Jihad memerlukan jati diri, ketegasan, keberanian dan kesungguhan menolak segala nilai negatif daripada perbuatan yang sia-sja, mendatangkan dosa dan perbuatan yang tidak bermanafaat seperti yang dicontohkan di bawah ini. Ketegasan itu diikuti oleh amalan yang baik berguna (Amal Soleh)
PENGERTIAN JIHAD
Jihad melawan hawa nafsu
Jihad yang besar ini sebagai: Jihad membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Demikian juga, jihad untuk membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar cahaya Tauhid. Seterusnya jihad untuk mencapai kemuliaan Tauhid, keihklasan ibadah dan kebersihan akhlak dan ketinggian budaya. Inilah nilai hidup yang hakiki disisi Allah untuk mendapat keampunan, keredhaannya dan rahmatnya yang tidak ternilai sekalipun dengan dunia ini dan segala isinya. (Dr Harun Din)
Jihad dengan hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad yang paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan hanya berjihad dengan hati, apabila ia menghadapi masalah ajaran sesat, murtad kebatilan, kemungkaran dan kezaliman. Inilah sikap kebaikan orang Islam pada zaman sekarang, malahan ada yang sudah hilang langsung cahaya jihad di dalam dirinya. Tahap semangat jihad ini dapat diukur berdasarkan sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam.: Ertinya: Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Berjihad dengan kata-kata (lisan) dan pena (penulisan) mempunyai medan yang amat luas kerana kedua-duanya merupakan alat komunikasi (perhubungan) antara manusia yang amat mudah dilakukan dan amat berkesan. Pendakwah, mubaligh, juru nasihat, juru runding, penceramah, pensyarah dan guru berjihad dengan lidahnya. Sementara penulis, penterjemah, karyawan dan sasterawan berjihad dengan penanya. Dengan kata-kata dan pena mereka menyuruh manusia taat kepada perintah Allah Taala sama ada suruhan atau larangan. Mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan berfaedah dan meninggalkan perkara buruk dan sia-sia serta maksiat. Mereka menyeru manusia menegakkan kebenaran dan keadilan.
Sabda Rasullallahi Sallallahi Alaihi Wassalam: Ertinya: Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.
Jihad harta bermaksud bahawa manusia hendaklah menjadikan harta itu sebagai alat utama untuk melakukan jihad Fi Sabilliilah dan jangan sekali mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba harta dengan sifat bakhil dan tamak kepada harta sehingga tidak mahu membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah. Al-Quran menyebut berulang kali jihad harta (Al Amwal) yang menyatakan perintah Allah Taala kepada orang yang beriman supaya membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah. Pengorbanan dalam bentuk harta ini ternyata amat bermakna dalam perjuangan menegakkan Islam sejak zaman Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasalam dan dengan harta itu peperangan menentang musuh dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa harta medan jihad akan menjadi lapang dan orang yang telah menawarkan diri untuk menguasai kekayaan dunia terus menguasai seluruh kehidupan umat manusia seperti yang terjadi pada masa sekarang; umat manusia dibelenggu kemiskinan, mundur dan menderita. Jihad dengan harta akan dapat: 1. Membangun diri manusia menjadi maju. 2. Membangun keluarga dan menghapuskan kemiskinan. 3. membangun masyarakat dalam semua bidang. 4. Menjadikan umat Islam merdeka dan tidak bergantung kepada orang lain. 5. Menjadikan umat Islam di segani dan di hormati. 6. Membolehkan segala usaha dan jihad dalam semua lapangan kehidupan dilakukan dengan jayanya. 7. Membolehkan umat Islam menyahut apa jua cabaran masa kini dan masa akan datang.
rasanya pagi tadi saya perasan saudara adipati ada reply post mengkritik....tulah saudara adipati....bila org nak bagi tazkirah...kita terima laaa dulu...kalo dah ada nas dan dalil yg jelas...buat apa dikritik lagi....isk isk manusia...mmg suka kritik org...termasuk saya...tapi kalo dah betui nak kritik apa lagi...tengok dan ambil iktibar jer laaaa...takan kita nak ragui nas dan dalil yg dah jelas......kan dah kena tarik balik post anda.......bagi saya apa yg baik elok dikongsi...walaupun akan ada org yg akan mengkritik....to pemula topik...teruskan usaha anda......yg baik bukan dari kita dan yg buruk mmg dari kita....kalo saudara adipati ada pengertian lain tentang jihad...kemukakan jgn simpan sorang tak baik...bukan bleh buat batu cincin pun....
wallahua'lam..
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. - pada hari kemenangannya menguasai Mekah Al-Mukarramah - bersabda: "Tidak dituntut lagi berhijrah sesudah berlakunya kemenangan menguasai Mekah, tetapi perjuangan agama dan niatyang baik masih dituntut."
(al-Bukhari wa al-Muslim)
"Dari robohan Kota Melaka kita bangunkan jiwa merdeka "
ALHAMDULLILAH DAN TERIMA KASIH DGN POST INI ......... DAPAT LAGI SATU MAKLUMAT YG BAIK DAN AGAK DETAIL ..... MACAM NI BARU ADA MANFAAT DAN TAK RUGI BAYAR DUIT INTERNET PUN PASAI DAPAT ILMU
Kita berjihad untuk masuk syurga. Dan kita berjihad dengan sungguh-sungguh demi mendapat keredhaan Allah.
Ali 'Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.
Dan bagaimana kina nak berjihad? Kita gunakan Al Quran untuk berjihad. Senang je jawapannya.
Al Furqaan 52. Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.
allah tuhan kita al quran panduan kita muhammad idola kita jihad impian kita semua
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Sedikit sebanyak boleh kita faham salah satu cabang jihad. Jihad harta tuh memanglah wajib! lebih2 lagi org mcm kita ni, mengaku org dlm tapi kadang2 dan MUNGKIN segelintir berkira tentang bab harta ni, lebih2 lagi kalau cerita collection bab duit. Macam mane nak maju ///, kalau kita tak bantu ...
Cuba lihat Rasullallah, Baginda berjaya didalam setiap 'MISSION' nya, kerana zaman Baginda semua jemaah tak kemut harta. Sebut je nak pakai untuk itu, untuk ini semua jemaah sanggup berkorban, terbukti formula tersebut berjaya dan ISLAM berkembang ke setiap pelusuk dunia hingga kini dan kita patut bersyukur kerana formula itu juga kita beragama ISLAM pada hari ini.
pHiz : Pemangkin semangat itu perlu, untuk kita jugak bukan untuk orang lain.
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama dia, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Jihad kena juga dengan harta. Macamana Islam nak tegak kalau tak ada dana? Banyak penerangan dari ayat Allah ni tapi saya bagi saudara2 saya fikirkan sendiri, kalau saya bukakan mendatangkan perdebatan pula, sedangkan ayat Allah itu bukan untuk diperdebatkan.
kenapa pelajaran psl jihad dalam silibus2 pelajaran di Malaysia telah di'hilang'kan???...btol ke???..saya dengar dlm satu ceramah tu...knp begitu???...adakah ini rancangan musuh-musuh islam untuk melunturkan semangat jihad dalam jiwa2 umat islam sekarang???..kalo perkara ini betul,harap Kementerian berkenaan memasukkan pengajaran pasal jihad ini......