Sumber dari tentera AS mendakwa semalam bahawa mereka telah membunuh 75 "pemberontak" dalam satu usaha membersih berhampiran sempadan dalam usaha mereka untuk mencari Abu Musab az-Zarqawi, walau bagaimanapun, pada pagi ini jumlah tersebut telah meningkat kepada 100 orang.
Sebagaimana seperti polisi AS dalam mengeluarkan kenyataan tersebut, tiada lokasi, tarikh, masa atau maklumat lanjut yang dikemukakan dalam laporan rasmi mereka dan berita tersebut akan terus disebarkan oleh media utama yang selama ini menjadi juru propaganda mereka.
Kami tidak terus menyiarkan berita tersebut kerana terdapat keraguan dan menunggu berita terus dari medan pertempuran. Kini laporan telah diterima yang menunjukkan tentang apa yang sebenarnya berlaku di sempadan Syria, di mana sebenarnya berita tersebut adalah mengenai pertempuran di al-Qa'im yang telah berlaku semenjak beberapa minggu yang lalu.
Setiap kali tentera AS mengalami kekalahan dan sejumlah besar anggotanya terbunuh, maka mereka akan mengeluarkan kenyataan dan diedar secara meluas bahawa sebilang besar "pemberontak" atau istilah sebenar mujahiddin telah berjaya dibunuh. Ia sebenarnya suatu tektik untuk menjustifikasikan jumlah tentera AS yang terbunuh kepada mereka yang berada di Amerika, kerana jika tidak maka mereka akan dianggap kalah.
Kini, Kumpulan mujahiddin dari kumpulan bumi di antara dua sungai, yang telah mengepalai pertempuran di al-Qa'im, telah mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan pembohongan AS dan mengatakan bahawa pertempuran tersebut masih berterusan, dan sedang berpihak kepada mujahiddin.
Berikut adalah kenyataan asal yang diterjemahkan ;
Kami mengingatkan kepada pembaca sekalian bahawa kenyataan, pendapat dan fakta dalam artikel ini adalah dari pengarangnya dan tiada kena mengena dengan penghantar email ini.
Mujahiddin mendedahkan pembohongan media AS yang mendakwa bahawa mereka telah membunuh 75 anggota mujahiddin di al-Qa'im
Ya Allah! Jadikanlah tembakan kami tepat kepada sasarannya dan teguhkanlah kaki-kaki kami pada jalan-Mu.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Kejayaan terakhir akan berpihak kepada mereka yang beriman, dan kezaliman kecuali ke atas mereka yang melampaui batas. Selawat dan salam ke atas pemimpin mujahiddin, Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya.
Penipuan, penipuan dan lebih banyak penipuan; itulah yang kita dapat daripada penyembah salib setiap kali mereka mengalami kekalahan yang memalukan ditangan tentera Allah, iaitu para pejuang mujahiddin. Mereka terus mendakwa bahawa mereka telah membunuh seramai 75 lelaki bersenjata di al-Qa'im. Kami telah lebih bertanya: Di manakah bukti kamu?
Mereka telah melakukan perbuatan yang sama selepas 'ekspedisi Halwa' di Tharthar. Sebaik sahaja selepas pejuang mujahiddin mengalahkan mereka dengan teruk, lalu mereka berpaling dan berkata: Kami telah membunuh sejumlah besar pejuang. Mereka telah menipu, keseluruhan konvoi mereka telah dimusnahkan dan mereka sekali lagi menipu.
Wahai saudara-saudara tauhidku! Ketahuilah bahawa saudara mujahiddin kamu di al-Qa'im berada dalam keadaan selamat dan sedang menikmati kemenangan ke atas penyembah salib. Kami bersumpah dengan nama Allah, bahawa tentera Amerika tidak dapat mengetahui dari arah mana mereka diserang, dan mereka tidak mampu menghitung jumlah anggota mereka yang telah terkorban akibat ketakutan yang mereka alami. Semua ini berlaku hanya dengan izin Allah.
Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar. Kemenangan hanyalah untuk Allah, Rasul-Nya dan mereka yang beriman
Penduduk Afghanistan merusuh protes hina al-Quran(Utusan)
JALALABAD 11 Mei - Empat orang terbunuh dan 50 lagi cedera apabila polis Afghanistan dan askar Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang marah dengan tindakan AS di Teluk Guantanamo, Cuba yang mencemarkan al-Quran.
Dalam protes di kawasan pasar utama di bandar Jalalabad, timur Afghan itu, penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin kereta dan tingkap kedai serta membaling batu ke arah konvoi askar AS yang lalu, kata saksi.
Penunjuk perasaan turut membakar pejabat Gabenor wilayah dan memecah masuk ke pekarangan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membakar dua buah kereta.
Tidak ada kakitangan PBB yang dilaporkan cedera.
``Penunjuk perasaan sangat marah dan berkeliaran di seluruh bandar ini.
``Anggota polis, tentera dan askar Amerika melepaskan tembakan ke udara. Kami cuba mengawal keadaan tetapi saya fikir ini mustahil,'' kata ketua perisikan, Sardar Shah.
Ketua jabatan kesihatan Jalalabad, Fazel Mohammad Ibrahimi pula memberitahu, dua penunjuk perasaan terbunuh dan 40 yang lain cedera.
Majalah Newsweek dalam edisinya baru-baru ini melaporkan, penyiasat yang menjalankan siasatan mengenai penderaan di penjara tentera AS di Teluk Guantanamo mendapati penyoal siasat AS telah meletakkan naskhah al-Quran di atas mangkuk tandas dan sekurang-kurangnya dalam satu kes, mengepam kitab suci itu ke dalam tandas.
Kira-kira 2,000 pelajar yang melaungkan slogan anti-Amerika memprotes di Jalalabad, 130 kilometer ke timur Kabul, semalam untuk menuntut Amerika memohon maaf dan hukuman dikenakan terhadap yang mereka yang terlibat dengan perbuatan tersebut.
Ramai lagi turut serta dalam protes hari ini termasuk penduduk awam, kata seorang saksi yang menganggarkan lebih 5,000 orang terlibat.
Penunjuk perasaan juga mengecam Presiden Hamid Karzai dengan menjerit `jahanam sekutu Amerika', `jahanam Hamid Karzai' dan `jahanam Bush.'
``Kami tidak mahu Amerika, kami tidak mahu Hamid, kami mahu Islam,'' teriak mereka. - Agensi