Apakah perkhabaran kanda-kandaku,adinda-adindaku semua?Moga-moga Yang Esa senangtiasa melindungi dan beroleh selalu rahmat dariNya.
Rasanya hampir seminggu tidak saya membuka forum kita dan banyak pula cerita yang timbul,namun saya rasa ini semua selesai sudah dengan cantiknya kerana anugerahNya kepada manusia yang tertinggi adalah akal fikiran yang mana pastinya dapat menghuraikan yang mana terbelit.
Setelah membuka forum terlintas pula hati saya untuk bertanyakan khabar buat semua warga forum yang semestinya tetap saya kasihi,kebelakangan ini saya sedikit sibuk dengan kerja-kerja dan juga hal-hal yang perlu dibereskan,dan dengan izinNya dapat juga saya selesaikan tetapi ada lagi yang masih lagi belom selesai.
Akhir sekali pinta saya kita terus hidup dalam aman juga damai dengan adanya talian ukhwah sesama kita ini diharap dapat terus membimbing kita ke jalan yang lurus,doa saya juga buat semua saudara ku agar terus dilindungi dan dirahmati olehNya.