Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 pintu syaitan rosakkan manusia


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:
10 pintu syaitan rosakkan manusia


askum to all,


 


Organ dalam tubuh yang paling penting bagi manusia ialah hati yang akan
menerima apa saja petunjuk Allah. Hati juga mudah menerima apa jua hasutan
nafsu yang dibisikkan syaitan. Malaikat dan syaitan sentiasa beradu tenaga
untuk menguasai hati manusia.

Seorang ulama pernah berkata, "Saya sentiasa berfikir dan memerhati dari
pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati
syaitan datang dari 10 pintu."

PINTU 1

Melalui sifat sombong dan angkuh

Firman Allah, "Jangan engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana
kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika
berjalan kerana sombong dan bermegah-megah." (Lukman:18).

PINTU 2

Melalui sifat kedekut dan bakhil

Firman Allah, "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa
jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia
juga yang menyempitkan (menurut yang demikian)." (al-Israk:30).

PINTU 3

Melalui sifat takbur yang hadir dalam diri seseorang

Firman Allah, "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur."
(an-Nahl: 23)

PINTU 4

Melalui sifat riak dan suka dipuji

Rasulullah pernah bersabda, "Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah
orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu dan bangga
dengan diri sendiri."

PINTU 5

Melalui sifat hasad dengki dan iri akan kelebihan orang lain

Rasulullah bersabda, "Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan
amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering."

PINTU 6

Melalui sifat suka memandang rendah dan remeh kepada orang lain

Abu Umamah pernah meriwayatkan, "Tiga orang yang tidak boleh dihina kecuali
orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil."

PINTU 7

Melalui sifat bangga diri atau ujub

Allah berfirman, "Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya Kami
lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan
hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut." (al-Kahfi:
28).

PINTU 8

Melalui sifat suka bersenang-lenang

Menurut Imam Ahmad, yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz bin
Jabal, "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya
hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja."

PINTU 9

Melalui sifat suka berangan-angan dan pemalas

Sabda Rasulullah, "Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja
apabila ia berbuat sebaik-baiknya." (Riwayat Ahmad).

PINTU 10

Melalui sifat suka berburuk sangka

Rasulullah bersabda, "Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai
bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah, yang
paling rosak." (Riwayat Muslim).

Sepuluh sifat itu sebenarnya sinonim dengan manusia dan ada dalam diri
setiap kita. Sifat-sifat itu, andai tidak dikawal dan dijaga akan menjadi
senjata yang bakal makan tuan. Syaitan pula sentiasa mengintai peluang
untuk merosakkan manusia dengan memanipulasi sifat yang sedia ada dalam
diri mereka itu.

Disebabkan itu, kita dianjurkan berdoa dengan menyebut, "Ya Tuhanku, jangan
Kau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan selepas Kau berikan
petunjuk kepada kami dan kurniakan kami rahmat di sisi-Mu kerana
sesungguhnya Kaulah Maha Memberi." (Ali-Imran: 8).

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun
akhirat...."



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:

terime kasih kerana memberi makluman yg cukup bermanfaat dan bergune terhadap seluruh umat islam..semoge saudare sentiase diredhai & dirahmati oleh Alah S.W.T....

__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

semua sifat mazmumah


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Belajar..


Assalamualaikum...


Alhamdulillah..sekurangnya dpt juga ruangan forum nie dimanfaatkan sepenuhnya....tq..


Sememangnya syaitan x jemu menghasut..


Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.


Saya cuma nak katakan disini...seandainya kita leh tolon rakan kita yang lakukan kemungkaran..cubalaa sebaik mungkin... inilah salah satu perjuangan kita..!



__________________
Berjuang dengan matlamat, Bergerak sesama umat, Untuk agama,bangsa dan negara. (Bertindak mengikut ARAHAN !)


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:
RE: 10 pintu syaitan rosakkan manusia


RE: 10 pintu syaitan rosakkan manusia






terime kasih kerana memberi makluman yg cukup bermanfaat dan bergune terhadap seluruh umat islam..semoge saudare sentiase diredhai & dirahmati oleh Alah S.W.T....


Terima kasih kembali....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

assalammualaikum...


Mmmmm..... kena buang sikap mcm tu....



__________________
marsos six time


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

jagalah pintu hati kita.......................


semoga tak terjerumus ke lembah yg hina................




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

jihad yg paling utama, ialah jihad melawan nafsu.............




__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard