Pernah disebut "Kepelbagaian dalam agama Islam merupakan satu rahmat".
Melihat ayat di atas, tidak pernahkah kita berfikir, hari ini terlalu banyak kepelbagaian dalam bermacam2 urusan...lebih2 lagi urusan agama ini..
Di Malaysia sahaja, bermcam2 kumpulan dgn bermacam fikrah semuanya menjurus kepada satu perjuangan iaitu mendaulatkan agama Allah di muka bumi dan mencari redha-Nya.
Jemaah partisan seperti UMNO, PAS, bahkan dalam KeADILan juga memperjuangkan slogan-slogan Islam seperti Islam Hadari, Negara Islam dan Masyarakat Madani.
Manakala, jemaah bukan partisan seperti Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islam Malaysia (JIM), Sisters In Islam (SIS) bahkan PEKIDA sendiri juga memperjuangkan kedaulatan agama suci Allah swt.
Dalam kepelbagaian ini, maka timbullah kepelbagaian dalam fikrah. Di Malaysia sahaja, untuk menemukan penyelesaian sesuatu masalah kita mempunyai pelbagai cadangan bagi mengatasinya. Maka tidak hairanlah mengapa kepelbagaian itu menjadi rahmat kepada kita.
Namun sejak akhir2 ini, kita melihat kepelbagaian itu menjadi satu bala, dendam dan kafir-mengkafir di antara kita sesama Islam.
Sehingga kerana perbezaan fahaman ini ada antara anak-anak, adik2, saudara2, ibu bapa dan kawan2 kita menjadi buntu. Sehingga ada yg berani meninggalkan Islam - murtad, kerana terlalu bingung dgn kepelbagaian pandangan itu.
Persoalannya, adakah perlu kita bersatu dalam satu jemaah beramai2 walaupun kita bakal kehilangan rahmat Allah? Kita memang tidak berbeza dari perkara pokok, tetapi kita membesar2kan perbezaan yang furu' (cabang)...
Seterusnya, kerana terlalu memuja pemimpin kumpulan, kita terlupa matlamat asal kita dalam jamaah..mencari keredhaan Allah..ada antara org2 Islam kita sanggup mengutuk secara terbuka mengenai sedikit perkara yang furu'. Kita sudah tidak mahu lagi duduk berbincang (mesyuawarah)..teringat kata2 Imam Hasan al-Banna (almarhum) "Jgnlah kamu mengutuk jemaah (Islam) yang lain" teringat ayat Allah dlm kitab suci agama kita (sila rujuk utk kepastian)...lebih kurang maksudnya...."janganlah satu kumpulan itu mengutuk/mengata/mengeji kumpulan yg lain, krn mungkin yang dikata itu lebih baik dari yg mengata"...wallahu 'alam..
Maka, dgn kepelbagaian itu, musuh2 Islam melihat ianya menjadi satu kelemahan buat kita...bagaimana utk kita mencari kesatuan fikrah? Wahdatul fikr?
Apakah usaha2 utk menyatukan umat Islam di Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya, bahawa kepelbagaian fikrah itu satu kerahmatan?
Saya pulangkan persoalan kepada sahabat2ku di forum...moga kita beroleh rahmat...