Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata
namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya.
Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung,
aku akan minum air kencing anjing hitam."
Tanpa diduga, permintaannya
itu dikabulkan Allah SWT.
Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada
Allah. Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya
dengan Tuhan. Setelah menceritakan kepada suaminya, si suami pergi
mencari anjing yang dimaksudkan. Puas dicari dari kampung ke kampung,
namum tidak juga ditemui.
Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh gila.
Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan
seekor anjing hitam yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah! dan dibawanya pulang
dengan hati gembira. Namun si isteri tidak sanggup meneguk
apabila melihat rupa danbau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah
masing-masing terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar
tersebut.
Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan segalanya.
Rasulullah pun menasihatkan mereka supaya pergi ke
sebuah rumahyang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat
terletak di hujung kampung itu.
Baginda berkata :
"Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya
dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."
Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan solat.
Astagfirullah'alazim.
Takut bila tak mengerjakan sembahyang.
askum to all,
itu utk org yg tak solat....utk org yg solat pun ada gak habuan kalo riak dan utk menunjuk nunjukkan...
neraka wil...guarantee...by the Creator...AlMighty..
wallahua'lam