Tajuk : " Mengenali Alam Jin" - Siri 1 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2)Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu (sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....
11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia. 12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar,jika kita melarangnya. 13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia. 14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.
16) lmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).
Al-Quran - Surah Al- Baqarah - Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
quote: Originally posted by: MdArif "apa yg saya nampak sumer tu lebih kepada sangka sangka belaka... "
Assalamualaikum...buat kekanda semua... Disini adinda nak mencelah...Isi yang bernombor 4,7,8 dan 13 adinda tak pasti...Tapi yang lain 2 orang ustaz adinda pun cerita benda macam ni gak sambil mengeluarkan dalil dan nas merujuk Al-Quran...
slah satu cabang iman mempercayai adanya alam ghaib...jin itu ujud dan syaitan dan iblis itu dari golongan jin yang tersesat...jin soleh adalah jin yang sentiasa beribadat kepada allah...ape yang di postingkan itu ada benarnya...tidak disangkal yang jin hidup bersama2 kita cuma alam nya kita tidak nampak...sememangnya mereka ada yang cuba menyesatkan kita tapi hanya dengan izin allah.berdoalah semoga kita dijauhkan dari makhluk2 halus allah.golongan yangcuba menyesatkan anak adam ini biasanya menggunakan dua strategi..menyesatkan orang2 yang memang dikalangan rosak imannya dan orang2 ilmuan supaya ilmu yang didapati boleh dipesongkan dan boleh menjadi pewaris mereka menjadi penyesat dikalangan manusia...dan memang telah ujud dikalangan kita....cuba teka siape?
sesiapa nak tahu tazkirah ini khayalan ka benar boleh merujuk kpd kitab bertajuk "berdialog dgn jin muslim" atau kitab pengarang As-Syeikh Wahid Abd salam Bali bertajuk Perisai hebat menangkis kejahatan jin & syaitan terjemahan bahasa melayu....semua kitab di atas adalah bahasa Arab yg kemudian diterjemah ke bhs Melayu ....saya tak bleh bubuh dalil yg mencukupi ceramah itu keran terlalu pjg...better refer kitab yg saya sebutkan...
wassalam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
askum mmg syaitan ada 2 golongan menepati surah an nas....tapi tazkirah ini utk mngenai syaitan jin dan bukan syaitan manusia....syaitan manusia topik lain
wassalam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Tak pe nanti kalau betul-betul nak dalami tentang jin dan syaitan ni kita jumpa la mereka yang lebih arif... atau cuba merujuk kpd kitab bertajuk "berdialog dgn jin muslim" atau kitab pengarang As-Syeikh Wahid Abd salam Bali bertajuk Perisai hebat menangkis kejahatan jin & syaitan terjemahan bahasa melayu... seperti bro Dewa Petir katakan...
DEWA adalah bangsa Jin jugak yg diagongkan puak penyembah berhala dan mereka anggap sbg tuhan....walaubagaimanapun nick "DewaPetir" diambil sempena nama watak dlm satu komik hongkong dan dier tiada kena mengena dgn berhala sembahan manusia....harap jgn ada pihak salah faham mengenai nick saya.........
wassalam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice