Pada suatu malam hartawan Abdurrahman bin Auf dipanggil oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi ke pinggir kota Madinah. ‘’ Malam ini akan ada serombongan kafilah yang hendak bemalam di pinggir kota, dalam perjalanan pulang,’’ kata Khalifah Umar kepada Abdurrahman bin Auf. ‘’ Lalu maksud anda bagaimana?’’ Tanya Abdurrahman. ‘’ Oleh kerana kafilah itu membawa barang dagangan yang banyak, maka kita ikut bertanggungjawab atas keselamatan barang dari gangguan tangan-tangan usil. Jadi nanti malam kita bersama-sama harus mengawal mereka,’’ sahut Khalifah. Ajakan itu disambut gembira Abdurrahman. Bahkan dia sudah mempersiapkan jiwa-raganya untuk berjaga semalam suntuk ! Tetapi apa yang terjadi di sana? Ternyata lain dengan yang diduganya semula. Ketika malam telah mulai sepi, Khalifah Umar bin Khattab berkata padanya. ‘’ Abdurrahman… kau boleh tidur ! Biarlah saya saja yang berjaga-jaga. Nanti kalau ada apa-apa kau saya bangunkan? ‘’ Apakah Abdurrahman lantas berangkat tidur, tidak diceritakan. Tetapi yang terang, Khalifah Umar bin Khattab betul betul menjadi ‘ penjaga malam ‘. Khalifah Umar bin Khattab memang seorang pemimpin yang suka melakukan perbuatan-perbuatan yang aneh. Bahkan sering mengerjakan perbuatan yang baik secara diam-diam. Akibatnya, orang yang ditolongnya tidak tahu, bahawa penolongnya adakah khalifah yang mereka cintai. Suatu malam Auza’iy pernah ‘memergoki’ Khalifah Umar masuk rumah seseorang. Ketika keesokan harinya dia datang ke rumah itu, ternyata penghuninya seorang janda tua yang buta dan sedang menderita sakit. Janda itu mengatakan, bahawa tiap malam ada orang yang datang ke rumahnya untuk mengirim makanan dan ubat-ubatan. Tetapi siapakah nama orang itu, janda tua itu tidak tahu ! Padahal orang yang tiap malam datang ke rumahnya, adalah khalifah yang mereka kagumi. Suatu malam Khalifah Umar berjalan-jalan di pinggir kota. Tiba-tiba didengarnya rintihan seorang wanita dari dalam sebuah khemah yang kumal. Ternyata yang merintih itu seorang wanita yang mahu melahirkan . Di sampingnya, duduk suaminya yang kebingungan. Maka pulanglah Khalifah ke rumahnya untuk membawa isterinya, Ummu Kalsum untuk menolong wanita yang akan melahirkan anak itu. Tetapi wanita yang ditolongnya itu pun tidak tahu … bahawa orang yang menolongnya dirinya adalah Khalifah Umar, Amirul Mukminin yang mereka cintai...
begitu hebat peribadi para sahabat...mmg tidak dinafikan lagi....dan salah seorg darinya adalah Khalifah Umar...persoalan nya mampukah kita ni jadi spt itu???hmmm hmmmm
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
quote: Originally posted by: DewaPetir "askum to all, begitu hebat peribadi para sahabat...mmg tidak dinafikan lagi....dan salah seorg darinya adalah Khalifah Umar...persoalan nya mampukah kita ni jadi spt itu???hmmm hmmmm "
mmmm....memang hebat peribadi para sahabat....tapi lagi hebat peribadi Rasullullah....sebenarnya tak ada persoalan..kita memang mampu memiliki peribadi macam depa kalau kita betui-betui amalkan cara hidup Islam yang sebenar..malah lebih hebat lagi...pasai depa belajaq masa dulu dalam keadaan teknologi yang serba kekurangan DAN kalau di banding kan sememang nya kita BOLEH sebab laa ni dah ada "macam-macam ada".....
bakinya cuma dari kita semua...nak buat ka tak mau,kalau buat,kita dah tau hasilnya...kalau tak mau,sendiri mau ingat...
so....tunggu apa lagi???lekaih-lekaih la pi cari ilmu tu...kalau dok sembang..sampai bila pun kita dok persoal boleh ka tak kita jadi macam para sahabat....
merokok pun kita tak mampu berhenti saudara iskandar aloqstaq jangan kan yg lain...peribadi sahabat pun susah nak kita contohi inikan pulak...Rasulullah...jauh panggang dari api....kita cuma boleh mencuba...ikhtiar
wallahua'lam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
quote: Originally posted by: DewaPetir "askum to all, merokok pun kita tak mampu berhenti saudara iskandar aloqstaq jangan kan yg lain...peribadi sahabat pun susah nak kita contohi inikan pulak...Rasulullah...jauh panggang dari api....kita cuma boleh mencuba...ikhtiar wallahua'lam"
betoi gak kata dewa petir... Tapi nak seribu daya tak nak seribu
Alquan turun sewaktu rasulullah sedar ummat ketika itu, yg telah islam hasil perjuangan nabi Ibrahim, Ismail dll... yg sedang sibuk mengerjakan haji dan umrah, malah rasulullah sendiri pemegang kunci kaabah ketika itu... benar benar dalam keadaan jahil...
Rasuah berleluasa, penindasan bermahaajalela, maksiat, zina, rogol, judi, arak, bunuh dll bebas berlaku tanpa tindakan...
soalnya sekarang...
Islam dan agama Allah yg telah ditegakkan oleh nabi terdahulu kembali jahil setelah penegaknya tiada... ibarat peredaran siang dan malam... sebentar jelas, sebentar kabur, sezaman ia menang, sezaman ia kalah dan tertindas...
Dan atas dasar itu lah rasulullah juga mengatakan dalam hadis riwayat Baihaki daripada Ali ... akan sampai satu zaman nanti, di mana Islam akan tinggal nama saja, alquran hanya tinggal adat/tulisan (resmi) saja,...
SOALNYA SEKARANG...
ADAKAH KITA SEDANG KEMBALI BERADA DALAM KEADAAN ATAU ZAMAN JAHILIAH SEPERTI WAKTU ITU...? KALAU BENAR... APA KAH LANGKAH YG TELAH DI TUNJUKKAN OLEH RASULULLAH UTK MEMPERBAIKI KEADAAN...? TERUS SERGAH DENGAN MEMAKSA UMAT KEMBALI MENGIKUTI HUKUM...? ATAU MEMULAKAN SEMULA DENGAN MEMBERIKAN KEFAHAMAN ASAS... SAMPAI MEREKA BENAR BENAR FAHAM... YAKIN DAN TAHU AKAN SEGALA HUKUM HAKAM... BARU DI BERIKAN PENEKANAN TENTANG HUKUM UTK DI PATUHI...?
Kajilah semula sejarah... saya lihat sebahgian dari anda lebih gemar bercerita dan menekankan tentang hukum... anda lupa rasulullah mengambil masa 13 tahun lamanya utk becerita tentang kefahaman... tentang akidah atau keyakinan dan membuatkan manusia benar benar merasa terikat kepada Islam...
Kemudian disatukan mereka utk membangun di satu tapak (Madinah) ... yg mampu di bersihkan segala anasir negetif... yg bebas di laksanakan hukum... barulah di tekankan tentang hukum... kerana hukum tidak akan mudah di patuhi sekiranya tidak di dahului dengan kefahaman yg jitu... keyakinan (iman) yg tebal... ikatan yg kuat (akidah)...
Kesimpulannya, pendekatan dan langkah pembaikan perlu tertib dan betul, baru hasilnya baik dan tepat. Lihat apa jadi dengan kaedah sesetengah ibu bapa, guru dan masyarakat yg menghukum anak muda yg telah menjadi liar... terus perintah pakai tudung... terus minta berhenti merokok... terus minta sembahyang lima waktu... sedangkan kefahamannya entah ke mana...
TAHUKAH KITA DALAM PEPERANGAN BADAR... UMAT MASIH DI BIARKAN MEMINUM ARAK... SEDANGKAN MEREKA TELAH BEJIHAD DI JALAN ALLAH... ???
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
zaman jahiliah berulang2.... kalau dulu RASULLAH SAW yg menindaskan,mengharamkan amalan org arab jahiliah...menyebarkan agama islam..... tp kini siapa pula?
saya setuju pendpt Abg pekida kita .....tapi umat Islam skrg nih ketandusan pemimpin yg berperibadi hebat spt Rasul atau sahabat...ada pemimpin yg pandai dlm tutur kata hingga boleh berhujah 2-3 jam tanpa berenti tapi keperibadiannya diragui kehebatannya oleh musuh dan ada pulak pemimpin yg amat warak tapi tak dpt mengimbangi dunia dan akhirat...sehingga dipandang tidak berkaliber dan ketandusan dlm idea utk membangunkan ummah...bagaimana nak memimpin ummat kalo diri sendiri tidak dpt menjadi contoh yg baik....Cth yg baik ni adalah mrk yg dpt mengimbangi dunia dan akhirat...berpaksikan Alquran dan sunnah nabi...Ini pendpt saya.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice