Ali bin Abi Talib R.A berkata :"Sewaktu Rasulullah s.a.w duduk
bersama para muhajirin dan ansar, maka dengan tiba2 datang satu
rombongan Yahudi lalu berkata:"Ya Muhammad, kami hendak bertanya
kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada
Nabi utusan Allah." Rasulullah s.a.w bersabda:"Silakan bertanya".
Maka tanyalah orang Yahudi itu:"Terangkan kepada kami sembahyang 5
waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu?"
Sabda Rasulullah s.a.w:"Sembahyang Zohor, jika tergelincir matahari
maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar
itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah larangan.
Sembahyang Maghrib itu ialah saat Allah s.w.t menerima taubat Nabi
Adam a.s, maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan
ikhlas, kemudian dia berdo'a meminta sesuatu daripada Allah, maka
Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu adalah
sembahyang yang telah dikerjakan oleh para rasul sebelumku.
Sembahyang SUbuh adalah sebelum matahari terbit, dimana ianya terbit
di antara tanduk syaitan dan di situlah sujudnya orang-orang kafir."
Mendengar keterangan Rasulullah, orang-orang Yahudi itu
berkata:"Memang benar apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad,
katakanlah kepada apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
bersembahyang?"
Sabda Rasulullah s.a.w:"Jagalah waktu sembahyang terutamanya
sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zohor, pada saat itu
dinyalakan neraka jahanam. Orang mukmin yang mengerjakan solat pada
ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada
hari Akhirat."
Sabda Baginda lagi:"Manakala sembahyang asar adalah saat di mana
Nabi Adam a.s memakan buah larangan. Orang mukmin yang mengerjakan
solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."
Sabda Rasulullah seterusnya :"Sembahyang Isya'. Katakanlah kubur itu
sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka sorang mukmin
yang berjalan di dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
sembahyang Isya' berjemaah, Allah s.w.t haramkan dirinya terkena
nyalaan api neraka, dan diberikan cahaya untuk menyeberangi titian
sirath"
Baginda meneruskan:"Sembahyang Subuh pula seorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjemaah diberi
oleh Allah 2 kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka, dan
dibebaskan dari nifaq."
Setelah orang-orang Yahudi mendengar keterangan tersebut, mereka
berkata:"Memang benar apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad, kini
katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah s.w.t mewajibkan
puasa 30 hari ke atas umatmu?"
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:" Ketika Nabi Adam a.s memakan
buah larangan, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s
selama 30 hari. Kemudian Allah s.w.t mewajibkan ke atas keturunan
Adam berlapar selama 30 hari di waktu siang, sementara diizin untuk
dimakan pada waktu malam adalah sebagai kurniaan Allah s.w.t kepada
makhluk-Nya."
Kata orang Yahudi tersebut:"Benar kata-kata kamu wahai Muhammad.
Sekarang terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi
daripada puasa tersebut".
Rasulullah s.a.w bersabda:"Seorang hamba yang berpuasa pada bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah s.w.t dia akan diberikan oleh
Allah 7 perkara:-
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya.
2. Rahmat ALlah sentiasa dekat kepadanya.
3. Diberi Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan dahaga
5. Diringankan baginya seksa kubur.
6. Diberi cahaya oleh Allah s.w.t pada hari kiamat untuk
menyeberangi titian sirath
7. Allah memberikannya kemuliaan syurga."
Kata orang yahudi tersebut:"Benarlah apa yang telah kamu katakan itu
wahai Muhammad. Sekarang terangkan kepada kami kelebihan kamu antara
semua nabi-nabi."
Sabda Rasulullah s.a.w:"Seorang nabi menggunakan do'a mustajabnya
untuk membinasakan umatnya tetapi saya tetap menyimpan do'a (untuk
saya gunakan memberi syafaat pada umat di hari akhirat)"
Kata orang Yahudi tersebut:"Sungguh benar segala apa yang kamu
bicarakan, wahai Muhammad. Kini kami mengaku dengan sepenuh hati
bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Nabi
Muhammad itu Pesuruh Allah".
quote: Originally posted by: anakomarBest cerita mcm ni
quote: Originally posted by: anakomar
Best cerita mcm ni
Dada terasa berisi semula...
Alhamdulillah...
Hakikat solat lima waktu tu begitu rupanya...