1. Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi satu datuk jawapannya berapa? tentulah tiga. Tetapi kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa?
Jawapannya tentulah nenek itu jatuh
2. Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter.. Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa?? Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang,jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana?? Makcik : Makcik nak melintas aja.
3."Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,"kata Yani kpd mamanya.
"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."
4.Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi... Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?". Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".
5.Suami-isteri bertengkar. Tetiba isteri terus kemas beg. Suami: Kenapa? Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan.Saya nak tinggalkan rumah ni! Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!
6.SEORANG PEMBURU BERTEMBUNG DGN SEEKOR SINGA. TERPERANJAT, DIA TAK SEMPAT MENGANGKAT SENAPANGNYA. TIADA PILIHAN,PEMBURU ITU BERTADAH TANGAN&BERDOA. KETIKA PEMBURU ITU MENJELING KEARAH SINGA,DIA TERNAMPAK BAHAWA SINGA ITU JUGA SEDANG BERDOA.
PEMBURU : AH..........SINGA BAIK RUPANYA.SELAMATLAH AKU. SINGA : YA.......SINGA YANG BAIK SELALU MEMBACA DOA SEBELUM MAKAN.
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan