Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tips nak beli kereta 2nd-hand


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Tips nak beli kereta 2nd-hand



Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan


keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang.


PEMERIKSAAN LUARAN


Sila periksa pemegang pintu


Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang


Pastikan 'bumper' belakang tidak calar dan karat


Pastikan sistem ekzos tidak berkarat


Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat


Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik


 


PEMERIKSAAN ENJIN


Pastikan keadaan enjin mestilah bersih


Pastikan enjin tidak diubahsuai


Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada


kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di


bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.


Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk


Pastikan semua 'belt' berada dalam keadaan baik


 


PEMERIKSAAN DALAMAN


Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah


Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik


Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik


Pastikan lantai tidak berkarat


Pastikan 'dashboard' tidak retak


Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan


Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch


Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik


Pastikan tali pinggang boleh dipakai


Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik


 


CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT


Cuba hidupkan 'switch' tetapi jangan hidupkan enjin


Pastikan meter suhu bergerak


Pastikan lampu minyak enjin menyala


Pastikan lampu bateri menyala


Cuba hidupkan enjin


Pastikan semua meter berfungsi dengan baik


Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox


Cuba matikan enjin dan hidupkan semula


Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah


Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran


Tiada masalah semasa penukaran gear


Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang


bunyi?


Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol


kerana ianya akan menguji sistem suspension


Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan


pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil


 


PEMERIKSAAN TERAKHIR


Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.


Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

bro anakomar ada sikit tambahan ni...kalau nak lebih puas hati boleh la hantar ke Puspakom untuk buat pemeriksaan lanjut dan jangan lupa check balck list kat JPJ dan PDRM...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,
Informasi baguih nih......

__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

Terima kasih byk2.....lepas nie saya akan gunakan check list nie untuk beli kereta


Tips nak beli kereta murah tak dak ke....?????



__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

barang 2nd hand nie kena hati2. perati berul2. check kat jpj. taku keta piang, yg rugi kita gak.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:

Ices,keta hang yang dok lari pakai 2 tayar tu piang ke bukan...

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


takda road tax ler.....................bro



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

quote:

Originally posted by: dbodyguard30

"bro anakomar ada sikit tambahan ni...kalau nak lebih puas hati boleh la hantar ke Puspakom untuk buat pemeriksaan lanjut dan jangan lupa check balck list kat JPJ dan PDRM... "


Benar kata saudara...


Kita tambah menambah untuk pengetahuan semua..


Terima kasih



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:

ada lagi.pastikan duit downpayment d bawa dgn cukup...heeeee///

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: anakomar

" Benar kata saudara... Kita tambah menambah untuk pengetahuan semua.. Terima kasih"


         Bro saya nak tambah sikit...Tayar ngn alat nak buka tayar kena ada...Sbb saya beli


kereta,dok seminggu nak bubuh angin tengok2 tayar spare tak dak...Nasib baik tayar tak pecah


tengah jalan...kalau tidak nak tukar mcm mana...Kes tu yg nak main buah kereta


rosak...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

buah tu pakai kalau terdesak saja...


susahnya beli kereta 2nd hand ni, bila dah sebulan pakai macam2 pekung keluar..


masa kat tuan dia nampak ok je..



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

nak beli myvi... tak yah beli honda jazz...dah lebih kurang sama..

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

harga pun jauh berbeza..


dulu2 pun minat jazz, tapi tak mampu..


belilah kereta malaysia..



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

takdo pun boli keto lombu jo.................




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: Haikal

"nak beli myvi... tak yah beli honda jazz...dah lebih kurang sama.."


        Jgn menyesal Bro... Nanti dah beli myvi tak puas hati...Jazz tu serious smart...


Fikir dulu bro...


               Kenangan masa zaman muda kat Langkawi...

-- Edited by tongkat30 at 08:40, 2005-05-29

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

quote:

Originally posted by: tongkat30

"         Jgn menyesal Bro... Nanti dah beli myvi tak puas hati...Jazz tu serious smart... Fikir dulu bro...                Kenangan masa zaman muda kat Langkawi...-- Edited by tongkat30 at 08:40, 2005-05-29"


mekacih tongkat30...saya dah pegi kajiselidik dah myvi... ada sedara keje perodua...


enjin ok....dia guna enjin renault sama macam kete avanza... smart...saya dah tgk on the road... oleh tahan.... tp xle la nak lawan jazz... berbaloi pada harga la...


tp kalau nak beli pon takkan beli skrg sbb kete tu masih lagi dalam percubaan...kete baru keluar ni awal2 byk masalah...tunggu setahun 2 bila diorg dah upgrate kan....baru bercadang nak beli....


p/s: kalu nak beli apa2 kete/hp/ apa2 je tak kisah... guna khidmat saya yer...hehehehee FOC!



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard