Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENUBUHAN IFC


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
PENUBUHAN IFC


1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous
Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang
dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun
yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah
ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat
desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip
sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah
muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga
akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan
melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian
Consultative Council Of Buddhism, Christianity,
Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis
Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan
Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam
bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.
Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong
penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak
Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan
amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti
berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu
memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan
selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan
forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan
jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of
Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan
wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila
kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat
dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 ,
JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra
Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang
mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun
Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan
menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan
mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan
wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik
kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam
sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan
mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC
bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan
penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas
Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak
kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat
melalui IFC? 6

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam
tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama
Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali
kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh
dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada
bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh
mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah
sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan
seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut
Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam
(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan
Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan
undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar
agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan
hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk
Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya
selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi
untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat
orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu
membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan
Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan
tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia
sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum
secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama
itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda
sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah
agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan
untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak
sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai
pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan
juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan
pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian
menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC,
suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada
Islam dari sudut:

1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan
Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah
campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama
Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri
(Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of
religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada
mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut
ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk
disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang
bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka
mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai
mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam.
Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan
dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka
yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada
norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia
yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis
diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia
pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk
ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai
kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan
oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC
menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan
norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa
tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan
Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan
mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma
antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa
sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma
antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud,
Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini
menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah
bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk
mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh
mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan
beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma
antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia
menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas
berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan
menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status
sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan
tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma
antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang
penganutnya keluar daripada Islam kerana itu
dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan
permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan
ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah
bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata
dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran
Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk
menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam
dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika
permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan
kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam
seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup
mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu
ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan.
Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang
penubuhan IFC.
Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan
risalah ini




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

wsalam,


bila lihat kupasan dari artikel yg saudara bentangkan dlm topik ini....berdesing telinga saya....nampak nya agama Islam hendak dicabar lagi dan ada org tertentu hendak cover up benda nih dari pengetahuan org ramai........tak tau dah apa nak cakap......kemarahan tahap maxima....sehingga kelu utk type...............



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Mujur PM kita cepat bertindak meredakan keadaan...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

berhati2, berwaspada, masih banyak lagi ancaman yg perlu kita hindari, yang secara halus lagi bahaya.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

askum...PM?? ala jangan main tebuk je ...ape yang PM kite buat...yang lawan balik pon menteri lain ...bukan PM...


 


p/s :ade parti islam kita tak mau/// nak gak parti yang membodoh bodoh kan tuhan...bajjet tuhan ni bodoh ke buat hudud ni??? yang kita ni pandai sgt ke tak mau ikut hudud??


-meletakkan hukum perlembagaan diaatas ,hukum tuhan di bawah...tak kafir ke hukumnye tu??


pikir pikir lah sendiri...\


nabi masa nak wafat dulu/// ada 2 ja dia tinggalkan ,dia kata kalau ikut nescaya aman hidup....iaitu alquran dan sunnah...


ni dah la...sunnah tak ikut...quran pon nak sangkal...


apa la...kata je negare islam...tapi hak asasi manusia pon tak dijaga...


p/s;macam mana nak lead negara sedangkan keluarga pon tak ikut ajaran islam...


anak bini pon tak tutup aurat...NABI KATE nak tahu akhlak seseorang tgk la care pemaikaiannya..kalau dah terdedah auratnye...baik ke dijadikan contoh???



-- Edited by k at 19:51, 2005-05-11

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:

Assalamualaikum...


di harap kan saudara-saudara menjaga pertuturan dalam forum ini...ingat la yang forum ni di lihat oleh orang kebanyakan.......



__________________
sabaq nooo...


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

mmg le kita tahu forum ini diperhatikan oleh ramai orang....sbb tu lah saya nk pastikan semua orang tahu siapa yang menjadi dajjal yang dok melingkopkan islam secara terangan walaupun mengaku agama islam....


cuba rujuk balik artikel nie :-


 


Moral Yang Tergugat

Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005


 



Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar, salah satu tugas kita yang paling mencabar dalam membesarkan anak gadis kita ialah mengekang keghairahan mereka untuk keluar malam bersama kawan-kawan. Gara-gara risau akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang sungguh kerap meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum, terlibat gejala dadah dan berbual dengan lelaki yang tidak mereka kenali. Memang sukar kerja itu tetapi ia perlu dilaksanakan juga. Kini, sudah muncul satu topik baru dalam senarai berbahaya kita itu. Topiknya ialah “serbuan dan tangkapan” yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pegawai agama. Bagaimana caranya kita mewaspadakan anak-anak akan perkara ini? Apakah kita perlu memberitahu mereka agar menelefon kita secepat mungkin dan tidak mempedulikan orang-orang ini? Ataupun apakah kita perlu beritahu anak-anak agar mematuhi kehendak pegawai agama ini yang pastinya bertindak mengeluarkan arahan yang sungguh memalukan kita?


 


Tindakan menyerbu salah satu disko bandaraya Kuala Lumpur tentu membawa kesedaran kepada kita kerana ia mendedahkan sikap kurang ajar orang-orang ditugaskan membuat kerja-kerja ini. Apakah tindakan mereka mengaibkan orang-orang yang mereka periksa itu melegakan mereka? Apakah mereka lega dengan hitungan pahala yang mereka dapat untuk memasuki gerbang syurga dengan tindakan memaksa gadis-gadis muda menunjukkan bahagian badan kepada mereka. Sedangkan inilah kumpulan gadis muda yang mesti berpakaian menutup aurat agar tidak menggoda mereka? Sebagai seorang ibu saya memang begitu mual dengan kejadian ini. Sudahlah kita kerap dihantui ancaman pihak yang mengganggu keselamatan anak-anak kita, bagaimana pula caranya menangani pegawai-pegawai agama ini (JAWI - penterjemah) yang seolah-olah direstui perbuatannya oleh kerajaan negeri? Tentu tidak, kerana bukannya kerja mudah untuk memekap dan memeramkan anak-anak kita di rumah begitu sahaja. Perbuatan begini bukan sahaja akan membuatkan mereka menjadi degil dan memberontak, tetapi kalau mereka sudah berusia lebih 21 tahun kita tidak lagi mempunyai hak mengunci anak-anak kita di rumah. Jika demikian, bagaimana caranya kita mahu melindungi anak-anak daripada kumpulan yang taksub ini?


 


Jawapannya ialah kita mesti hentikan segala sifat membiarkan keadaan begini terus berlaku. Tangkapan dan penggeledahan semacam ini mestilah dihentikan kerana ia adalah sama dengan sifat hipokrasi dan bermuka-muka. Pada prinsipnya kalau satu golongan penduduk kita tidak boleh keluar malam di disko kerana takutkan mereka dirasuk pengaruh tidak bermoral, kenapa mesti digeledah hanya satu disko sahaja pada sesuatu malam? Kita tidak mahu membincangkan perihal kesopanan dan sensitiviti tangkapan semacam ini, kerana kita mahukan segala kegiatan pemeriksaan mendadak sebegini mesti dihentikan. Kita perlu bertindak menentang perbuatan yang begitu memalukan, lebih-lebih lagi asas dilakukan pemeriksaan seperti itu masih boleh diragukan nawaitunya. Kita harus pertanggungjawabkan kelompok yang melakukan penggeledahan semacam ini sebagai orang-orang yang bertanggungjawab merosakkan anak-anak kita, kerana menakut-nakut dan mengaibkan mereka tidak tentu fasal. Lagi pun kerja-kerja mereka itu dibuat atas nama agama, kesannya anak-anak ini akan membenci terus agama mereka.


 


Apakah caranya kita mahu meyakinkan mereka betapa agama mereka itu adil dan penyayang sedangkan orang-orang yang melantik diri sendiri sebagai penjaga keluhuran agama itu ternyata tidak bersikap begitu? Secara terus terang biarlah saya nyatakan di sini, kalaulah saya salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak gadis yang telah diaibkan oleh kumpulan begini, sudah pasti saya akan menyaman mereka hingga ke lubang cacing. Apa yang sudah berlaku sebenarnya sudah menguji kesabaran kita hingga ke garisan penamatnya, kalau pun tidak ke tahap kita terus putus asa.


 


Tibalah masanya kita mesti bertindak tegas kalau kita mahu melihat negara kita ini bergelar sebuah negara Islam yang moden. Kita mesti bertegas dan bersungguh-sungguh. Seandainya kita mahu mempertahankan imej sebuah masyarakat toleran dan adil, kita mesti menentang kumpulan yang tidak adil dan tidak toleran ini yang ternyata begitu riang menyalahgunakan apa juga kuasa yang ada di tangan mereka. Kita harus tentang segala usaha serbuan dan tangkapan di kelab-kelab malam dan jua ke atas pasangan berdua-duaan (yang memadu asmara? – penterjemah). Hakikatnya nanti kita bertanggungjawab hanya kepada Yang Maha Esa sebagai Bos kita. Siapakah orang-orang yang menganggap diri mereka sebagai proksi Bos kita di bumi ini? Maafkan saya bercakap begini, tetapi sudah tentu kita tidak mahu sekumpulan manusia seperti ini yang ternyata sakit (mental?) dan mahu membelek-belek anak gadis kita yang ketakutan atas nama jabatan agama yang berkuasa.


 


Di mana sahaja saya menjelajah negara membangun ramai orang yang memberitahu saya betapa mereka kagum melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Inilah negara yang menjadi contoh dan menunjukkan apa juga boleh dicapai kalau kepentingan rakyat diambil-kira selalu. Mereka kagum dengan cara kita menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum sambil meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan, kemudahan rumah kediaman dan kemudahan perubatan yang boleh berdaya-saing dengan negara-negara maju. Tup-tup berlaku pula kejadian serbuan dan tangkapan semacam ini, memalukan kita hingga tidak tahu macam mana nak sorok muka. Percayalah saya, hanya mereka yang ada otak macam Taliban (dan mereka yang mahu melihat Malaysia jatuh standardnya setakuk dua) beranggapan bahawa serbuan dan tangkapan semacam ini adalah baik. Orang yang berfikiran bahawa dunia tidak memerhatikan kita adalah kelompok yang hidup laksana katak di bawah tempurung.


 


Apakah kesan semua ini nanti? Mereka yang berharta sudah tentu akan menghantar anak-anak mereka keluar negara kerana tidak mahu mereka diaibkan oleh kegiatan (pegawai JAWI) seperti ini. Ini bererti bahawa jurang pemisah akan bertambah luas, apa lagi dengan renggangnya hubungan rapat mengenai kampung halaman sendiri yang akan tersisih jauh daripada anak-anak yang dihantar belajar luar negara. Mereka yang tinggal akan menjadi semakin membenci akan nasib buruk mereka. Sesungguhnya kita sedang berada di puncak gunung berapi yang hampir meledak disebabkan golongan muda-mudi yang semakin memberontak. Siapakah yang patut kita persalahkan?


 


Marina Mahathir


 


p/s :- Klu m'cam nie punya kenyataan....kita kata ok lagi taktaulahhhh


 



-- Edited by carlos alonso at 13:58, 2005-05-12

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

apa nak dikata lagi ... dah orang2 yg berpengaruh atas kita macam ni ... fahaman idealogi mereka2 ni datang dari ceruk mana ? ... wallahu'allam. Dengan nada dan perasaan selamba artikel tuh cum out kat news ... macam dia tu cerdik pandai agama agaknyer ... ermmm pandai2 lah kita nilai macam mane keutuhan ahklak dan pengetahuan agama dia.


 


P/s: jangan jadi agama hanya pada nama saja sudahlah ...  



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:


quote:





Originally posted by: k
"askum...PM?? ala jangan main tebuk je ...ape yang PM kite buat...yang lawan balik pon menteri lain ...bukan PM...   p/s :ade parti islam kita tak mau/// nak gak parti yang membodoh bodoh kan tuhan...bajjet tuhan ni bodoh ke buat hudud ni??? yang kita ni pandai sgt ke tak mau ikut hudud?? -meletakkan hukum perlembagaan diaatas ,hukum tuhan di bawah...tak kafir ke hukumnye tu?? pikir pikir lah sendiri...\ nabi masa nak wafat dulu/// ada 2 ja dia tinggalkan ,dia kata kalau ikut nescaya aman hidup....iaitu alquran dan sunnah... ni dah la...sunnah tak ikut...quran pon nak sangkal... apa la...kata je negare islam...tapi hak asasi manusia pon tak dijaga... p/s;macam mana nak lead negara sedangkan keluarga pon tak ikut ajaran islam... anak bini pon tak tutup aurat...NABI KATE nak tahu akhlak seseorang tgk la care pemaikaiannya..kalau dah terdedah auratnye...baik ke dijadikan contoh???-- Edited by k at 19:51, 2005-05-11"


 


samalah K  ...


P/S: orang buta tuh memang lah tak nampak ... tapi yang celik ni ... nampak tapi buat2 tak nampak... lagi mau tabik .... piii dahhh.






__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


insya allah...........



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

quote:

Originally posted by: pHiz

""

SOKONG 100 %

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard