Email ni dari seorang rakan saya yg terkena pukau...so harap berhati2..dah banyak kes sebegini..
FYI.
Pada Jumaat lepas ketika saya balik dari bank dan sedang berjalan masuk kedalam pintu masuk bangunan Menara PJH, di Precinct 2 Putrajaya ,seorang Arab yg sedang berdiri disebelah kereta Waja warna silver telah melambai kepada saya dengan wajah begitu serious.
Biasanya dalam keadaan begini saya tidak akan menghiraukan orang sebegini ( melambai kepada saya seperti mengarahkan saya utk datang kepadanya -- tidak beradab ) , tapi kali ini memandangkan beliau ada lah seorang asing , saya kira beliau dlm kesusahan dan perlukan bantuan saya.
Beliau minta tolong tukar dengan saya not RM100 beliau dengan RM50 saya. Selepas saya berikan nya dua keping not RM 50 dari poket baju saya dan ambil not RM100 beliau , beliau dengan pantas mencapai not RM 50 yg lain dlm poket baju saya. Saya dengan segera bertindak memegang tangan nya sebagai tanda tidak setuju akan perbuatan nya, tapi beliau dengan menerangkan beliau sangat minat akan not RM 50 yg sejenis tanda (saya pun kurang jelas apa tanda yg beliau maksudkan) dan mahukan nya sebagai cenderahati.
Beliau dengan pantas membuka setiap helai nota RM 50 berkenaan sambil menjaminkan bahawa beliau tak bermaksud jahat dan sekadar mahukan not RM 50 yg berkenaan. Beliau melakukan semua itu hampir dengan dada saya dan jauh dari badan beliau sendiri........... sambil itu tangan kanan saya memegang pergelangan tangan kiri beliau dan tangan kiri saya memegang pergelangan tangan kanan nya. Selepas itu beliau terus pulangkan not RM 50 saya kembali dan serta merta masuk kedalam Waja nya yg sedang menunggu dengan seorang pemandu dan Waja berkenaan serta merta meluncur laju keluar dari kawasan berkenaan. Saya ,yg pada ketika itu sedang rasa agak marah dan kecewa dengan cara dan sikap beliau terhadap saya, pun terus berpaling dan berjalan masuk kedalam Menara PJH.
Setelah naik kepejabat saya dlm Menara PJH , saya rasa sangat tak sedap hati dan periksa duit saya. Rasanya sudah tidak setebal semasa saya mula mula memegangnya semasa di kaunter bank. Selepas mengira saya sedar pada ketika itu bilangan not RM 50 berkenaan sudah kurang hampir separuh.
Saya sertamerta membuat lapuran Polis di IPD Putrajaya. Mengikut beberapa angota di IPD Putrajaya beberapa kejadian serupa telah dilaporkan berlaku di Putrajaya dan KL
Semoga kalian dapat berhati hati supaya perkara yg sama tidak menimpa diri kalian. Nombor pendaftaran Waja berkenaan ialah BHD 1954
Ada baik nya juga email ini disebarkan seluas luas nya supaya jenayah begini tidak berleluasa dan jika ada sesiapa yg telihat Waja berkenaan supaya dapat menghubungi pihak polis dengan serta merta.
Tidak ada tipu daya melainkan perbuatan syaitan...kate guru saya dulu2...
So lawan syaitan kena berserah pada Tuhan. Allah sahaja dapat kalahkan org2 yang main pukau2 nie...
percayalah.....tinggi mana ilmu pukau mereka, masih tidak dapat melawan ilmu Allah. bahkan setinggi2 ilmu manusia, tidak lebih dari setitik air yg jatuh dari mata sebatang jarum.
ada petua la dari arwah tok menakan saya....tak tau betui ka tak...org kalo pukau nih mrk akan merenung mata kita kerna mata itu diibarat pintu gerbang utk masuk ke dlm istana diri kita...dgn merenung mata ,mrk telah membuat satu connection ke dlm diri kita tanpa kita sedari...oleh itu elakkan dari merenung mata org yg tidak kita kenali....kemungkinan anda dipukau nya
Wallahua'lam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
saya berasa simpati dengan cerita saudara. apa yg saya pelajari, kita cuma perlu amalkan sahaja Ayat-Qursi. Kene selalu banyak membacanya, lebih2 lagi selepas solat fardhu... inya'allah 'DIA' telah berjanji barang siapa yang membacanya akan selamat dari SEBARANG bencana.