Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budaya Taqrabul-zina


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:
Budaya Taqrabul-zina


Subject: FW: Budaya Taqrabul-zina

KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata
melakukan
persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan
merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam,
bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga
sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang
terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang
disebut sebagai "budaya taqrabul-zina".

Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah
kalian
mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan
seburuk-buruk jalan" - (Sura al-Israk: 32).

Takrif "zina" itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah
s.a.w
memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang
bermaksud:
"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",
"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina
kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati
itu
mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan
perempuan
yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin,
dikira perbuatan zina belaka. Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih
rapat
(bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau
berhimpit-himpitan),
terutama dalam keadaan aurat yang terdedah. Bila sudah berdua2an, yang
pasti yang ketiga itu adalah syaitan.

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau
sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu.

Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi
itu
dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu
membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah
kepada
mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya melakukan
kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Itulah sebabnya Mufti Perak
"menfatwakan" Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada
"budaya taqrabul-zina".

Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu
bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi
termasuk juga orang lain yang terbabit (bersyubahat).

Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan
perbuatan menghampiri zina itu. Di kalangan kita, masih ramai ibu dan
bapa
yang sengaja (sportinglah kononnya) memberi peluang kepada anak gadis
mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial
Islam,
tidak ada istilah "teman lelaki" bagi perempuan atau "teman wanita" bagi
lelaki).

Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka
yang
melakukan khalwat (berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman
lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada
sahaja urusan yang hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke
biliknya sendiri.

Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan
teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat.
Mereka
tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan
itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak langsung
meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam
kegiatan
budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak
gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.

Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak
gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka
sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan
teman lelakinya itu.

Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat
yang
dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu
adalah
perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah
tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika
terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak
demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.

Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai
virus
berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan
umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang Barat (Kristian khususnya) melancarkan
perang bersenjata terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal.
Lalu mereka menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.

Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan:
"Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat
Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Bedasarkan
pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang
penting
sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu".

Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara
mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas
antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya
taqrabul-zina" itu.

Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu
strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran
ini,
umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan" atau matlamat negatif
hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan
budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya global". Sebenarnya apa yang
disebutkan sebagai "budaya global" itulah yang merupakan "budaya
taqrabul-zina" itu.

Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi
dan
Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT
mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-Nya yang mafhumnya:
"Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga
engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120)

Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam
untuk
menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam
perang psikologi mereka terhadap umat Islam.

Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan penyanyi
perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada
apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam".

Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat
zina
yang amat terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia
hiburan bercorak Barat - muzik, sukan dan sebagainya - itu adalah
meliputi
ciri-ciri "budaya taqrabul-zina". Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat
dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan
akhlak
yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya,
sehingga
merebaknya wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar
nikah
dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.


APA PENDAPAT ANDA...?



__________________
"CIVIC"


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum ,


"Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga
engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120)



ayat nih lah yg di carik ...akhirnya jumpa jugak....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

               pendapat saya tepuk dada tanya iman.kebanyakkan orang zaman sekarang ni pandai-pandai belaka,bukan tak tahu hukum hakam,tapi saja buat-buat tidak tahu.selagi tak ada orang tegur,kita buat bodoh saja.bila ada yang menegur,dikata tak ikut peredaran masa,kuno,tak spoting dan macam-macam lagi.


               ingatlah bahawa bala allah boleh datang bila-bila masa saja.tak kan kita mahu lihat negara kita jadi seperti negara bosnia,turki dll.marilah sama-sama kita menegakkan syiar islam,amal maaruf nahi mungkar.WALA TAQRABUL ZINAR.....  


 


chaq/penang       



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:

en dewa petir...boleh terangkan tak maksud bagi ayat tersebut dan berdasarkan ayat tu,apa pelajaran yang boleh di ambil orang orang muslim...sebab waktu saya belajar dulu masa kat sekolah...ustaz kata bila menyampaikan wahyu Allah,mestilah ada penerangan yang lengkap dan pedoman yang dapat di ambil...


macam mana pulak yang dikatakan tak menyukaimu?


macam mana yang di katakan sehingga engkau menuruti agama mereka?


adakah yang di maksudkan memeluk agama mereka?


atau sehingga kita sebagai muslim berperangai macam mereka?


ataupun Yahudi & Nasrani ni mahu kita masih dalam Islam tapi tak melaksanakan tuntutan Islam?


sila beri penjelasan sikit,boleh tak?pasai...kalau tak menjelaskan,saya takut nanti yang saya ni hanya mengikut persangkaan sesetengah umat yang berpura-pura alim namun sebaliknya,jahil...



__________________
sabaq nooo...


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Thanks for the info ... Bro Civic


Bro iskandaq ... sedar tak yang bro tengah question ayat Al-Quran?


Maaf kalau terkasar... cuma tak tau nak tegur macam mana selain straight to the point.


ws



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


Nampak nya dari cara soalan yg di ajukan kpd saya oleh saudara iskandar aloqstaq atau sesiapa saja yg dok menyamar dua tiga nick...Anda sudah tahu jawapannya...anda mungkin tersinggung terhadap posting yg saya berikan terhadap nick anda...saya mintak maaf...Demi Allah bukan niat saya utk memalukan anda cuma teringin sekali berkongsi apa yg ada di dada...Mengenai soalan yg ditanya oleh anda...anda  sendiri dah menjawabnya melalui soalan tersebut tanpa atau dgn anda sedari...Anda bukan tak tahu cuma nak menduga saya insan yg daif nih..


Utk saudara alongwira513...takpa lah...mungkin saudara iskandar aloqstaq ingin beramah mesra...tak kenal maka tak cinta.....masing2 berada di utara plak tuu...



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Peace ...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

Fuhhhh dewapetirr sesekali panah petiaq,menyambaq habih semua ooooo..........

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

amar maa' ruf nahi mungkar....................



semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan alllah yg maha besar



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


lindungilah hamba mu yg lemah ini



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

quote:

Originally posted by: iskandar_aloqstaq

"en dewa petir...boleh terangkan tak maksud bagi ayat tersebut dan berdasarkan ayat tu,apa pelajaran yang boleh di ambil orang orang muslim...sebab waktu saya belajar dulu masa kat sekolah...ustaz kata bila menyampaikan wahyu Allah,mestilah ada penerangan yang lengkap dan pedoman yang dapat di ambil... macam mana pulak yang dikatakan tak menyukaimu? macam mana yang di katakan sehingga engkau menuruti agama mereka? adakah yang di maksudkan memeluk agama mereka? atau sehingga kita sebagai muslim berperangai macam mereka? ataupun Yahudi & Nasrani ni mahu kita masih dalam Islam tapi tak melaksanakan tuntutan Islam? sila beri penjelasan sikit,boleh tak?pasai...kalau tak menjelaskan,saya takut nanti yang saya ni hanya mengikut persangkaan sesetengah umat yang berpura-pura alim namun sebaliknya,jahil..."


ada kebenarannya pada iskandar. juga tidak salah pada along dan dewa.


sekadar berkongsi pandangan. dewa petir menyatakan sesuatu fakta. kemudian, kita bertanya padanya pelbagai soalan. ada beberapa kesimpulan di sini:


1 si penanya sudah tahu jawapan..dan sekadar ingin menduga..


2. si penanya tidak tahu jawapan...dan sekadar mahu mencarinya..


3. si penanya tahu jawapan...tapi inginkan kepastian...


4. si penanya tidak tahu apa2...dan ingin sangat belajar..


5. si penanya tahu, tapi pura2 tidak tahu, kemudian bertanya, untuk menguji, setelah jawapan tidak sama dgn jawapan si penanya, maka yang ditanya akan rasa tidak selesa, kemudian dia akan rasa malu...si penanya menjatuhkan air muka kwn yang posting tu...


6. si penanya cuma sekdar memberi peringatan kepada kita semua bahawa, belajar mengkaji semua posting / ilmu / maklumat agar betul2 benar, supaya tidak akan menjadi satu fakta sahih.


tq..



__________________
sudirman
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard