Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
* Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...
* Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita .hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku..
* Kita jangan selalu mengharap.. kerana mengharap tidak pasti tertunai tetapi kita boleh bersabar.. kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
* Jangan menangis kerana gagal dalam cinta sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta
* Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang
* Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata, jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya
* Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah..
* Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis tapi, percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis..
* Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan
* Jadilah ubi yang bertutup rapat... bukan kek yang berkrim tetapi dihurungi lalat..
* Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan...
* Manusia bagaikan layang-layang, di mana sering terikat dengan sesuatu, tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus... barulah ia bebas melayang...
-- Edited by carlos alonso at 14:09, 2005-05-12
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan