Assalamualaikum....kepada semua sdr seagama sekalian....
Cerita di bawah ini mungkin di lihat semacam satu cerita bodoh....tetapi cubalah lihat maksud tersirat dan mesej yang cuba nak disampaikan di sebalik cerita ini...
Pak Pandir dan Wartawan
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.
Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.
Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni. Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih? Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak. Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu. Mak Andih: ???
Pak Pandir Dan Polis
Pak Pandir: Selamat pagi tuan. Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal. Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan. Polis: Fasal apa tu. Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau. Polis: Pukul berapa. Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam. Polis: Habis? Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.
Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"
p/s :-Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati.Klu ada terkena pada sesiapa pun mungkin secara kebetulan sahajaa.
Moralnya :-Kita jangan jadi macam pak pandir............
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan