Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ketika Kita Sibuk Dengan Tuntutan Hidup!


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
Ketika Kita Sibuk Dengan Tuntutan Hidup!


Kalau seseorang manusia dibiarkan kepada keinginan untuk memenuhi tuntutan kehidupan nescaya ia akan benar-benar sibuk dan kesibukan itu akan memusnahkanya. Kerana perlumbaan mengejar harta –walaupun pada pandangan kebanyakan orang akan membawa pulangan kebendaan - tetapi hakikatnya ia tidak berlaku kecuali dengan kehendak Allah. Allah sahaja yang berkuasa mengubah yang sedikit menjadi banyak dan menjadikan "tuntutan kehidupan salah" satu unsur yang akan membantu seseorang mentaati Allah.


Maka hendaklah ada di sana waktu diperuntukkan untuk dakwah, kerana ia adalah hak Allah yang sepatutnya lebih utama ditunaikan. Dan kamu tidak akan memperolehi dari Allah lebih dari yang telah ditetapkan dan kalau pun kamu memperolehinya ia tidak akan berfaedah kepada kamu kecuali dengan kehendak qadar takdir Allah jua.



Dan kamu tidak akan memperolehi dari Allah lebih dari yang telah ditetapkan dan kalau pun kamu memperolehinya ia tidak akan berfaedah kepada kamu kecuali dengan kehendak qadar takdir Allah jua.


 Kadangkala "perolehan" itu bertukar menjadi bala' yang menambahkan lagi masalah, penyakit dan beban kerja serta menjadikan kewujudannya tidak bererti atau seperti tidak wujud. Ada di kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang kaya dan ada yang miskin - kita tidak dapati orang kaya mereka bermewah dengan kekayaan mereka, sebaliknya mereka menyerahkan kekayaan mereka walaupun banyak kepada Allah, Rasulnya, orang Islam dan orang-orang fakir. Mereka dilambangi dengan keimanan yang menguasai mereka dan kecintaan mereka yang amat mendalam kepada kerja Islam.


Mereka tidak mengadu fakir walaupun ada di kalangan mereka yang sangat fakir dan tidak memiliki sesuatu. Meskipun begitu, mereka tidak pernah ketinggalan satu detik dari kerja membina daulah atau usaha jihad di jalan Allah. Mereka seberapa segera menyahut seruan Islam.  "Tuntutan kehidupan" sama ada kerana kaya atau kerana miskin, langsung tidak mengganggu mereka. Kesibukan hidup adalah salah satu unsur yang memberi kesan kepada tabiat manusia dari segi sumbangan, kerja, dan perasaan tanggungjawab terhadap kebenaran yang mereka imani.



Meskipun begitu, mereka tidak pernah ketinggalan satu detik dari kerja membina daulah atau usaha jihad di jalan Allah. Mereka seberapa segera menyahut seruan Islam.  "Tuntutan kehidupan" sama ada kerana kaya atau kerana miskin, langsung tidak mengganggu mereka



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah!  Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji,  apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


ikhlaskan diri dalam setiap perbuatan...................


 



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Selagi ada semangat 'aku' manakan ada ikhlas....

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Niat tak menghalalkan cara...Yg penting kena lah ikhlas kerna allah dlm setiap perbuatan...


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

jgn lah slalu ikut prasaan membuat


sesuatu perkara...lalai serta  leka  dgn  suruhannye...


amar maaruf nahi mungkar..



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

lupa diri.....................


nauzubillah minzalik



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard