Unit Pembangunan Akademik dan Rakan Pelajar Pekida R&D telah mengenalpasti program yang berkesan untuk memastikan pencapaian akademik yang cemerlang bagi anak anak Melayu dan ahli ahli Pekida. Kajian telah selesai dan perlaksanaan siap untuk di lancarkan.
Antara kebaikan Program ini ialah
Ia di jalankan secara menyeluruh, untuk pelajar dari tadika hingga ke tingkatan 3,
Meliputi segala subjek penting, mengumpulkan silibus pelajaran pelbagai subjek dari Kementerian pendidikan Malaysia,
menggunakan sistem internet sepenuhnya, penggunaan secara personel dengan sistem portal yang di kawal oleh pasword.
Sistem pembelajaran meliputi kaedah input (penerimaan ilmu) dan output (mengeluarkan ilmu yang dipelajari melalui sistem self e-examination module).
Ibu bapa/penjaga/abang/kakak boleh mengetahui samada anak mereka belajar atau tidak, berapa jam mereka belajar, melalui sistem counter log in... dari kejauhan melalui pelayaran sistem internet, dan tidak mudah di tipu dan diperdaya oleh anak anak.
Ibu bapa juga boleh mengetahui hasil pencapaian anak mereka, melalui satu sistem private and personel checking bagi setiap keputusan peperiksaan elektronik yg di jalani oleh setiap anak mereka dan mengenalpasti sudut atau subjek kelemahan yg di alami oleh anak mereka dari analisa kegagalan anak mereka menjawab soalan.
Khusus bagi ibu bapa yg jarang di rumah, atau sibuk bekerja tetapi tahu menggunakan internet, pogram ini benar benar membantu pemantauan pembelajaran anak anak mereka.
Bagi ibu bapa yg tidak mempunyai asas internet, Unit Latihan Pekida R&D akan membantu mereka menjalankan tugas pemantauan dan menjelaskan hasil program kepada keluarga atau penjaga masing masing.
Sila panjang panjangkan kepada ibu bapa, sahabat handai, tidak terhad hanya kepada ahli pekida sahaja, malah untuk semua umat Islam. Penggunaan sistem ini telah di monopoli sebanyak 80% oleh kaum cina dalam usha mereka memastikan kecemerlangan akademik anak anak dan generasi mreka.
SATU SESI TAKLIMAT DAN DEMONSTRASI MINGGUAN AKAN DI ADAKAN OLEH UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN RAKAN PELAJAR PADA SETIAP HARI RABU, JAM 9 MALAM DI DEWAN KULIAH PEKIDA R&D DI SUNGAI RAMAL.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGUBUNGI WAN BOS, DAENG, ATAU DR MASJUKI SENDIRI DI TALIAN 013-3671112. Email pekida@hotmail.com atau terus bertanya di forum ini.
Wassallam.
-- Edited by HAFEEZ at 06:35, 2005-05-19
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Penggunaan sistem ini telah di monopoli sebanyak 80% oleh kaum cina dalam usha mereka memastikan kecemerlangan akademik anak anak dan generasi mreka
Masih belum terlambat utk kita membuktikan yg kita juga boleh cemerlang spt bangsa lain.Jadi gunakan kaedah pembelajaran yg terbukti berkesan ini utk meningkatkan pretasi atau kecemerlangan anak2 melayu.
__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action".
-syedezree@pekida.org-
Satu usaha yg baik dan boleh di banggakan. Semuga unit IT dan pembangunan akademik boleh membantu umat meningkatkan lagi penguasaan IT untuk pembangunan pendidikan, agar dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik umat Islam yg agak lemah.
quote: Originally posted by: pedang_setiawan30 "Penggunaan sistem ini telah di monopoli sebanyak 80% oleh kaum cina dalam usha mereka memastikan kecemerlangan akademik anak anak dan generasi mreka Masih belum terlambat utk kita membuktikan yg kita juga boleh cemerlang spt bangsa lain.Jadi gunakan kaedah pembelajaran yg terbukti berkesan ini utk meningkatkan pretasi atau kecemerlangan anak2 melayu."
Mungkin ayah bonda di kampung tidak mahir menggunakan teknologi IT. So kita yg menemui peluang ini seharusnya memanjangkan program ini ke kampung, atau membantu adik adik dengan subscribe dan memantau pelajaran adik adik kita dari jauh, tepat dan berkesan...
Alhamdulillah. Satu lagi kejayaan dan usaha murni R&D, semuga berjaya Insyaallah.
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
quote: Originally posted by: ilikesoyaa "A`kum Abg Mas.... program SCORE-A selain dr budak2 form3,program nie x terbuka dekat pelajar form 4 hingga upper 6 ker??"
Marilah kita jayakan program ini untuk anak anak melayu kita .....mereka perlu bimbingan dan kita perlu membimbing mereka agar berjaya didunia dan akhirat !!!
Saya bukan ahli pekida, tetapi amat kagum dengan perlaksanaan projek ini. Orang tua saya juga pernah menjalankan projek yang mirip dengan projek ini di pulau pinang sejak dia berusia di awal 20-an. Antara projek yang dijalankannya ialah menjalankan tuisyen matapelajaran matematik di Rukun Tetangga - Rukun Tetangga secara percuma dan melaksanakan program motivasi kesekolah - sekolah yang majoritinya pelajar melayu di pulau pinang, kedah dan perlis(untuk sekolah agama, kursus itu diberi secara percuma). Ketika kecil-kecil dahulu, saya adik-beradik tidak faham dengan perjuangan orang tua saya kerana dia jarang berada dirumah tetapi alhamdulillah setiap detik yang diluangkan bersama-sama kami, digunakan untuk mendidik dari segi pelajaran, kebangsaan dan keagamaan. Sekarang usianya telah mencecah di lewat 50-an dan sudah kurang bertenaga, maka aktiviti ini diambil alih pelapis-pelapis muda yang juga adalah anak didiknya dahulu. saya amat berbangga melihat anak-anak muda ini menyumbangkan kembali kepada masyarakat apa yang telah diterima dari masyarakat. saya agak terkilan kerana tidak dapat turut sama menyumbang tenaga kerana tinggal di kuala lumpur. adakah projek kelas tuisyen percuma yang dianjurkan oleh pekida untuk anak melayu? jika ada, saya amat berminat untuk menyumbang tenaga. dahulunya saya menjalankan tuisyen percuma ini di shah alam (untuk anak jiran-jiran) sekarang ini baru berpindah ke ampang dan tinggal di kawasan yang kurang penduduk melayu, jadi tidak dapat diteruskan lah aktiviti ini.
Saya rasa ramai yang ingin memberikan sumbangan tenaga, tetapi memandangkan ramai yang kerja makan gaji ( jadual kerja tidak menentu ) dan berkeluarga, mungkin ramai yang takut untuk memberikan komitmen untuk jangkamasa panjang.
Saya sarankan agar diadakan mesyuarat bagi sekarelawan-sukarelawan dimana setiap sukarelawan diberi tanggungjawab untuk mengajar beberapa topik tertentu sahaja, dengan itu tugas mengajar dibahagikan dan kurang membebankan. komitmen juga hanya perlu diberi pada masa-masa tertentu. Contohnya, bagi satu matapelajaran yang mempunya 12 topik dan terdapat 4 tenaga pengajar sukarelawan, bahagikan 3 topik bagi setiap pengajar. jadi komitment itu kurang, dalam setahun, mungkin hanya perlu memberikan komitmen sepenuhnya selama 2 atau 3 bulan sahaja dan pengajar dapat membahagikan masa selebihnya untuk keluarga dan aktiviti-aktiviti lain.
Assalamualaikum, Saya bukan ahli pekida, tetapi amat kagum dengan perlaksanaan projek ini. Orang tua saya juga pernah menjalankan projek yang mirip dengan projek ini di pulau pinang sejak dia berusia di awal 20-an. Antara projek yang dijalankannya ialah menjalankan tuisyen matapelajaran matematik di Rukun Tetangga - Rukun Tetangga secara percuma dan melaksanakan program motivasi kesekolah - sekolah yang majoritinya pelajar melayu di pulau pinang, kedah dan perlis(untuk sekolah agama, kursus itu diberi secara percuma). Ketika kecil-kecil dahulu, saya adik-beradik tidak faham dengan perjuangan orang tua saya kerana dia jarang berada dirumah tetapi alhamdulillah setiap detik yang diluangkan bersama-sama kami, digunakan untuk mendidik dari segi pelajaran, kebangsaan dan keagamaan. Sekarang usianya telah mencecah di lewat 50-an dan sudah kurang bertenaga, maka aktiviti ini diambil alih pelapis-pelapis muda yang juga adalah anak didiknya dahulu. saya amat berbangga melihat anak-anak muda ini menyumbangkan kembali kepada masyarakat apa yang telah diterima dari masyarakat. saya agak terkilan kerana tidak dapat turut sama menyumbang tenaga kerana tinggal di kuala lumpur. adakah projek kelas tuisyen percuma yang dianjurkan oleh pekida untuk anak melayu? jika ada, saya amat berminat untuk menyumbang tenaga. dahulunya saya menjalankan tuisyen percuma ini di shah alam (untuk anak jiran-jiran) sekarang ini baru berpindah ke ampang dan tinggal di kawasan yang kurang penduduk melayu, jadi tidak dapat diteruskan lah aktiviti ini. Saya rasa ramai yang ingin memberikan sumbangan tenaga, tetapi memandangkan ramai yang kerja makan gaji ( jadual kerja tidak menentu ) dan berkeluarga, mungkin ramai yang takut untuk memberikan komitmen untuk jangkamasa panjang. Saya sarankan agar diadakan mesyuarat bagi sekarelawan-sukarelawan dimana setiap sukarelawan diberi tanggungjawab untuk mengajar beberapa topik tertentu sahaja, dengan itu tugas mengajar dibahagikan dan kurang membebankan. komitmen juga hanya perlu diberi pada masa-masa tertentu. Contohnya, bagi satu matapelajaran yang mempunya 12 topik dan terdapat 4 tenaga pengajar sukarelawan, bahagikan 3 topik bagi setiap pengajar. jadi komitment itu kurang, dalam setahun, mungkin hanya perlu memberikan komitmen sepenuhnya selama 2 atau 3 bulan sahaja dan pengajar dapat membahagikan masa selebihnya untuk keluarga dan aktiviti-aktiviti lain. Sekian wassalam. haikal "Takkan melayu hilang didunia"
Satu komitmen dan saranan yang cukup baik. Kami tunggu saudara untuk hadir ke Kajang berbincang lebih lanjut dalam urusan perlaksanaan.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***