Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 9 PERINGKAT SOLAT - Kita tergolong dalam peringkat


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
9 PERINGKAT SOLAT - Kita tergolong dalam peringkat


Golongan  1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak  sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.  Imam Syafi kata jatuh  fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang  mengerjakan  sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak  betul,  taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar  sembahyang maupun secara  resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini   tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang  yang mengerjakan sembahyang, bahkan  tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak  boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini  sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau  sibuk dan terkocoh  kacah, ada program kenduri, pesta ria,  berziarah  bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak  terpusat atau tak  tertumpu sepenuhnya  pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja.  Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam
sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan  sembahyang  cukup  lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan  sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang  itu. Fikirannya  masih melayang mengingatkan perkara  dunia, dek  kerana faham saja tetapi tidak dihayati.  Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan  6.
Golongan ini baik sedikit dari  golongan yang ke lima tadi,  tetapi main  tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali  sekala lalai pula. Bila teringat  sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah  terbawa  bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba  maka insaf dan sedarlah semula, cuba  dibawa hatinya serta fikirannya untuk  menghayati setiap  kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah  sehingga selesai Sembahyangnya.  Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi  terjadi  jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya  bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi  masih tak  terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).  Golongan ini terserah  kepada Allah.Yang sedar
dan khusyuk itu  mudah mudahan diterima oleh Allah,  mana yang  lalai itu moga moga!   Allah ampunkan dosanya, namun tiada  pahala  nilai sembahyang itu. Ertinya  sembahyangnya tiada memberi kesan apa - apa. Allah belum lagi  cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan  sembahyangyang  tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan  setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan  fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang  dilakukan  atau yang difikirkan diluar sembahyang itu  tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan  kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak  mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam  sembahyangnya. Golongan  ini disebut  orang-orang soleh / golongan abrar /  ashabul yamin.

Golongan  8.
Golongan ini seperti juga  golongan tujuh tetapi ia mempunyai  kelebihan sedikit  iaitu bukan saja  faham, dan tak mengingati dunia  didalam  sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap  makna  bacaan sembahyangnya itu, pada setiap  kalimah bacaan fatihahnya, doa  iftitahnya,  tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung  dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam  sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin  (Yang hampir dengan Allah )

Golongan  9.
Golongan ini adalah  golongan yang tertinggi dari seluruh  golongan tadi.  Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam  sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.  Kalau ia bermasalah langsung ia  sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca  penyelesai  segala masalah. Ia  telah fana dengan sembahyang. Sembahyang  telah menjadi  penyejuk  hatinya. Ini  dapat dibuktikan
didalam sejarah, seperti  sembahyang Saidina  Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk   mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka  didalam sembahyang
itulah  panah itu dicabut. Mereka  telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan  kerinduan  dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah  cara ia nak mengadu-ngadu dengan  Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa  yang nak  jadi  disekelilingnya langsung tak diambil  peduli. Hatinya hanya pada  Tuhannya. Golongan  inilah yang disebut  golongan Siddiqin. Golongan yang benar  dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9  peringkat sembahyang itu  tadi, maka dapatlah kita nilai
sembahyang kita di  tahap yang mana. Maka  ibadah sembahyang yang boleh   membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan  dari yang buruk boleh
mengungkai  mazmumah, menanamkan   mahmudah, melahirkan  disiplin hidup,  melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8  dan 9  sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala  golongan yang lain  jatuh pada  kufur fasik dan  zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ?  Perbaikilah  diri kita mulai dari sekarang.
Jangan  tangguh  lagi.  Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti  ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar  segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah  kezaliman,  semoga tertegak kembali
daulah  Islam.
 
 
chaq/penang


__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

saya berdoa dan berazam untuk menjadi golongan ke 9 ini insya-allah

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:

quote:

Originally posted by: mafizal

"saya berdoa dan berazam untuk menjadi golongan ke 9 ini insya-allah "


Hamba jugak berdoa agar kita dapat kita sama2 mempertingkatkan dan menjaga sembahyang kita ...... Hidup Utk ALLAH,Bukan utk manusia atau dunia


Amin ............ !



__________________
PenangKia©


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Terima Kasih atas info yang diberikan ...


amat amat menyedarkan ...


 


 


 


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

arigato gozaimasu



__________________
...


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


semoga di terima segala amalan kita. amin, amin, ya rabbal alamin.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

 Amin, amin, ya rabbal alamin...


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


ikhlaskan hati sewaktu kita sujud padanya..........


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

terima kasih ///


 


dan salam perkenalan ///



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard