Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AYAT PAGAR DIRI


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
AYAT PAGAR DIRI


Pagar Diri ??
> Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan
> untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal
> ilmu
> hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang
> anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan
> syaitan.
>
> Pagar Pertama (1) -
> Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
>
> Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
> Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis
> tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati
> sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh
> biji
> tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau
> sihir yang terkena pada hari itu".
> (Riwayat al-Bukhari.)
>
> Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
>
>
> Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
> mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
> oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.
> kepadamereka.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini
> mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada
> seorang pun dari
> mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada
> bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah
> terlalai walaupun
> sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini
> kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
> (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)
>
> Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
>
> Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
> bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap
> solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
> mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan
> berjaya
> merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.
>
> Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:
> Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
> mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
> akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
> berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang
> menyendiri
> dari puaknya.
> (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
>
> Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari
> sihir
>
> Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
> mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam
> boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
> Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
> adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas
> hasil perlakuan syaitan tersebut.
>
> Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu
> tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak
> mengerjakan
> solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
> Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
> (Riwayat al Bukhari dan Muslim).
>
> Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam
> tandas
>
> Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
> akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk
> menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di
> dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia
> pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
> kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
>
> Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca doa
> perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!
> Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
> gangguan syaitan".
>
> Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
> syaitan-syaitan jantan atau betina.
>
> Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
>
> Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
> adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
> kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
>
> "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah
> Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan
> keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah
> isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan
> perbuatan
> orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
> melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
> daya."
> (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
>
> Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi
> dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
>
> Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
> kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi
> sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala
> syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu
> pagi''.
>
> Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
> sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia
> sendiri sememangnya penipu."
> (Riwayat al-Bukhari).


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum ,


tq..semoga anda DirahmatNya dgn ilmu yg anda curahkan .............




__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

tahnx qeera... apa2 pon jgn gunakan TANGKAL utk pagar diri



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard