Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kelebihan solat jemaah dr segi teori fizik


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Kelebihan solat jemaah dr segi teori fizik


               


                           Kelebihan solat berjemaah dr segi teori fizik


    SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat 
membuat satu kajian tentang kelebihan solat 
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

     Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

    Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh
kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan,
menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian.

    Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula
untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

    Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda beliau, mengapa Islam
mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat
lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya
mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam
solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita.

    Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan
saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak
kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai
kelebihan.

    Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku
antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita, akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan
oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan,
manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam
kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku,
semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

    Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun
daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan
sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini
tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif
yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas
agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

    Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas
berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat
rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas di dalam tubuh.

    Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung
kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat
Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran
cas dengan lebih lama.

    Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-
aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa
yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka,
solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga
rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yang kurang berbanding dua waktu
sebelumnya.

    Timbul persoalan di fikiran professor tersebut
mengenai solat Isyak yang mengandungi empat
rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak
banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

    Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan
empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia
maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya
mampu bangun untuk menunaikan tahajud
(sembahyang malam) pada sepertiga malam.

    Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat
itu akan menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu
malam untuk beribadat (qiamullail).


    Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam
adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala
amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.



-- Edited by tongkat30 at 00:25, 2005-05-26

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Maha suci Allah...


Benarlah dalam solat itu ada kejayaan..



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpamusibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukirsenyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard