Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KUCING BONZAI - PENTING!!!


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
KUCING BONZAI - PENTING!!!


Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan...
Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah:
http://www.bonsaikitten.com/
Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!
 
Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.
Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda. 
  Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!!
(If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membaca dan memanjangkan maklumat ini.
- Pencinta Haiwan -

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to u,


mat saleh ni memang gila dari makan pakai sampai pakaian perangai semua gila.....kita org islam jgn ikut perangai mrk dah ...buat tahana kat kucing....atau haiwan lain......sedangkan ada hadith nabi ttg anjing kelaparan yg diberi minum oleh pelacur pun menyebabkan pelacur itu masuk syurga...sedangkan anjing itu ada hadith menerangkan larangan membela nya dlm rumah malaikat rahmat tak masuk dlm rumah...inikan pulak kucing yg selalu tido atas serban nabi ...


wassalam



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

setiap perbuatan manusia itu akan dibalas yang pasti Tuhan itu maha adil...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: dbodyguard30

"setiap perbuatan manusia itu akan dibalas yang pasti Tuhan itu maha adil..."

        

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 44
Date:

assalamualaikum.w.b.t


mengenai cerita kucing tu dah lamer di dengar..


Dunia ini akan hancur suatu hari nanti disebabkan tangan-tangan manusia..


walhamdulillahirabbil alamin.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

a'kum///dunia sekarang mcm2 yang berlaku///kucing yang tak bersalah jadi mangsa mereka///



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


kekejaman manusia.


cuba klu org jepun tu kita masuk kan plak dlm botoi.......ha amcam, baru dia rasa




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

Askum to all,


i like kucing very much...4 ur info kat umah mak I byk kucing leh kata satu keturunan dan dah tak tau generasi ke beraper....saya pelik mcm mana ader org sanggup amik kucing buat bonzai..mmg ragam yahudi betui.....bayangkan kalo kucing tu amik org tu lak buat bonzai ...camner perasan dier.....kwangkwangkwang


 


wassalam



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

org kafir mmg macam tu... apa2 ttg Islam mmg dia tak suka... contohnya kucing.. dia tahu kucing adalah binatang kesayangan Nabi saw dia dera macam tu.. org jepun mmg terkenal dgn sikap kejam dorang sejak dr dulu lagi.. nauzubillah....



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Assalamualaikum semua abang-abang dan kakak-kakak...


Gerun rasanya bila melihat kucing diperlakukan sedemikian rupa...


Agaknya manusia di sebelah2 barat sana tu dah betul di dalam zulumat...Jangan kita terikut jejak bodoh diorang sudah....Nauzubillah...


Sedangkan kucing itu kalau saya tak silap adalah binatang kesayangan Rasulullah S.A.W.




__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard