Hadis: Syariat Muhammad mansuhkan ajaran rasul terdahulu RASUL yang diutus oleh Allah kepada kaum masing-masing banyak bilangannya. Antaranya ada yang diturunkan kitab kepadanya, seperti Nabi Musa yang menerima kitab Taurat.
Namun, syariat Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW memansuhkan syariat rasul yang lalu.
Daripada Jabir, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul, dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu dia menurutku.” (Hadis riwayat Al-Daarimi)
Hadis ini menerangkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad memansuhkan syariat lain.
Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa yang ada pada zaman Baginda atau yang datang kemudian, menurut syariat yang dimansuhkan itu. Apa lagi agama yang direka manusia sendiri.
Mengenai perkara ini, Baginda menegaskan bahawa kalaulah Nabi Musa tiba-tiba muncul pada zaman Rasulullah dan ada orang Islam yang mengikutnya dengan meninggalkan syariat Islam yang dibawa oleh Baginda, nescaya orang itu termasuk dalam golongan sesat.
Perkara sedemikian kerana dia menurut syariat yang telah dimansuhkan.
Pada hal tegas Rasulullah jika Nabi Musa masih hidup dalam masa kerasulan Baginda, nescaya Nabi Musa juga akan menurut syariat Islam yang dibawa oleh Baginda.
Tidaklah sepatutnya timbul sebarang kemusykilan mengenai kesesuaian agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan keadaan umat manusia pada setiap masa.
Perkara itu kerana apabila diperhatikan, ternyata bahawa Islam adalah berdasarkan kaedah umum yang banyak cawangannya. Islam dapat menghadapi cabaran zaman, menghakimi kejadian yang berlaku dan menyelesaikan masalah yang timbul pada setiap masa.
Jelasnya, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah lengkap mengandungi hukum-hakam dan cara peraturan meliputi segala bidang hidup.
Perkara sedemikian menjadikannya sesuai dengan keadaan umat manusia dalam segala zaman dan di mana saja mereka berada, selagi sifat kemanusiaannya tidak berubah.
Keadaan itu berterusan hinggakan Nabi Isa ketika turun pada akhir umur dunia kelak akan melanjut dan mengembangkan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad seperti diterangkan dalam hadis berikut: Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda: “Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu dia memimpin kamu.”
Salah seorang rawi hadis ini, Ibn Abi Dzi'b menerangkan dengan katanya: “Lalu dia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Quran dan sunnah Nabi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
-- Edited by pekida at 00:10, 2005-05-31
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kepada semua...Minta maaf jika ada kesilapan...Di sini adinda nak mencelah... Ini pengetahuan yang adinda pelajari...Kalau salah sila tegur...
Jelasnya Islam yg dibawa Rasullah itu adalah sesuai dgn peredaran zaman...Sbbnya dalam Al-Quran tu sendiri terkandung ilmu duniawi dan ukhrawi...Oleh itu barang siapa yg mempelajari,menghayati,memahami,dan mengamalkannya nescaya dia akan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat...
Setelah turunnya Al-Quran,kitab-kitab lain seperti zabur,taurat,injil tidak lagi diguna pakai...Kitab ni duturunkan kepada rasul-rasul untuk umatnya.Tapi bila Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W maka kitab-kitab yang sebelumnya dimansuhkan kerana kurang sesuai dan ada sedikit perubahan zaman.Jadi Al-Quran lah yang terbaik untuk manusia ikuti tak kira zaman mana sekalipun...Kitab-kitab macam zabur,taurat dan injil bukan tak boleh baca...boleh...tapi tak boleh jadikan sebagai panduan pada zaman sekarang...
Daripada Jabir, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul, dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu dia menurutku.” (Hadis riwayat Al-Daarimi)
Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda: “Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu dia memimpin kamu.”
Maknanya jika Nabi atau Rasul mana sekalipun yg hidup bersama dengan zaman Rasullah pasti akan mengikut Baginda kerana Al-Quran sangat lengkap dengan hukum-hakam,ilmu dunia,ilmu akhirat dan juga ilmu ghaib (jin,syaitan,dll).Jika Nabi Isa A.S diturunkan pada penghujung zaman setelah ketiadaan Rasullullah pun akan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan,pedoman,pegangan dan senjata umat Islam di akhir Zaman...
Kata nabi...Barang siapa yang tidak ikut perlaku(sunnah) baginda selepas Al-Quran maka mereka adalah golongan yang sesat.Sunnah ni adalah benda baik yg dilakukan oleh Rasulullah dan kesinambungan daripada Al-Quran...
Di Negara kita ni ada satu majlis dan puak yang hanya mengamalkan Al-Quran dan menolak hadith.Mereka menolak hadith sbb mereka kata dalam Al-Quran tidak suruh ikut hadith.Ikutlah kata nabi kerana nabi menyampaikan Ad-Din dan bersifat maksum...Jgnlah kita menolak hadith kerna hadith tu perilaku baik nabi dan kesinambungan daripada Al-Quran...Buat dapat pahala...
Semua para rasul mengajak untuk menyembah kepada Allah Yang Maha Esa
13. Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
NAMPAK MACAM SAMA SAJA APA YG DI SYARIAT KAN... YG DI PERINTAHKAN ALLAH KEPADA SEMUA NABI NABI TERDAHULU...
"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."
Maaf jika tersilap, tapi Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir. Maka kitab yang diperturunkan merupakan kitab yang terakhir dan juga penutup kepada semua kitab sebelumnya. Buat apa nak dipertikaikan.
Al Ahzab Ayat 40. Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu[1223]., tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
:quote: Originally posted by: zackbikers "Assalamualaikum..../// Maaf jika tersilap, tapi Nabi Muhammad merupakan rasul terakhir. Maka kitab yang diperturunkan merupakan kitab yang terakhir dan juga penutup kepada semua kitab sebelumnya. Buat apa nak dipertikaikan. Al Ahzab Ayat 40. Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu[1223]., tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"
nak komen sikit...Bro Zack...cantik motor...Saya dok cari mana lagi ayat yg ditulis....Rupa-rupanya dah habis...gambar makan space... jangan marah abg..lawak je...Kalau marah nanti cepat tua...tak bleh nak rempit dah...
assalammualaikum..rasanyer nak mencelah sikit,sama2 kita bermuzakarah....dr sekolah rendah lagi kita belajar mengenai rasullullah (S.A.W) dr tanda kelahiran nabi lg dah kita tau terdapat dibelakang rusuk kanannyer tentang Khatamunnabi..iaitu tanda penamat segala nabi..dan sebagai nabi dan rasul yg terakhir Baginda (S.A.W) telah Allah kurniakan mukjizat yg terbesar iaitu kalamullah Alfurqan (Al-quran la tu..) didalam nyer terkandung 6666 ayat..yg mana 60 ribu ayat Allah menceritakan tentang alam..6 ribu tentang tuhan 6 ratus tentang nabi2 dan 6 lagi diceritakan tentang as-syifa' yakni ubat-ubatan...tiada lagi keraguaan tentang kandungannyer...mahasuci tuhan..jadi pada mereka yg mengatahui akan isi kandungannyer tentu la tahu juga tentang injil,taurat,dan zabur.makalah-makalah ini tidak lah selengkap isi kandungan al-quran dan ianyer juga cuma sesuai tuk nabi pada zamanyer sahaja tidak seperti al-qurann yg sesuai tuk sepanjang zaman.dan salah satu yg disebut didalam hadis Rasullulah sendiri yg mana diriwayatkan oleh muslim dan abuhurairah (r.a) yg bermaksud:"telah ku tinggal dua perkara yg mana selama kamu mengikutinya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Alquran dan sunnah ku" wassalam
quote: Originally posted by: alongjimah dan sebagai nabi dan rasul yg terakhir Baginda (S.A.W) telah Allah kurniakan mukjizat yg terbesar iaitu kalamullah Alfurqan (Al-quran la tu..) didalam nyer terkandung 6666 ayat..
Assalamualaikum,
alongjimah,minta maaf terlebih dahulu saya pinta dari bro,
nampaknya dr segi penulisan bro di atas macam orang berilmu,namun sayang nya hanya persangkaan belaka....setahu saya pada Al-Quran yang 1 ada 30 juzuk dan 114 surah serta 6236 ayat.
Tapi tak pa,kut-kut la kalau saya tersilap,jom kita sama-sama kira balik ada berapa ayat.Dah kira jgn pulak tak baca,bila dah baca jgn pulak tak paham,bila dah paham jgn pulak tak buat.sooooo....sendiri mau ingat....
quote: Originally posted by: zairi_82 " Assalamualaikum, alongjimah,minta maaf terlebih dahulu saya pinta dari bro, nampaknya dr segi penulisan bro di atas macam orang berilmu,namun sayang nya hanya persangkaan belaka....setahu saya pada Al-Quran yang 1 ada 30 juzuk dan 114 surah serta 6236 ayat. Tapi tak pa,kut-kut la kalau saya tersilap,jom kita sama-sama kira balik ada berapa ayat.Dah kira jgn pulak tak baca,bila dah baca jgn pulak tak paham,bila dah paham jgn pulak tak buat.sooooo....sendiri mau ingat.... "
Assalamualaikum...
Buat kakanda semua...Adinda nak menyelah.Minta maaf dipinta kepada bro alongjimah.Betul kata bro zairi.Dalam al-quran sebenarnya ada 6236 ayat ni telah dikira oleh ulamak di dunia...bukan 6666...kalau kita plotkan graf bil ayat/juzuk melawan juzuk kita akan dapat bentuk graf seakan-akan tulisan alif,lam,lam,ha (allah)...Bro Zairi ni pandai gak dlm bidang agama...Nak blajaq sikit bleh
Allah Taala berfirman, “Allah tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri. Dia menurunkan kitab Alquran padamu (Muhammad) dengan sebenarnya, membenarkan kitab-kitab yang telah lebih dulu daripadanya dan juga menurunkan kitab Taurat dan Injil sebelum (Alquran diturunkan, Taurat dan Injil itu) menjadi petunjuk bagi manusia. Dan Dia menurunkan Al-Furqan (Alquran).” (Q.S. Ali Imran:24)
Allah Taala berfirman, “Kami menurunkan kitab Alquran kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya, untuk membenarkan dan menjaga kitab yang terdahulu sebelumnya. Maka dari itu, putuskanlah hukum di antara sesama mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Jangan engkau ikuti nafsu mereka yang membelokkan engkau dari kebenaran yang sudah datang padamu. Untuk masing-masing dari kamu semua Kami tetapkan aturan dan jalan.” (Q.S. Al-Maidah:48)
mintak maaf semua..ana terkhilaf dlm bab ni memang betul ayat ALquran ialah 6236 dan terimakasih pada bro zairi n bro tongkat..lain kali ana akan rujuk betul2 dan insyallah tak akan membuat kesilapan lagi..terima kasih sekali lagi kepada mereka yang sudi menegur..sesungguh nye segala kesilapan dan keburukan adalah diri ana sendiri dan segala kebaikan adalah dr Allah S.W.T..
quote: Originally posted by: alongjimah "assalammulaikum... mintak maaf semua..ana terkhilaf dlm bab ni memang betul ayat ALquran ialah 6236 dan terimakasih pada bro zairi n bro tongkat..lain kali ana akan rujuk betul2 dan insyallah tak akan membuat kesilapan lagi..terima kasih sekali lagi kepada mereka yang sudi menegur..sesungguh nye segala kesilapan dan keburukan adalah diri ana sendiri dan segala kebaikan adalah dr Allah S.W.T.."
Waalaikumsalam...Di forum ni kita saling tegur-menegur supaya kita tak melakukan kesilapan...Untuk menambahkan ilmu bg mereka yg kurang tahu...
setahu saya pada Al-Quran yang 1 ada 30 juzuk dan 114 surah serta 6236 ayat.
alhamdullilah....
assalammualaikum...
tapi ada juga yang jahil tentang... umul kitab.. al quran ni... kecian kecian... terima kasih diatas nasihat dan teguran kanda zairi, dan kanda sekelian...
klu tak silap saya 6666 tu depa terlebih belajar kot.... pasal urat dalam badan laa saluran darah dalam badan laaa... yang saya pelik alif lam min dikatakan jatuh 3 ayat.. wal hal dalam kitab cuma satu ayat... poning den... cian diorang...
betul lahhh kata abg.. yahudi dah sesatkan ugama islam secara pelahan lahan dan tambahkan jumlah ayat yang sebenarnya... nauzubillah
ermmm tangkap tue wat aper broo..kita tangkap laa manusia2 yang menyamar dan pandai belakon kat web nie...tapi kesian pulak...biar jo laa kan dio ngan labu2nya...
nak dibiarkan pun susah jugak bro... kan jadi duri dalam daging bahaya nanti bernanah berkudis susah pulak nak diubat... tapi apa-apa pun kebenaran akan terserlah jua...kita tunggu dan lihat...
" umat nabi MUHAMMAD berpecah kepada 73 golongan... 72 darinya adalah sesat dan dimasokkan kdalam neraka.. hanya 1 golongan yg akn dimasokkan kdlam syurga "... ketahuilah bahawa yang 1 golongan itu adalah AHLI SUNNAH- WAL JAMAAH..... Siapa mereka itu????? mereka itu adalah golongan yang berpegang teguh kepada ajaran AL-QURAN & AS-SUNNAH ( HADIS NABI ).. Dan belajar lah agama itu pada seorang guru yg bertauliah.... " sesungguhnya menuntut ilmu tanpa guru ibarat menuntut ilmu dgn syaitan "..
Dari apa yang saya di ajar dan di fahamkan... Kesemua Nabi-Nabi yang terdahulu juga membawa agama Islam juga cuma pada zaman mereka yang lebih ditekankan ialah tauhid...
Apabila Nabi Muhammad S.A.W di utus sebagai rasul, ajaran2 yang terdahulu termansuh dan ajaran Rasullullah digunapakai sehingga ke akhir zaman...
Teringat pulak ader ajaran sesat di ulu kelang yang mendakwa dirinya rasul untuk kaum melayu... Nauzubillah
P/S: Tujuh Puluh Tiga Pintu...Tujuh Puluh Tiga Jalan...Yang Sampai Hanya SATU Jalan... TIGA PULUH
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2