Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perubahan sikap bukan isu peribadi


Veteran

Status: Offline
Posts: 77
Date:
Perubahan sikap bukan isu peribadi


 



ABDULLAH Ahmad Badawi, mendukung Nuraqilah Mohd Sin, yang berusia 57 hari sambil diperhatikan oleh ibunya Anis Rahayu (kiri) semasa menghadiri majlis ramah mesra keluarga Pekida di Felda Lakum, Pahang semalam. - Gambar GHAZALI BASRI.




TEMERLOH 24 April - Seluruh rakyat perlu mengambil kira soal perubahan sikap sebagai urusan nasional dan bukannya sebagai isu peribadi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.


Perdana Menteri berkata, pendirian itu amat penting bagi memastikan Malaysia mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju selaras dengan hasrat Wawasan 2020.


``Kita tidak boleh menjadi negara yang benar-benar maju jika tiada perubahan sikap, minda dan pemikiran. Secara fizikalnya, nak ubah haluan sungai memang mudah tetapi nak ubah cara manusia berfikir bukan sesuatu yang mudah,'' katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra keluarga Pertubuhan Ekonomi Kebajikan Ilmu Dana Aman (Pekida), di Felda Lakum, dekat sini hari ini.


Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis dan Presiden Pekida, Datuk Dr. Mohd Fuad Ahmad.


Abdullah menegaskan, setiap tindakan yang dilakukan sama ada oleh individu, pemimpin politik, masyarakat dan majikan perlu disertai dengan pemikiran positif.


Di samping itu, katanya, mereka tidak harus sama sekali meminggirkan soal kejujuran dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.


``Sekiranya setiap pemimpin menjalankan tanggungjawab mengikut kaedah dan teladan yang betul maka orang yang dipimpin akan menuju jalan yang betul,'' katanya.


Bagaimanapun Abdullah berkata, usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh semua pihak bagi mengubah sikap manusia supaya mempunyai pemikiran yang baik dalam setiap amalan.


Pada majlis yang dihadiri kira-kira 45,000 ahli Pekida dan masyarakat Felda itu, Abdullah turut melancarkan Yayasan Pekida dan Koperasi Pekida Berhad.


Yayasan dan koperasi itu merupakan landasan pelaburan dan perniagaan kepada ahli-ahli Pekida dalam usaha meningkatkan martabat agama, bangsa dan negara melalui bidang ekonomi.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

satu lagi anjakan yang dibuat demi memartabatkan agama,bangsa dan tanah air... 

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard