka yang memakai pakaian renang iaitu seluar kecil (swimming trunk) untuk lelaki dan baju renang yang hanya tutup sikit atas dan tutup sikit bawah bagi perempuan (swimming suit) . Anak-anak perempuan kita yang sudah biasa menutup aurat walaupun belum baligh begitu terkilan kerana dinafikan hak mereka. Cuma syukur Alhamdulillah mereka rela melihat sahaja adik2 kecil bermain air dari menanggalkan hijab yang mereka pakai untuk menutup aurat dan maruah mereka. Malah anak-anak lelaki berusaha mencari swimming trunk yang agak panjang menutupi peha (seperti yang biasa dipakai pelumba basikal) walaupun mahal kerana tidak sanggup berseluar 'katok'.
Umat Islam Malaysia sudah bertoleransi habis dengan penganut agama lain, dengan peraturan yang mendiskriminasikan mereka dan anak2 mereka dalam negara mereka sendiri, saya kira orang2 Islam tidak akan terus berdiam diri jika hak2 mereka terus2an mahu dicerobohi oleh sebahagian kecil bukan Islam meskipun berjawatan Menteri. Jangan terus mengasak orang Islam, jangan fikir kami terlalu naif dan terlalu apologetik sehingga boleh dicucuk hidung dan dibuat seperti buah catur dalam percaturan politik.
Saya tidak tahu dan tidak yakin dengan parti lain, yang saya pasti pemimpin, ahli, penyokong dan pendokong PA* yang cintakan Islam tidak akan berdiam diri. Kami tidak rela dipijak2, kami akan bertindak . Jangan bermain api. Kami berpegang dengan Firman Allah ; Lakum dinukum waliyaDin, UNTUK KAMU UGAMA KAMU UNTUK KAMI UGAMA KAMI.
Isu kebiadapan Presiden Gerakan Lim Keng Yaik yang mahukan sekolah kebangsaan dipisahkan dari sebarang unsur-unsur keagamaan menjadi tajuk utama UTUSAN hari ini. BERITA HARIAN pula sekadar memuatkannya di muka dalam. Dan hari ini isu ini hangat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat khususnya umat Islam yang akan menerima akibat langsung kiranya cadangan Keng Yaik ini diterima.
Kita sering memberikan ruang dan kebebasan kepada bangsa dan agama lain untuk mempertikai dan mempersoalkan agama kita secara terbuka dan terang-terangan. Kita sahaja yang kelihatan tunduk dan cuba memahami, menghormati dan menerima mereka. Apakah punca kelonggaran dan tidak keseimbangan ini?
Kenyataan kurang ajar dan biadap terhadap Islam ini terpancut keluar dari mulut seorang Menterti pusat. Bukannya dari pemimpin cavunis perkauman atau pengganas kominis atau orang yang tidak berilmu. Menteri ini duduk semeja dengan menteri-menteri lain dalam mesyuarat kebinet mingguan membincang dan memandu Negara dan rakyat. Dalam persidangan dewan rakyat menteri ini duduk sebaris dengan PM dan TPM.
Bagaimana mungkin orang kanan Negara boleh menuturkan perkataan yang secelupar ini tanpa memikirkan yang Islam adalah agama rasmi Negara, majority rakyat di Negara ini adalah penganut Islam dan malah beliau sendiri menang dalam pilihanraya umum lalu sehingga layak jadi menteri hasil dari sokongan orang Islam?
Kini apabila seorang bertaraf menteri boleh dengan sombong dan bongkak menghina Islam, kononnya kerana kita mengamalkan kebebasan dan toleransi, maka jangan pula kita hairan, terkejut dan terperanjat (sebagaimana tajuk akhbar Utusan hari ini yang terperanjat) apabila ada kumpulan dan individu lain yang akan menyokong kenyataan Menteri ini dan turut menghina Islam.
Sebuah laman BLOG menyiarkan laporan dari Utusan dan BH dan menyebut bahawa kritikan terhadap cadangan Keng Yaik ini sebenarnya menggugat Dasar Pendidikan Liberal
Dan ruangan komen di BLOG tersebut memuatkan pelbagai lagi kritikan terhadap Islam yang telah dipelopori oleh Keng Yaik itu. Seorang yang bernama KELVIN LIM menulis:
What I think Dr. Lim meant was a clear separation of religion and administration in national schools. It is not the eradication of religious lesson as religious lessons are considered a core of our education system (Agama Islam for the Muslims and moral for the non muslims) but if you look around nowadays, overzealous headmasters and principals are turning their schools into 'religious schools' with jawi plastered all over, prayers said every so often
Saya rasa apa yang Dr Lim maksudkan adalah pengasingan jelas anatara agama dan pentadbiran di sekolah-sekolah kebangsaan. Bukannya pemansuhan pendidikan agama kerana pendidikan agam merupakan teras di dalam system pendidikan kita (iaitu Agama Islam untuk yang Muslim dan moral bagi bukan Muslim) akan tetapi jika anda melihat disekeliling anda kini, guru-guru besar an pengetua yang fanatik telah merobah sekolah-sekolah ini menjadi SEKOLAHA AGAMA dengan tulisan jawi ditempel merata-rata, pelbagai doa diucapkan acapkali
Banyak lagi komen yang menusuk hati dan sensitiviti umat Islam dilontarkan dengan begitu berani, mengapa? Saya tidak salahkan mereka.....
Saya menghormati perpaduan kaum dalam Negara ini, malah mempunyai ramai kawan dan taulan yang bukan Melayu dan bukan Islam. Kita saling menghormati antara satu dengan yang lain. Kita ada batas dan pantang larang yang masing-masing kita fahami dan cuba elakkan dari disentuh. Lantaran itu saya merasakan mereka yang sudah tidak lagi menghormati nilai bersama yang kita pegang sejak merdeka ini tidak layak langsung menjadi warga Malaysia apa lagi memegang jawatan sepenting menteri kabinet pusat.
Keng Yaik biadap kerana tahu budaya 'tidak apa' orang islam di malaysia..
Berapa kerat orang islam yang akan bangun membela islam, malahan ada orang islam yang lebih2 apabila bercakap pasal islam ni. contoh macam kes jeslina vs jawi...
Umat islam ibarat banyaknya buih dilaut sahaja.....
Inilah kesan dari perkataan keramat mrk bangsa penjajah.....Divide and conquer ....hingga hari ini negara islam dipecah- pecahkan dan perintah dan malaysia is the worst ....dari satu bangsa ditambah jadik 3 bangsa (melayu, cina, india) ....then until now mereka(penjajah) mengharap ada org dari negara tercinta ini memanggil mrk utk menangani isu dalaman negara supaya mudah utk mrk menjajah kita kembali.....Sedarlah wahai saudaraku semua....Malaysia tercinta ini ibarat bom jangka yg akan meletup bila2 masa.....
wasslam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Sape kata Kin Yeik biadap, dia cakap betul pe, dia tak tipu. dia cakap dari fikiran yang benar, kenapa mesti kita marah, hingga tuduh dia biadap?. Cuba kita renong sejenak: WAKTU ini umat Melayu masih menguasai kerajaan. DAN ada yang bukan Melayu becakap cam tu, KALAU umat Melayu dah tak de kuasa, bagaimana pulak dia orang cakap, entah-entah lebih dahsat dari itu.
Sedangkan umat Melayu masih nak berpuak-puak, cam di pekida ni.apalah untungnya, hingga menzahirkan yang umat Melayu lemah, layu, sebab itu orang lain boleh pijak kepala kita, so apa nak marah dengan Kin Yeik, nak bakar semangat umat Melayu ker...... poh dah!!!!!!!!!, poyolah lu, setakat berkubar-kubar dan laungan membakar semangat, tidak akan mengerunkan sesiap saja, mengabihkan boras adalah.
Haaaaaaaaaa kecuali kita kembali mengaku kalah pada Allah, baru Allah nak tolong, itu pun kalau setakat mengaku saja tak boleh, angan-angan Mat Jenin namanya. Dari itu kita mesti tunduk dan patuh melakukan apa yang Allah suruh dan jangan buat apa yang Allah larang. Sanggup??????????? jangan Kin Yeik, Amerika pun boleh kita kalahkan. hehehehhheeeeeeee
Originally posted by: DewaPetir "askum, Inilah kesan dari perkataan keramat mrk bangsa penjajah.....Divide and conquer ....hingga hari ini negara islam dipecah- pecahkan dan perintah dan malaysia is the worst .... dari satu bangsa ditambah jadik 3 bangsa (melayu, cina, india) .... then until now mereka(penjajah) mengharap ada org dari negara tercinta ini memanggil mrk utk menangani isu dalaman negara supaya mudah utk mrk menjajah kita kembali.....
Sedarlah wahai saudaraku semua....Malaysia tercinta ini ibarat bom jangka yg akan meletup bila2 masa.....
wasslam"
Kalau dah macam tu mari lah bersatu dalam pekida... tautkan semula yg dah terpecah... cari satu common school of thought ...
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
terlalu berjela jela la posting bro saf one kita... berpinau mata, akhirnya baca pangkal dan hujung jer... pas tu dapat pangkal hujung lesap... serupa tak baca... lain kali ringkaskan laaaa...
nak putus jantung aku bila baca ko orng punya last msg. memanglah mudah malaysia bagikan bom jangka masa, tapi apakah peranan kita dalam mengawal keadaan, mesti ada jalan penyelesian, jalannya mari kita betulkan sab kita, kalau tak kita sapa lagi. ok mat
quote: Originally posted by: MdArif "cuma nak komen skit jerrrr... terlalu berjela jela la posting bro saf one kita... berpinau mata, akhirnya baca pangkal dan hujung jer... pas tu dapat pangkal hujung lesap... serupa tak baca... lain kali ringkaskan laaaa..."
Saya setuju ngn bro MdArif...berpinau mata...adinda baca had tengah je...Ingat tengah best rupanya komen seorang cikgu sampai bila pun tak faham kalau tak baca kesemua ...Cantik la kita bro...bleh kongsi dulu lepas ni kita ulas
ketahuilah bahawa anak bangsa kita memang sedang leka dan mudah dijajah! bangsa lain pula sedang bergiat mencari peluang utk bertakhta...salah siapa?tepuk dada tanya iman...
Ringkasan dari posting2 saya diatas adalah LKY mencadangkan agar sekolah kebangsaan mengeluarkan sebarang jenis agama dari sekolah kebangsaan.Klau sek kebangsaan tentulah agama tersebut merujuk kepada islam.So,anak-anak kita nanti takde lah baca doa2 masa perhimpunan,buat majlis solat hajat dan lain-lain benda yg berbentuk keagamaan.Cubalah baca dulu posting tersebut.Tak sampai 5 minit pun.Kita dah la tak banyak yg boleh kita buat,setakat menulis dlm internet je..
Terima kasih bro saf one atas ringkasan yg memang dah semua org tahu dan baca di akhbar. Ringkasan ini baru yg bro tulis, yg atas tu macam cut and paste dari akhbar jer ahakkksss...
Sebenarnya bro... banyak yg kita boleh buat dan kena buat... dan memang jemaah kita di rnd sedang buat... cuma bro kene datang ke rnd dan tanyakan apa yg bro boleh dan perlu buat... baru tau... kalau takat dok baca forum ni memang tak nampak.
Di rnd 7 hari dalam seminggu tiap tiap hari ada program... dan itulah usaha untuk mengatasi masalah kelemahan Islam... tapi kene amik port laaa...
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
Kalau sembang bab islam,alamak.. mcm dialah mujahid agung,padahal dia sendiri yg meruntuhkan agama.Orang lain semuanya tak betul,tak cukup islam.
Nak tau siapa yg meruntuhkan agama?Mereka adalah orang yg meninggalkan solat.Kalau solat diringan2kan,sampai kiamat pun islam yg mereka nak tegakkan takkan tertegak.
mungkin kita boleh mengkaji dan mencontohi formula yg diguna pakai oleh baginda rasulullah s.a.w dalam menyatukan suku aus dan khazraj ,muhajirin dan ansar di madinah.Masyarakat majmuk mmg dah wujud di madinah ketika itu,termasuk lah kaum yahudi.
quote: Originally posted by: saf_one "Saya sebenarnya rasa lucu dng sesetengah pihak.. Kalau sembang bab islam,alamak.. mcm dialah mujahid agung,padahal dia sendiri yg meruntuhkan agama.Orang lain semuanya tak betul,tak cukup islam. Nak tau siapa yg meruntuhkan agama?Mereka adalah orang yg meninggalkan solat.Kalau solat diringan2kan,sampai kiamat pun islam yg mereka nak tegakkan takkan tertegak."
Saudara telah mula merasa riak dengan solat saudara... dan bersangka saudara saf one telah lengkap dan diterima segala amalan... sedang diri masih jahil ... tapi sudah mula menghukum dan menghisab... RENUNGKAN INI....
4. An Nisaa'
43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan...
(berapa orang yg tahu apa yg mereka ucap dalam solat sekarang... ?, kalau ucapannya tak di fahami, macamana nak di tegakkan Islam dari bacaan itu... ke main ikut ikut saja... baca saja Islam boleh tegak sendiri...)
8. Al Anfaal
35. Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
Solat kebanyakan kita yg tidak faham apa yg di baca sekadar siulan saja, ada bunyi tak ada makna, perlakuan af'al solat kita sekadar gerak tepuk sorak riuh rendah saja, kerana tidak kita tahu apa hakikat perlakuan itu dan bagaimana mendirikan dan melaksanakannya dalam masyarakat dan kehidupan harian... itu sebab dah sekian generasi kita solat tapi masih di azab terus menerus...
107. Al Maa´uun
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
6. orang-orang yang berbuat riya,
Inilah yg terjadi pada masyarakat kita, solat utk menunjuk2... tapi lalai dari perintah utk mencari ilmu dan kefahaman berdasarkan Iman... solat sedikit dah tergamak menuding jari ... tak sedar dia sendiri sekadar macam burung tiung yg bernyanyi... dan menari nari saja di sisi allah...
96. Al 'Alaq
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
7. karena dia melihat dirinya serba cukup
SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR...firman
Check balik solat kita... dah kita faham...? dah kita laksanakan apa yg kita baca dan lakukan dalam solat di luar solat...? mengapa perbuatan keji dan mungkar makin berleluasa dengan solat kita...? atau kita hanya solat dengan siulan dan tepuk soarak...? dengan riak...?
17. Al Israa'
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
37. Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Serba sedikit utk renungan, nasihat dari allah, bukan dari saya... janganlah kita cepat mengata apa yg tidak kita fahami... belum tentu orang yg kita kata itu hina di sisi allah, dan belum tentu kita yg mengata mereka itu mulia di sisi allah, melainkan sekadar sangkaan kita saja... perhatikan baik baik semua yg di atas itu. Pelajari dengan lebih mendalam... cari susur jalur yg sah dan boleh di yakini... jgn jadi pak turut saja...
-- Edited by Sufian at 12:32, 2005-05-05
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Saya bukan nak riak dng solat saya,apa yg saya persoalkan adalah orang yg berapi-api cerita ttg islam tapi solatnya entah ke mana.Macam mana orang tak pertikaikan.Nampak sangat kekalutannya.Saya sedar diri ni jahil,tapi berbekal secebis ilmu dan nampak ada yg tak kena,salahkah kita menegur?Saya tdk pernah rasa amalan saya dah lengkap dan diterima semuanya.Mungkin juga amalan saudara yg telah lengkap dan diterima,Insya Allah.Saya tak pernah menghukum & menghisab tapi kalau ikut kepala otak(saya tak pandai nak mempergunakan ayat quran),wajarkah perkara ini berlaku dan dibiarkan?Kita bangga mendabik dada mendakwa kitalah yg paling hebat jihadnya,paling islamik dll tetapi orang lain hanya senyum kambing kat kita.Kelakar kata mereka.Kenapa?Sebab basic kita tak ada.Nak buat KLCC pun bukan boleh terus buat tkt 88.Mesti ada tapak yg kukuh,tiang yg kuat dsb.So,kalau nak tegakkan islam,rukun islam kena laksanakan dulu.
(berapa orang yg tahu apa yg mereka ucap dalam solat sekarang... ?, kalau ucapannya tak di fahami, macamana nak di tegakkan Islam dari bacaan itu... ke main ikut ikut saja... baca saja Islam boleh tegak sendiri...)
kalau langsung tak ucap lagi sedih..
Solat kebanyakan kita yg tidak faham apa yg di baca sekadar siulan saja, ada bunyi tak ada makna, perlakuan af'al solat kita sekadar gerak tepuk sorak riuh rendah saja, kerana tidak kita tahu apa hakikat perlakuan itu dan bagaimana mendirikan dan melaksanakannya dalam masyarakat dan kehidupan harian... itu sebab dah sekian generasi kita solat tapi masih di azab terus menerus...
macam mana nak sampai hakikat solat kalau tak laksanakan dulu syariat..
Inilah yg terjadi pada masyarakat kita, solat utk menunjuk2... tapi lalai dari perintah utk mencari ilmu dan kefahaman berdasarkan Iman... solat sedikit dah tergamak menuding jari ... tak sedar dia sendiri sekadar macam burung tiung yg bernyanyi... dan menari nari saja di sisi allah...
Siapa solat utk menunjuk?Siapa yg menunding jari ke arah siapa sekarang?Siapa yg tak sedar diri?Mana ustaz tahu saya seperti burung tiung?Allah bagi ilham kat ustaz ke?
Check balik solat kita... dah kita faham...? dah kita laksanakan apa yg kita baca dan lakukan dalam solat di luar solat...? mengapa perbuatan keji dan mungkar makin berleluasa dengan solat kita...? atau kita hanya solat dengan siulan dan tepuk soarak...? dengan riak...?
Macam mana nak laksanakan semua tu kalau tak solat?Solat kaum mana ni siul tepuk sorak?
Akhir sekali,bacalah hadith dibawah.Saya tak tujukan kpd sesiapa tetapi hanya utk berkongsi sebutir mutiara sabda junjungan kita
Sabda Rasulullah… “Akan keluar satu kaum pada zaman terakhir, orang-orang muda yg buruk fahamannya. Mereka mengucapkan kalimah “Khairul Bariyah” (firman Allah dan Rasulnya), tetapi iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka mudah keluar dari agama seperti anak panah meluncur dari busurnya. Kalau kamu temui mereka, tentanglah mereka.” Riwayat al Bukhari
Wahhhhhhhhhhh ko orang dah bukak nas, power tu, cuma kita orang masih jahil, sebab tu tak turun ayat, tapi fikir-fikir kalau ada 100 orang cam brother bukak nas, pasti akan terbit sinar murni di pelusuk jiwa yang keras macam batu di padang pasir tu, kata arwah Ibu saya, sebab tu Allah menurukan para nabi sebahagian besarnya di tanah arab.