Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perbandingan Antara Orang Yang Pemurah Dengan Oran


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
Perbandingan Antara Orang Yang Pemurah Dengan Oran


Perbandingan Antara Orang Yang Pemurah Dengan Orang Yang Kedekut

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.”

(al-Bukhari)

Huraian :

Memang telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah akan sentiasa merahmati dan memberi kesenangan kepada hamba-Nya yang berhati mulia dan bersikap pemurah sesama manusia. Manakala sesiapa yang mementingkan diri sendiri (kedekut) di muka bumi ini akan mendapat kehidupan yang tidak berkat dan tidak tenteram dalam hidupnya yang semakin hari menjadikan dia bertambah tamak dan tidak takut melakukan perkara yang salah dan berdosa sehingga sanggup menipu dalam berniaga, makan riba, menerima rasuah, menindas orang lain, dengki dan khianat. Allah menjadikan dunia ini sebagai syurga untuk mereka manakala bila di akhirat nanti neraka akan menjadi balasannya. Sesungguhnya harta merupakan ujian Allah S.W.T kepada umatnya dan kemewahan semata-mata bukanlah kayu pengukur kebahagiaan. Oleh itu tidak kira banyak atau sedikit rezeki yang kita dapati, apa yang penting adalah keberkatan dan limpahan rezeki itu adalah dengan cara yang halal dan diredhai

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

.......seperti sebuah pokok yang banyak buahnya, ketika org lain membalingnya dengan kayu/batu, dia 'membalas' dengan buahnya.......

__________________
sudirman
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard