From: dudeks_mambera Subject: surat terbuka utk Dr
Assalamualaikum Dr.
Sebagai pembuka kata, saya memohon maaf kepada warga forum, pihak RND dan kepada Dr. secara khususnya. Mungkin ada posting2 saya sebelum ini yg keterlaluan. Paling tidak pun maaf ini sebagai tanda hormat yg muda pada yang lebih berusia. Tahniah juga diucapkan pada Dr. atas pelantikan sebagai abg long baru-baru ini yg mana ia membuktikan usaha RND mendapat perhatian pemimpin tertinggi, sesuai dengan nama unit pimpinan Dr.
Org melayu memang suka bercakap tetapi tiada tindakan susulan. Kata2 ini membuat saya selalu berfikir banyak kali tentang kekuatan yg ada pada saya untuk bertindak dan akhirnya hanya soalan atau penyataan ringkas sahaja yg dapat saya utarakan dalam forum. Ianya mempunyai kebarangkalian untuk disalahertikan. Apapun saya tetap berpegang yg jika tidak mampu bertindak, gunakan suara dan jika tidak mampu juga, cukuplah dengan menggunakan hati kecil dan besar.
Benar, saya masih dingin dalam menyahut seruan. Banyak yang perlu difikirkan sebelum kita bertindak agar langkah tidak sumbang dan mengundang kerosakan. Iman masih senipis bawang, ilmu kurang didada dan masih mentah dalam mengenal erti kehidupan. Saya tidak mahu merosakkan PEKIDA dan semua orang tahu PEKIDA sekarang adalah satu fenomena membuatkan saya lebih berhati-hati. Dalam masa yg sama bukan bermakna tidak menyokong, saya kasihkan PAS, sayangkan UMNO dan cintakan PEKIDA atas dasar perjuangan masing2. Cita-cita atau mimpi tetap ingin melihat PEKIDA mampu menjadi sebijak ARQAM, sehebat PAS dan sekuat UMNO. Kuasa penentu hanya pada yg esa.
Dalam impian PEKIDA menubuhkan Madinah, PEKIDA atau RND khususnya perlu bersedia sebaik mungkin untuk bersaing. Memang tidak adil jika membiarkan unit RND semata2 diberi tanggungjawab ini dan kalau saya ditempat Dr, tidak tertanggung rasanya beban ini. Dr manusia berani dalam menyahut cabaran “How to reengineered PEKIDA society”. Untuk ini saya bersedia menjadi teman berfikir Dr. andaikata diperlukan.
Amal makruf nahi mungkar adalah tugas untuk semua org islam. Menaikkan agama islam dengan menggunakan akal dalam keadaan kucar-kacir sekarang juga adalah tanggungjawab semua muslim. Menyedarkan bangsa melayu juga adalah hak semua org melayu di merata ceruk dunia tanpa mengira apa agama yg dianuti. PEKIDA perlu jelas untuk apa dan siapa yg mereka perjuangkan. Nabi tercinta pernah ditegur kerana hanya berdakwah kepada golongan bangsawan, tetapi tidak mempedulikan org buta. Dipadang mashar nanti, kita tidak dikumpulkan mengikut kaum atau apa2 pertubuhan yg kita sertai. Cuma ada dua simpang, tiada yg ketiga dan islam itu sendiri bolehla dianggap sebagai satu pertubuhan dengan secara tidak lansungnya. Saya lebih suka menganggap yg PEKIDA memperjuangkan islam tanpa mengira kaum. Islam kuat kerana kebenaran dan setiap kaum pasti ada keistimewaannya.
Memang RND baru bertatih. Banyak masaalah dalaman yg perlu difikirkan dan ditangani terlebih dahulu. Niat asal banyak yg terbantut dan susah untuk membawa angin perubahan. PEKIDA lebih dikenali dengan aktiviti tidak baik berbanding yg membawa manfaat. Kepada yg melakukan dan memburukkan nama pertubuhan, mereka perlu diingatkan sebagai sebuah NGO yg sah, PEKIDA pasti suatu hari nanti pasti akan diheret ke mahkamah. Malu pemimpin atasan. Antara mukadimah cadangan saya ialah, pengambilan ahli seperti yg diamalkan dalam forum boleh diperluaskan lagi mengikut tempat dan keadaan. Apapun mereka yg benar2 ahli sahaja yg layak menerima kad keahlian PEKIDA.
Saya susuli cadangan saya dengan apa yg saya pernah timbulkan didalam forum iaitu satu kampung melayu, satu koperasi PEKIDA. Buat keadaan sekarang, ini sahaja dilihat mampu membuatkan RND berlari daripada bertatih. PEKIDA perlu ada kekuatan dalam membendung gerakan menawan bandar yg bermula dari singapura hingga ke utara tanahair. Secara lebih spesifiknya, PEKIDA perlu menjadi sebuah syarikat dan paling ridak pun dapat 'menjadi pengedar barangan keperluan harian' yg mana barangan tersebut telah dibungkus atau diproses semula atas nama PEKIDA atau yg seumpama dengannya.
Memang banyak koperasi yg hidup segan mati tak mahu dan mereka ini dilihat perlukan satu tiang seri sebagai tempat bernaung. Pada pendapat saya, kekuatan PEKIDA mampu menyatukan koperasi ini dibawah satu bumbung. Antara cadangan awal secara rambang dan mentah yg saya fikirkan dalam melaksanakan impian ini ialah:
a) Koperasi PEKIDA pusat boleh menghantar surat jemputan rasmi untuk bernaung dibawah PEKIDA. b) Ada terma-terma yg perlu dipatuhi dan akan dipantau oleh PEKIDA pusat yg mana dr segi urusan perniagaannya perlu ada penyelarasan dari segi hokum riba dan pembayaran zakat. dan ini perlu ada penetapan agar tidak ada penyelewengan. c) Koperasi-koperasi ini akan menggunakan nama PEKIDA di papan tandanya. d) Ahli-ahli yg bernaung dibawah sub2 koperasi ini masih lagi belum boleh dikira sabagai ahli PEKIDA. Cuma koperasinya sahaja yg menjadi ahli. e) Dalam setiap keadaan, koperasi PEKIDA pusat dan sub2 koperasi ini perlu ada win-win position untuk mengelak masaalah berkaitan harta f) Pekida pusat akan menentukan jenis perniagaan yg akan diceburi oleh ahli-ahli di sub2 koperasi agar melayu bukan hanya tahu 'berniaga makan sahaja'. g) Segala paperwork dari setiap sub2 koperasi akan diselaraskan oleh PEKIDA pusat yg mana semua koperasi (atau mungkin NGO2) boleh mengakses segala data tanpa ada masaalah.(banyak pakar komputer dan hackers diperlukan utk tujuan ini dan pengambilam ahli dialam maya dilihat mampu sedikit sebanyak menyelsaikan masaalah ini)
Untuk ahli2 PEKIDA atau RND sendiri bergerak lancar, perlu mempunyai modal yg kuat. RND tidak boleh mengharapkan duit yuran ahli sahaja dan ahli-ahli yg terlibat perlu dibayar gaji dan bonus agar perjuangan lebih komited.
Apapun apa yg saya tulis disini sebenarnya masih belum disusun secara baik dan hanya ingin diutarakan di forum sahaja kerana saya bukan ahli. Tetapi saya rasa Dr lebih berhak. Dalam masa yg sama saya juga akan menulis kepada paklah. Saya tidak khuatir email ini dipadam begitu sahaja dan tidak takut dengan tekanan yg mungkin timbul atas apa yg ditulis kerana bagi saya, apa yg dicadangkan disini bukan untuk mengajar. Tidak layak bagi saya untuk mengajar. Sebagai org muda, saya sentiasa percaya yg kami perlu mendahulukan mereka yg lebih berusia. Mungkin itu antara faktor yg membuat saya tertarik dengan PEKIDA. Buah yg muda jika ditambah garam pasti sedap dimakan. Jika cadangan2 yg sudah tidak mampu saya fikir dan simpan di kepala disalurkan pada yg lebih berilmu dan berpengalaman, pasti implementasinya lebih berkesan dan menarik. Apapun jika dr berasa ianya baik kesihatan, bolehla diambil, jika sebaliknya, buangkan sahaja. Hamba mengundur diri
assalamualaikum:)
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Banyak kebenaran dalam surat terbuka tersebut. Banyak juga iktibar yang boleh diambil.
Org melayu memang suka bercakap tetapi tiada tindakan susulan. Kata2 ini membuat saya selalu berfikir banyak kali tentang kekuatan yg ada pada saya untuk bertindak dan akhirnya hanya soalan atau penyataan ringkas sahaja yg dapat saya utarakan dalam forum. Ianya mempunyai kebarangkalian untuk disalahertikan. Apapun saya tetap berpegang yg jika tidak mampu bertindak, gunakan suara dan jika tidak mampu juga, cukuplah dengan menggunakan hati kecil dan besar.> Memang betul. Hanya mulut yang berapi-api berkata-kata, tapi perlaksanaannya tiada. Tapi bila hanya berkata-kata tanpa ilmu, memang cukup akan dipandang rendah. Sikap yang perlu dikikis oleh orang Melayu.
Al Kahfi Ayat 5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta
Benar, saya masih dingin dalam menyahut seruan. Banyak yang perlu difikirkan sebelum kita bertindak agar langkah tidak sumbang dan mengundang kerosakan. Iman masih senipis bawang, ilmu kurang didada dan masih mentah dalam mengenal erti kehidupan. Saya tidak mahu merosakkan PEKIDA dan semua orang tahu PEKIDA sekarang adalah satu fenomena membuatkan saya lebih berhati-hati. Dalam masa yg sama bukan bermakna tidak menyokong, saya kasihkan PAS, sayangkan UMNO dan cintakan PEKIDA atas dasar perjuangan masing2. Cita-cita atau mimpi tetap ingin melihat PEKIDA mampu menjadi sebijak ARQAM, sehebat PAS dan sekuat UMNO. Kuasa penentu hanya pada yg esa.> Sebenarnya Pekida lebih hebat dari Arqam, UMNO, PAS dan mana-mana pertubuhan ataupun organisasi jika halatujunya berteraskan Al-Quran sepenuh-penuhnya. Itu adalah kunci kepada setiap kekuatan.
Al Waaqi'ah
77. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia
78. pada kitab yang terpelihara
79. tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan
80. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin.
Dalam impian PEKIDA menubuhkan Madinah, PEKIDA atau RND khususnya perlu bersedia sebaik mungkin untuk bersaing. Memang tidak adil jika membiarkan unit RND semata2 diberi tanggungjawab ini dan kalau saya ditempat Dr, tidak tertanggung rasanya beban ini. Dr manusia berani dalam menyahut cabaran “How to reengineered PEKIDA society”. Untuk ini saya bersedia menjadi teman berfikir Dr. andaikata diperlukan > Benar. Sepatutnya seluruh tenaga dan kekuatan dalam Pekida dikerahkan untuk menzahirkan kebaikan Islam melalui Pekida. Jangan biarkan RND sahaja menanggung beban. Jika tidak mampu membantu dari segi tenaga, cukuplah sekadar menyokong dari segi moral.
Amal makruf nahi mungkar adalah tugas untuk semua org islam. Menaikkan agama islam dengan menggunakan akal dalam keadaan kucar-kacir sekarang juga adalah tanggungjawab semua muslim. Menyedarkan bangsa melayu juga adalah hak semua org melayu di merata ceruk dunia tanpa mengira apa agama yg dianuti. PEKIDA perlu jelas untuk apa dan siapa yg mereka perjuangkan. Nabi tercinta pernah ditegur kerana hanya berdakwah kepada golongan bangsawan, tetapi tidak mempedulikan org buta. Dipadang mashar nanti, kita tidak dikumpulkan mengikut kaum atau apa2 pertubuhan yg kita sertai. Cuma ada dua simpang, tiada yg ketiga dan islam itu sendiri bolehla dianggap sebagai satu pertubuhan dengan secara tidak lansungnya. Saya lebih suka menganggap yg PEKIDA memperjuangkan islam tanpa mengira kaum. Islam kuat kerana kebenaran dan setiap kaum pasti ada keistimewaannya.
Memang RND baru bertatih. Banyak masaalah dalaman yg perlu difikirkan dan ditangani terlebih dahulu. Niat asal banyak yg terbantut dan susah untuk membawa angin perubahan. PEKIDA lebih dikenali dengan aktiviti tidak baik berbanding yg membawa manfaat. Kepada yg melakukan dan memburukkan nama pertubuhan, mereka perlu diingatkan sebagai sebuah NGO yg sah, PEKIDA pasti suatu hari nanti pasti akan diheret ke mahkamah. Malu pemimpin atasan. Antara mukadimah cadangan saya ialah, pengambilan ahli seperti yg diamalkan dalam forum boleh diperluaskan lagi mengikut tempat dan keadaan. Apapun mereka yg benar2 ahli sahaja yg layak menerima kad keahlian PEKIDA> Amal makruf nahi mungkar. Pernahkah kita terfikir ada segelintir ahli Pekida yang mengamalkan mungkar dan menolak yang makruf? Itulah yang menyebabkan Pekida dipandang hina. Kenapa jadi begitu? Kerana mereka tidak dibacakan Al-Quran sedalam-dalamnya. Kerana pegangan mereka bukannya Al-Quran tapi fahaman-fahaman buah yang tidak langsung menjanjikan syurga. Kerana mereka tidak ditekankan menjaga Islam dan al-Quran tetapi lebih cenderung menjaga Thai Club, Modestos, Nouvo, Mawar Biru dan tempat-tempat berhimpunnya musuh-musuh iaitu di kalangan jin dan manusia sendiri. Pihak atasan Pekida perlu memandang serius akan perkara ini.
Al Qashash 77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
An Nuur 21. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Untuk ahli2 PEKIDA atau RND sendiri bergerak lancar, perlu mempunyai modal yg kuat. RND tidak boleh mengharapkan duit yuran ahli sahaja dan ahli-ahli yg terlibat perlu dibayar gaji dan bonus agar perjuangan lebih komited. > Bukan mudah untuk menumpukan sepenuh perhatian, masa, tenaga malah secara amnya2 berkorban sepenuhnya untuk menegakkkan jihad dan Islam. Bukan masa, tenaga dan minda sahaja yang diperlukan, tetapi wang ringgit. Oleh itu, ekonomi perlu ditingkat dan dalam meningkatkan ekonomi itu, para sukarelawan yang berjihad harus dijaga makan dan pakainya bagi mereka terus bertenaga berjihad.
Al Baqarah 273. (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Hamba rasa beginilah dan pemikiran beginilah kita perlukan utk menguatkan UMMAH.Pemikiran RASIONAL dan meliputi semua aspek. Saya diPenang membuka jalan dan mahu berganding bahu merelakan diri hamba utk diabdikan demi mencapai cita2 dijalan ALLAH SWT.
Hamba rela dengan ilmu pendidikan yg hamba perolehi dari didunia (hak allah) ini digunakan sepenuhnya. Boleh hubungi saya diemail ini
anjakan paradigma perlu di lakukan demi untuk perubahan, baik dari sudut minda maupun kemajuan sesuatu bangsa. masa untuk bertindak telah tiba, masa untuk berubah ,yg mana di sokong dengan suasana politik, iklim ekonomim yg baik, kita tidak seharusnya melepaskan peluang yang mendatang. memang perit, tetapi itu satu ujian yg perlu di lalui demi untuk kemajuan.
- JANGAN SALAHERTI DAN MUDAH SALAH FAHAM DENGAN APA JUA KATA KATA WALAUPON IA SINIS DARI SESEORG.... KATA KATA SEPERTI RUMUSAN....BUKAN SAHAJA ADA ISI TERSIRAT MALAH ISI TERSIRATNYA.... KADANG2 KESIMPULAN PON ADA
- LAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR BERSAMA... JANGAN NAK HARAPKAN KETUA JE YG KENE MINTAK TOLONG....
- BERILAH BANTUAN TAK KIRA DARI SEGI APA2 PON... TAK KIRALAH DALAM IDEA FIKIRAN,WANG DAN TENAGA....
quote: Originally posted by: DewaPetir "askum to all, Interesting.... ...tapi pihak atasan pekida perlu mengorak langkah dulu ...baru org luar spt saya nih mengikut....."
saya setuju dengan pendapat sdr DewaPetir....kepimpinan melalui tauladan....
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
Pembukaan Thread ini saya anggap satu satu kejayaan ke arah tranparecy pucuk pimpinan Pekida kepada grassroot Pekida dan juga orang awam seperti saya agar dapat mengenali intipati perjuangan Pekida untuk masyarakat Melayu Muslim kita di Malaysia.
(open channel of communication directly to the head of RnD Pekida is now open.)
Saya sokong sepenuhnya apa yang dikatakan oleh Bro Zack kita. Banyak kebenaran yang terdapat di dalam surat terbuka ini.
Tak banyak sebenarnya Along nak komen tentang surat terbuka Dudeks_membera.
Cuma pandangan ikhlas along sebagai orang Melayu ialah sebenarnya kunci kepada kerjayaan dalam apa-apa perancangan untuk memajukan orang Melayu ialah Human Resource Development.
Apa yang Along dapat perhatikan dari pergaulan dan juga perkenalan Along dalam forum ini ialah kebanyakan mereka yang terlibat dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti RnD Pekida adalah dikalangan orang-orang muda dan remaja.
Sebagai sebuah NGO, Pekida boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan sumber manusia yang ada. Executive Training, Management System Briefing dan Quality Management Workshop adalah antara program yang boleh dijalankan oleh pekida untuk develop human resource yang sedia ada.
Dengan adanya sumber manusia yang terlatih ( tak semestinya educated sahaja) maka Insyallah apa apa program yang dilancarkan akan berjaya. Bukan kooperasi sahaja malah lebih dari itu adalah didalam kemampuan Pekida.
Pada Along... Tak guna kalau kita sesusah rancang sesuatu program hanya untuk disabotaj oleh kakitangan yang tiada awareness tentang matlamat utama.
(Cth Berapa ramai gradute universiti berbangsa Melayu harap nama sahaja educated tetapi masih bermentalitikan kampung... Satu kegagalan dalam human resource development)
In light of this, we have to forgo the short term benefit of having this abundance of human resource which is kerahan tenaga orang-orang muda/baru dalam RnD Pekida untuk menjayakan program-program anjuran Rnd.
Sebaliknya Pekida perlu menganjurkan program-program development untuk orang muda/baru dalam Rnd agar kita boleh memperolehi hasil jangka masa penjang. Pembangunan sumber manusia di kalangan ahli Pekida tidak akan menjadi usaha yang sia-sia walaupun akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menikmati hasil nya.
Program-program pembangunan seperti ini sebenarnya well within Pekida's Abilitity especially dengan political backup yang sedia ada.
(It's a pity if we have members at top goverment post but nothing can be done to provide assistance to an NGO such as Pekida)
Terdapat banyak institusi yang boleh membantu Pekida dalam menjayakan program sebegini. Malaysian Istitute of Management dan juga Sirim ada menawarkan in-house training modul yang boleh dijalankan di premis RnD sendiri. Kadar bayaran juga agak minima jika dibandingkan kebaikan yang diperolehi. (sekitar RM 225-450 per modul bagi audien sekitar 30-45 orang untuk modul Sirim. <pricing Sirim Penang).
Once Pekida develop sepenuhnya human resource yang ada, permasalahan wang tidak akan timbul. These highly trained and highly motivated individual will have a high price in the job market. And they will realized that they owed thier success to RnD Pekida.
Posting Along bukan berniat nak menyindir sesiapa. dan sekiranya terdapat pihak yang tidak berkenan dengan sikap terus terang Along. I guess that the price you pay for being honest.
quote: Originally posted by: ManTK "Bapa Borek Anak ......... kalau Nahkoda dah sesat haluan macam mana dgn kelasinya..... Tak sesat kot pasai ada kelasi yg pandai ...... tapi tu laaa depa ni semua satu kapal ooo p/s: nak pikiaq sat .........."
Klu nahkoda dan sesat kelasi kenalah bagitau....klu dia tak nak dengar gak semua kelasi harus berfakat2 gulinglah nahkoda tuuu pilih yang terbaik di kalangan kelasi tu supaya menuju kearah kebaikan.....itu pun susah kee..
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
quote: Originally posted by: carlos alonso "Klu nahkoda dan sesat kelasi kenalah bagitau....klu dia tak nak dengar gak semua kelasi harus berfakat2 gulinglah nahkoda tuuu pilih yang terbaik di kalangan kelasi tu supaya menuju kearah kebaikan.....itu pun susah kee.."
Iskkk...... pasai kelasi tu lain lain pangkat (konstabel) jer macam mana nak tegur Kapten yg high Rank gila tu. ermmmm ....... tak paaa lahhh sesat pun tak pa, karam pun tak pa ....
p/s: TAKSUB- macam abuya al arqam ....... tu macam mana iskk aku ghooosooot ni!!!, malaih pikiaq arrr.....
quote: Originally posted by: ManTK " Iskkk...... pasai kelasi tu lain lain pangkat (konstabel) jer macam mana nak tegur Kapten yg high Rank gila tu. ermmmm ....... tak paaa lahhh sesat pun tak pa, karam pun tak pa .... p/s: TAKSUB- macam abuya al arqam ....... tu macam mana iskk aku ghooosooot ni!!!, malaih pikiaq arrr....."
Blh kot bro mantk,pasai apa yang penting la nie kenalah bersatu....sbb klu bersatu hang mai lah kepten ke,janerel ke apa bala yelo pun semua blh di urus punya........
quote: Originally posted by: mafizal "Blh kot bro mantk,pasai apa yang penting la nie kenalah bersatu....sbb klu bersatu hang mai lah kepten ke,janerel ke apa bala yelo pun semua blh di urus punya........"
Lagu punya dok ada kalu mai laaa kita berpakat dan bersatu ........ mai kita cantaih apa lalu pun mau kaaa .... hangat dah ni !!
Assalamualaikum w.b.t., Saya sgt bersyukur kpd Allah ada seorg mujahid walaupn bkn ahli PEKIDA telah berjaya membuat banyak mata terbuka... Luahan hatinya sgt ikhlas untuk melihat PEKIDA dan seterusnya ISLAM itu dijulang tinggi umpama pucuk pohon yang tinggi dan yang mempunyai asas atau akar yang kukuh...
mungkin saudara dudeks_membera tidak mengharapkan pujian, tetapi sy tetap mahu memuji saudara atas keprihatinan anda siap dengan solution2 tuk permasalahan yg diutarakan tuk dipikirakan oleh kepimpinan PEKIDA dan orang Melayu secara amnya... pelajaran yang dpt kita ambil ialah kesatuan umat dan semangat jihad terhadap agama Allah adalah kunci utama kpd kejayaan... Walaupn bangsa cina jahil, semangat kesatuan mereka yg dipanggil 'Gerakan Buluh' telah berjaya membawa mereka kpd puncak kejayaan secara domestik mahupun global dan berjaya mengharungi dan mengatasi tekanan dari Yahudi dari segi ekonomi... Connection mereka bkn shj dlm negara, tetapi di hampir setiap negara di dunia ini dan China sbg Main Supplier atau Negara Induk...
Sbg seorg ahli PEKIDA saya mengucapkan terima kasih kpd saudara Dudeks dan berharap saudara akan terus mengeluarkan idea2 yg bernas untuk membantu PEKIDA... Tetapi saya lagi suka dan berharap saudara berada di dlm saf untuk bersama2 RnD... Semoga Allah akan membuka pintu hati saudara untuk berjihad di jalanNya. Amin, Alhamdulillah///
quote: Originally posted by: ManTK "Lagu punya dok ada kalu mai laaa kita berpakat dan bersatu ........ mai kita cantaih apa lalu pun mau kaaa .... hangat dah ni !!"
Hangat,hangat jugak darah mau jaga nanti naik 110/160 sapa susahhhhh...
yang penting atoq strategi elok2 masa sampai baru cantaih...dan2 jagn dok kalut apa punn nanti rosak programmmm
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
mane hang pegi long...?quote: Originally posted by: Alongwira513 "Assalamualaikum... Emmm... Respone pucuk pimpinan tidak kedengaran... Alongwira513@yahoo.com 5 sekawan di meja 13"