Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perjuangan2 semaian dari ulama2 silam


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Perjuangan2 semaian dari ulama2 silam


Umat Islam masakini harus mempelajari sejarah
kehebatan dan ketrampilan yang di miliki oleh para
ulama silam sebagai teladan dan ibrah untuk dijadikan
inspirasi meneruskan perjuangan.

Ulama’ silam sungguh gemilang bukan sahaja kerana ilmu
mereka yang hebat, tetapi kegigihan mereka mengamalkan
ilmu yang mereka miliki.

Mereka di lihat amat hebat kerana berjaya menghayati
ilmu dengan mengajak masyarakat bersama-sama mereka
melaksanakannya.

Berilmu sahaja tidak dikagumi. Banyaknya ilmu di dada
tidak sangat menjadi ukuran kalau tidak dengan amalan.

Mereka dikagumi kerana menjadi orang yang berani
kerana benar dan kalau mereka takut pun kerana salah,
ketakutan sebenar mereka hanyalah kepada Allah.

Imam Hanafi

Al-Imam Abu Hanifah an-Nu'man (80-150H), oleh kerana
takut kepada Allah, beliau tidak mahu bersekongkol
dengan pemerintah yang diketuai oleh Al-Mansur atas
beberapa polisinya yang bercanggah dengan syariat
Allah.

Al-Mansur amat memerlukan sokongan dan dukungan ulama
seperti Abu Hanifah, oleh kerana itu Al-Mansur
melantik Abu Hanifah sebagai kadhi dalam
pemerintahannya, Abu Hanifah menolak.

Berbagai pujukan dilakukan semuanya sia-sia. Al-Mansur
menggunakan kekerasan dengan menyumbat Abu Hanifah di
dalam penjara (ala ISA) pada waktu itu tanpa bicara.
Disebab tiap-tiap hari di atas keenganannya untuk
memaksanya menyokong pemerintah.

Suatu hari Abu Hanifah dikeluarkan dari penjara di
bawa kehadapan Al-Mansur di tengah khalayak ramai.
Al-Mansur cuba bersandiwara dengan rakyat hendak
membuktikan bahawa pemerintah jujur.

Al-Mansur secara nyata menawarkan jawatan kadhi, Abu
Hanifah menolak dengan alasan beliau tidak layak
menjadi kadhi, Al-Mansur naik berang dan mengherdik
Abu Hanifah dengan berkata kepadanya, "Bohong! Kamu
paling layak tetapi kamu berbohong untuk tidak
dilantik menjadi kadhi."

Abu Hanifah segera menjawab, "Kalau sudah dijatuhkan
hukuman ke atas saya sebagai pembohong maka apakah
seorang pembohong layak menjadi kadhi?"

Abu Hanifah dipenjarakan semula disebat dan diseksa
hingga wafat di dalam penjara.

Imam Hambali

Al-Imam Ahmad bin Hambal (164-241H) menghadapi ujian
getir kerana tidak mahu menyokong polisi pemerintah
pada zamannya, Khalifah Al-Mu’tasim dipengaruhi oleh
golongan Mu’tazilah untuk mengatakan al-Quran itu
makhluk.

Al-Imam Ahmad dipaksa mengatakannya sedemikian.
Pendirian beliau jelas Al-Quran bukan makhluk ia
adalah Qalamullah yang Qadim.

Paksaan dan kekerasan digunakan di penjara dan disebat
hingga koyak rabak pakaiannya, Al-Imam Ahmad merayu
agar jangan sampai auratnya terbuka, beliau malu
dengan Allah sekiranya aurat terbuka, pukullah di
belakang, di kepala, di betis asalkan jangan terbuka
aurat.

Kekejaman pemerintahan Al-Mu’tasim amat ketara
menggunakan apa sahaja sesuka hatinya untuk menjaga
kepentingan dirinya berkuasa dan terus berkuasa dengan
sokongan ulama. Akan tetapi ulama di zamannya adalah
ulama yang mempunyai harga diri.

Di dalam penjara rakan karib Al-Imam Ahmad
mengunjunginya dengan membawa cadangan yang direstui
dari Al-Mu’tasim dengan sepatah kata sahaja “makhluk”
beliau akan dibebaskan, walaupun khalifah tidak hirau
samada kata-kata itu jujur atau tidak, kawan rakan
lama menasihatinya menggunakan konsep Taqiyyah
(berpura-pura) demi menyelamatkannya dari deraan dan
seksaan.

Al-Imam Ahmad melihat keluar dari tingkap penjaranya
didapati orang ramai sedang menanti petua terakhirnya
dengan kertas dan pena di tangan mereka.

Apa sahaja kata beliau orang ramai akan mengikutinya.
Begitu kuat pengaruh ulama sehingga orang ramai
bergantung dengan mereka.

Kata Al-Imam, " Kalau saya kata Al-Quran itu makhluk
dengan mengubah pendirian saya atas dasar Taqiyyah
terlepaslah saya seorang diri dari seksaan, akan
tetapi seluruh masyarakat saya akan tersesat, bakal
mendapat seksaan dari Allah.

Seandainya saya bertegas dan tidak berganjak dari
pendirian saya seorang sahaja terseksa di dunia orang
ramai terselamat, oleh itu saya pilih yang benar biar
saya seorang sahaja terseksa asalkan pengikut-pengikut
saya terselamat."

Al-Imam Ahmad terus dipenjara dan diseksa hingga wafat
Al-Mu’tasim dan diganti dengan Al-Mutawakkil lalu di
bebaskan.

Ibnu Taimiyyah

Al Imam Ibnu Taimiyyah (nama sebenarnya Takiyuddin
Ahmad 661-728H) atas ketegasannya dengan pemerintah,
menerima nasib yang hampir sama dengan Al-Imam Ahmad
dan lain-lain.

Al-Sultan (Pemerintah) di zamannya telah bertindak
salah pada pandangannya kerana telah menganugerah
sebidang tanah dari hak kaum muslimin kepada pihak
asing atas suatu tujuan politik.

Imam Ibnu Taimiyyah membantah dengan mengajak
masyarakat Islam seluruhnya menarik balik “wala’”
kepada pemerintah dan membatalkan “Baiah” yang telah
di beri atas alasan Sultan telah mengkhianati Allah
dan Rasul-Nya dan orang-orang Islam.

Ibnu Taimiyyah ditangkap dan diikat dengan rantai
diseksa dan dipamerkan di istana Al-Sultan.

Izzuddin Abdus Salam (Al-Iz Abdul Salam)

Izzuddin Abdus Salam hidup di zaman pemerintahan Al
Muzaffar Qutuz (1259-1260M). Negara di zaman tersebut
berada dalam kegawatan peperangan dengan tentera
Tatar.

Pemerintah hendak mengenakan cukai yang tinggi ke atas
rakyat untuk menampung persediaan menghadapi ancaman
peperangan. Perancangan pemerintah memerlukan sokongan
padu ulama terutamanya Izzuddin, Al Sultan Qutuz
mengadap beliau (bukan ulama mengadap Al-Sultan)
memohon restunya dan sokongan terbukanya untuk
menaikkan cukai demi keselamatan negara.

Al-Iz Abdul Salam bersetuju pada dasarnya dan akan
mengumumkan persetujuannya di dalam khutbah jumaat
pada hari itu. Beliau meminta Al-Sultan hadir sama
bersolat jumaat dan baginda boleh mendengar sendiri
khutbah Jumaat dan persetujuan Al-Iz Abdul Salam.

Di dalam khutbah Al-Iz Abbdul Salam menyokong
perancangan pemerintah hendak mengunakan cukai dengan
satu syarat sahaja iaitu Al-Sultan dan keluarganya
hendaklah terlebih dahulu menjual istana-istana mereka
serta perhiasan-perhiasan yang ada pada mereka dan
anak isteri mereka semuanya dan digunakan untuk
perbelanjaan peperangan. Jika tidak cukup maka barulah
cukai baru kepada rakyat dikenakan.

Sebaik turun dari mimbar Al-Iz Abdul Salam 'diISAkan'
serta merta dibuang negeri dihantar ke Ghazzah
Palestin.

Rakyat berpegang teguh dengan petuanya terus menentang
kerajaan meski pun keadaan negara di dalam gawat.
Musuh Tatar sudah menghampiri sempadan. Kalau Al
Sultan berdegil tidak mahu mendengar nasihat ulama
kerajaan dan negara akan hancur.

Al-Sultan tidak ada pilihan, mesti mengembalikan
segera Al-Iz Abdul Salam. Akan tetapi kesilapan baru
berlaku apabila dia mengarah pegawainya pergi memujuk
balik Al-Iz Abdul Salam dengan satu syarat iaitu balik
mengadap di hadapan orang ramai dan mengucup tangan
Al-Sultan tanda Suluh dan berdamai dengan Al-Sultan.

Al-Iz Abdul Salam segera membalas, "Seandainya dia
datang mengadap aku sekarang dan meminta untuk mencium
tanganku, barang pasti aku tidak akan membenarkannya
berbuat demikian, kerana baginda tidak layak untuk
mencium tanganku. Inikan pula aku yang disuruh mencium
tangannya."

Al-Sultan mengalah dan merayu Al-Iz Abdul Salam pulang
segera tanpa sebarang syarat Al-Sultan sanggup
menerima sebarang syarat dari Al-Iz Abdul Salam dengan
itu berlakulah kerjasama erat umarak (pemimpin) dengan
ulama’ demi kebaikan Ummah.

Terkenal dalam sejarah kehebatan para ulamak Al-Iz
atau Izzuddin Abdul Salam disanjung sebagai penjual
Sultan-Sultan.

Al-Iz Abdul Salam wafat pada tanggal 10 Jamadil Awwal
660 Hijrah di Mesir dan dikebumikan diperkuburan
al-Qalah. Al-Sultan (pemerintah) ketika itu bernama Al
Malik Az Zahir Bybras telah hadir sama di waktu
pengkebumian.

Orang terlalu ramai dan tidak sangat memperdulikan
Al-Sultan kerana amat sugul dan muram atas kehilangan
pimpinan sebenar mereka.

Al-Sultan telah mengeluarkan kata-katanya kepada yang
berada di sekelilingnya dari kalangan pembesar Mesir,
"Hari ini tertegaklah kuasaku sebagai pemerintah
kerana Sheikh Izzuddin Abdul Salam kembali ke
rahmatullah. Kalau dia masih terus hidup dan
dikeluarkannya arahan kepada manusia menentang aku
nescaya dapat dirampaskannya kuasa dari aku dengan
senang."

Khalifah Ali bin Abi Talib pernah menyebut dalam
madahnya, "Jika Raja-raja menjadi hakim ke atas
manusia maka sesungguhnya ulama menjadi hakim ke atas
Raja-raja."

Syed Qutb,seorang pejuang berjiwa besar dan berani
kerana benar dihadapkan di mahkamah di zaman
pemerintahan Jamal Abdul Nasir dengan tuduhan palsu,
perancang untuk menjatuhkan kerajaan dengan revolusi.
Di paksa membuat pengakuan-pengakuan yang amat tidak
munasabah.

Di dalam perbicaraan akhirnya Syed Qutub membuat
ungkapan yang terkenal, "Sesungguhnya jari telunjukku
ini diangkat sebagai saksi ketika di dalam solat lima
kali (sekurang-kurangnya) sehari semalam, haram
baginya untuk diangkat menyokong pemerintah yang
zalim."

Beliau menentang kerajaan yang zalim dan terus
menentang hingga keakhir hayatnya.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard