Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PUKAU ATAU SILAP MATA???


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
PUKAU ATAU SILAP MATA???


Email ni dari seorang rakan saya yg terkena pukau...so harap
berhati2..dah banyak kes sebegini..

FYI.

Pada Jumaat lepas ketika saya balik dari bank dan sedang berjalan masuk
kedalam pintu masuk bangunan Menara PJH, di Precinct 2 Putrajaya
,seorang
Arab yg sedang berdiri disebelah kereta Waja warna silver telah melambai
kepada saya dengan wajah begitu serious.

Biasanya dalam keadaan begini saya tidak akan menghiraukan orang
sebegini
( melambai kepada saya seperti mengarahkan saya utk datang kepadanya --
tidak beradab ) , tapi kali ini memandangkan beliau ada lah seorang
asing ,
saya kira beliau dlm kesusahan dan perlukan bantuan saya.

Beliau minta tolong tukar dengan saya not RM100 beliau dengan RM50 saya.
Selepas saya berikan nya dua keping not RM 50 dari poket baju saya dan
ambil not RM100 beliau , beliau dengan pantas mencapai not RM 50 yg lain
dlm poket baju saya. Saya dengan segera bertindak memegang tangan nya
sebagai tanda tidak setuju akan perbuatan nya, tapi beliau dengan
menerangkan beliau sangat minat akan not RM 50 yg sejenis tanda (saya
pun
kurang jelas apa tanda yg beliau maksudkan) dan mahukan nya sebagai
cenderahati.

Beliau dengan pantas membuka setiap helai nota RM 50 berkenaan sambil
menjaminkan bahawa beliau tak bermaksud jahat dan sekadar mahukan not RM
50
yg berkenaan. Beliau melakukan semua itu hampir dengan dada saya dan
jauh
dari badan beliau sendiri........... sambil itu tangan kanan saya
memegang
pergelangan tangan kiri beliau dan tangan kiri saya memegang pergelangan
tangan kanan nya. Selepas itu beliau terus pulangkan not RM 50 saya
kembali
dan serta merta masuk kedalam Waja nya yg sedang menunggu dengan seorang
pemandu dan Waja berkenaan serta merta meluncur laju keluar dari kawasan
berkenaan. Saya ,yg pada ketika itu sedang rasa agak marah dan kecewa
dengan cara dan sikap beliau terhadap saya, pun terus berpaling dan
berjalan masuk kedalam Menara PJH.

Setelah naik kepejabat saya dlm Menara PJH , saya rasa sangat tak sedap
hati dan periksa duit saya. Rasanya sudah tidak setebal semasa saya mula
mula memegangnya semasa di kaunter bank. Selepas mengira saya sedar pada
ketika itu bilangan not RM 50 berkenaan sudah kurang hampir separuh.

Saya sertamerta membuat lapuran Polis di IPD Putrajaya. Mengikut
beberapa
angota di IPD Putrajaya beberapa kejadian serupa telah dilaporkan
berlaku
di Putrajaya dan KL

Semoga kalian dapat berhati hati supaya perkara yg sama tidak menimpa
diri
kalian. Nombor pendaftaran Waja berkenaan ialah  BHD 1954

Ada baik nya juga email ini disebarkan seluas luas nya supaya jenayah
begini tidak berleluasa dan jika ada sesiapa yg telihat Waja berkenaan
supaya dapat menghubungi pihak polis dengan serta merta.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:

 


    Skarang ni macam2 jenis penipuan ada......


   Hati2lah............!



__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Sebab2 macam ni la kita susah dah nak menolong...


Tapi kadang kala mereka memang dalam kesusahan!!


Bila dah kena kencing macam ni sapa nak percaya lagi??



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

Tidak ada tipu daya melainkan perbuatan syaitan...kate guru saya dulu2...


So lawan syaitan kena berserah pada Tuhan. Allah sahaja dapat kalahkan org2 yang main pukau2 nie...


percayalah.....tinggi mana ilmu pukau mereka, masih tidak dapat melawan ilmu Allah. bahkan setinggi2 ilmu manusia, tidak lebih dari setitik air yg jatuh dari mata sebatang jarum.


wallahu 'alam...



__________________
sudirman


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


elok buat benda lain yg ada faedah...tak sia2 masa


beringatlah wahai saudaraku.........



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


ada petua la dari arwah tok menakan saya....tak tau betui ka tak...org kalo pukau nih mrk akan merenung mata kita kerna mata itu diibarat pintu gerbang utk masuk ke dlm istana diri kita...dgn merenung mata ,mrk telah membuat satu connection ke dlm diri kita tanpa kita sedari...oleh itu elakkan dari merenung mata org yg tidak kita kenali....kemungkinan anda dipukau nya


Wallahua'lam



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

jangan dipukau,memukau dan terpukau....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

saya berasa simpati dengan cerita saudara. apa yg saya pelajari, kita cuma perlu amalkan sahaja Ayat-Qursi. Kene selalu banyak membacanya, lebih2 lagi selepas solat fardhu... inya'allah 'DIA' telah berjanji barang siapa yang membacanya akan selamat dari SEBARANG bencana.


INSYA'ALLAH.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard