Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kemana hilangnya 12,000 anggota tentera AS?


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Kemana hilangnya 12,000 anggota tentera AS?


Laporan rahsia yang telah bocor menunjukkan pengerusi Joint Chiefs
of Staff memberitahu Kongress bahawa militeri AS tidak akan mampu
untuk memenangi mana-mana peperangan baru secepat yang dirancangkan
dan telah menyangkal jumlah tentera yang dikatakan akan ditempatkan
di Iraq tetapi seramai 12,000 tentera.

General Richard Myers, Joint Chiefs of Staff memberi amaran pada
hari Isnin bahawa tentera AS kini dalam keadaan berisiko yang tinggi
kerana konflit di Iraq dan Afghanistan dan kekurangan tenaga manusia
dan sumber. Seterusnya beliau berkata bahawa seramai 138,000 anggota
tentera Amerika kini berada di Iraq, menurut Pusat Pemerintahan AS
dan seramai 18,000 telah ditempatkan di Afghanistan.

Myers menyampaikan laporan kepada Kongress pada hari Isnin dan
mengandaikan bahawa risiko akan meningkat dalam masa setahun atau
dua tahun akan datang. Pada masa yang sama, pejabat maklumat tentera
AS di Iraq telah mengeluarkan senarai rasmi penempatan seramai
150,000 tentera Amerika. Jumlah ini adalah merupakan satu jumlah
yang tinggi yang menyebabkan kita tertanya-tanya kemana hilangnya
seramai 12,000 anggota lagi?

Telah menjadi amalan biasa bagi tentera AS untuk menyapu beberapa
anggota yang cedera ke bawah karpet; satu amalan yang dilakukan
sejak perang dunia kedua, tetapi 12,000 anggota adalah satu jumlah
yang sangat besar. Sebelum ini tentera AS hanya melaporkan hanya
seramai 4,000 anggotanya yang cedera, tetapi baru-baru ini terdapat
satu laporan daripada hospital tentera di German bahawa seramai
40,000 orang.

Kita bertanya lagi, kemana hilangnya anggota tentera?

Kenyataan dari pejabat maklumat tentera AS pada hari Isnin, satu
salinan telah diterima oleh wartawan Mafkarat al-Islam, mengandungi
senarai nama negara dan jumlah anggota yang mereka tempatkan secara
rasmi di Iraq seperti berikut.

Amerika Syarikat: 150,000
Britain: 8,000
Korea Selatan: 3,600
Itali: 3,085
Poland: 1,700
Ukraine: 1,600
Georgia: 898
Romania: 730
Jepun: 550.
Denmark: 496.
Bulgaria: 450
Australia: 400

Wartawan Markarat al-Islam melaporkan bahawa kenyataan tentera AS
menunjukkan bahawa jumlah negara yang telah mengundurkan anggota
dari kontingen mereka kerana "mereka tidak diperlukan lagi di sana",
tetapi perhatikan jumlah dalam senarai rasmi.

Jadi jika General Myers di Pusat Pemerintahan berkata seramai
138,000 anggota tentera AS kini sedang bertugas di Iraq dan pejabat
maklumat tentera AS berkata seramai 150,000 sedang bertugas,
siapakah yang bercakap benar dan kemanakah seramai 12,000 lagi
anggota tersebut berada. Adakah mereka telah terkorban? Mungkinkah
mereka ditanam secara beramai-ramai?



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


entah2 semua dah mati lemas masa tsunami melanda acheh....Amerika nih ada pengkalan rahsia di tengah lautan hindi....kalo tak silap dan pengakalan tu bentuk muka bumi dia amat rendah dan kalo tsunami tinggi 30 40 kaki senang senang akan melenyapkan pengkalan rahsia....utk pengetahuan semua...pengkalan tu jugak digunakan oleh US utk mengisi minyak bagi jet2 dan pesawat pengebom yg digunakan utk mengebom Aghanistan dan Iraq.....dan kalo betul pengkalan tu dah lenyap....Padam muka mrk.... Sesungguhnya Allah maha merancang tiap2 sesuatu...jgn ingat rancangan kita jer power....kehkehkeh.....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Inilah yang dikatakan betapa besarnya kalimah SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA  TUHAN  YANG  DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH. ( Asyhadu alla ila ha ilallah wasyhadu anna Muhammad dar Rasulullah). walaupun ramai para mujahid kita yang gugur dalam mempertahankan negaranya tapi angka       12 000 bagi tentera amerika yang hilang bukannya sedikit...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard