Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BUKAN KENA PAKAI KAIN GUNI


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:
BUKAN KENA PAKAI KAIN GUNI



BUKAN kena pakai kain guni. Bukan juga kena menyarung dua atau tiga lapis pakaian, baru dikira menutup aurat. Berjubah pun satu pilihan saja. Kita boleh pakai baju kurung, kebarung, blause dan berseluar longgar, skirt longgar, jeans longgar, pakailah apa saja, bercorak atau polos, hitam atau putih, ceria atau kusam. Takrif bergaya begitu luas sekali. Begitu juga berfesyen mengikut peredaran zaman.


Selalu sangat kita dengar ungkapan ini, 'kalau pakai baju longgar, tak bergayalah!'  Sebenarnya apabila kita menggunakan perkataan bergaya kita rasa terikat pada terma itu. Bergaya untuk siapa? Bergaya kerana apa? Janganlah kata saya bergaya untuk diri sendiri, sebab kalau hendak bergaya untuk diri sendiri, kenapa di rumah tidak pakai bedak atau gincu merah menyala. Sebaliknya di rumah, kalau boleh mahu seserabai mungkin, baju kelawarlah menjadi uniform setiap hari.


Adakah berseluar jeans nampak pusat kita dikira bergaya dan mengikut peredaran masa? Adakah mengenakan baby T yang menampakkan perut, baru diri diiktiraf hebat dan moden? Siapa yang begitu singkat fikiran? Siapa pula yang terlalu bodoh menjadi hamba fesyen sehingga berpakaian seperti di zaman batu? Tidak cukup kain dan koyak sana-sini.


Apa kata kita biasakan diri dengan terma berbaju 'kemas'. Pergi berjalan-jalan mahu berpakaian kemas, kita membeli-belah mahu berpakaian kemas, begitu juga untuk ke pejabat. Buang jauh-jauh terma 'bergaya' kerana ia sudah banyak mendatangkan kerosakan. Sebabnya dengan berpakaian kemas, kita lebih terbuka tentang cara menyuai padan baju dan paling penting, memenuhi kriteria menutup aurat. Berpakaian kemas akan membuatkan penampilan kita sedap mata memandang dan boleh membawa diri ke mana-mana.


 Tentulah kita tidak boleh berbaju kurung untuk memanjat gunung tetapi kita boleh menggunakan track bottom longgar, T-Shirt lengan panjang longgar dan tudung yang kemas. Adakah kerana kita berbaju longgar begitu, kita tidak dapat mendaki gunung. Ada seorang wanita bertudung pernah memberitahu penulis yang dia kena memakai seluar ketat 'tight' ketika mendaki bukit, suatu hobi yang cukup serasi dengan jiwanya. Mesti pakai tightkah? Jawapnya, 'Mesti, kalau tidak pergerakan saya akan lambat saya rasa susah bergerak'. Apa komen anda...


Masih ingat tahun 2004, heboh kita dikejutkan dengan fesyen baju pendek kupu-kupu atau kelawar. Sana sini orang memakainya. Semua mata wanita tertumpu apabila akhbar menyiarkan artis Umie Aida mengenakan pakaian ala kupu-kupu yang cukup anggun. Semua teringin hendak bergaya seperti Umie.


Kita pun teringinlah membeli fesyen pakaian sama yang berlambak dijual di kebanyakan kedai pakaian. Kerana terlalu ghairah kita lupa meneliti kain dan potongannya. Kebanyakan baju kelawar yang berada di pasaran berlengan pendek. Jika pun lengannya labuh tetapi menggunakan kain jarang sekali. Ketika penulis menilik-nilik sehelai baju begitu, penulis lantas bertanya juru jualnya, tidak adakah yang tidak jarang lengannya. Dia menjawab penuh yakin, "Alah kak, lengan jarang tak apa..." Entah hukum mana yang diikutnya, pandai pula dia mengajar kita.


Sebenarnya kita masih boleh bergaya dengan fesyen baju kelawar. Jika sudah puas mencari tetapi masih semuanya daripada kain jarang, elok beli kain sendiri dan tempah saja. Lebih puas hati dan kain itu sendiri kegemaran kita. Kita boleh melabuhkan lengan dan melabuhkan tepi bawah kain. Jangan kerana mahu sangat berfesyen, kita pakai juga baju walau lengannya jarang. Kita bertudung, jagalah etika bertudung.


Jika anda meminati chifon atau sutera, kita sedia maklum yang kedua-duanya nipis, jarang dan mudah mengikut bentuk badan. Namun anda masih boleh menggunakannya tetapi gunalah dua lapis sekali gus. Ganding dua warna, pasti lebih menawan.


Banyak cara yang kita boleh lakukan. Jika berusaha dan takutkan Allah, tiada alasan lagi berbaju jarang dan berseluar ketat. Bukan lawa mana pun....


kata2 pujangga arab


" matlamat tak menghalakan cara"




__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

ramai perempuan kata pakai baju tight ni sbb panas...tapi saya rasa pakai tight ni lagi panas..


-kulit terdedah terus matahari..


-bila berpeluh tak boleh nak kibas baju ambil angin


-peluh tak keluar dr baju...melekat je kat baju...melekit!


-itu belom kene panas api neraka...




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


  No komen....ni kaum hawa nak kena jawab nih...taro lelebih marah plak kang.....kat saya....


jgn matlamat menghalalkan cara dah ...mcm yg kengkawan dari kaum Adam sebut tuh...



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

unit putri kita ada apa-apa komen yang boleh dikongsi???

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


dari mata, turun ke hati, dari hati terbit nafsu....................




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

manusia mmg tak penah puas dgn ape yg ade...

kecantikan adelah hak milik setiap insan...hahaha
yg penting sopan..up-to-date..
jgn mengukur keperibadian seseorg hanye dari seraut pandangan mata kasar..

tak semestinye hanye dari pakaian sahaja seseorg tu nampak seksi..
wajah dan perbuatan juga boleh dikaitkan dgn keseksian seseorg..

dalami dulu isi hatinya...yg penting..hati mesti baik dikk....

"aku manusia, pelakon cerita, di pementasan alam ciptaan nya, bukan sengaja melanggar arahan, kadang terlupa watak dan peranan, aku manusia".


---PeAcE nO wAr---


-- Edited by shahida at 14:05, 2005-05-30

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

biar akal memandu nafsu


jangan akal di pandu nafsu


haru biruuuuuuuuuu




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:



biar akal memandu nafsu



jangan akal di pandu nafsu



haru biruuuuuuuuuu


 


btul tuuuuuuuu?



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard