Kalau seseorang manusia dibiarkan kepada keinginan untuk memenuhi tuntutan kehidupan nescaya ia akan benar-benar sibuk dan kesibukan itu akan memusnahkanya. Kerana perlumbaan mengejar harta –walaupun pada pandangan kebanyakan orang akan membawa pulangan kebendaan - tetapi hakikatnya ia tidak berlaku kecuali dengan kehendak Allah. Allah sahaja yang berkuasa mengubah yang sedikit menjadi banyak dan menjadikan "tuntutan kehidupan salah" satu unsur yang akan membantu seseorang mentaati Allah.
Maka hendaklah ada di sana waktu diperuntukkan untuk dakwah, kerana ia adalah hak Allah yang sepatutnya lebih utama ditunaikan. Dan kamu tidak akan memperolehi dari Allah lebih dari yang telah ditetapkan dan kalau pun kamu memperolehinya ia tidak akan berfaedah kepada kamu kecuali dengan kehendak qadar takdir Allah jua.
Dan kamu tidak akan memperolehi dari Allah lebih dari yang telah ditetapkan dan kalau pun kamu memperolehinya ia tidak akan berfaedah kepada kamu kecuali dengan kehendak qadar takdir Allah jua.
Kadangkala "perolehan" itu bertukar menjadi bala' yang menambahkan lagi masalah, penyakit dan beban kerja serta menjadikan kewujudannya tidak bererti atau seperti tidak wujud. Ada di kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang kaya dan ada yang miskin - kita tidak dapati orang kaya mereka bermewah dengan kekayaan mereka, sebaliknya mereka menyerahkan kekayaan mereka walaupun banyak kepada Allah, Rasulnya, orang Islam dan orang-orang fakir. Mereka dilambangi dengan keimanan yang menguasai mereka dan kecintaan mereka yang amat mendalam kepada kerja Islam.
Mereka tidak mengadu fakir walaupun ada di kalangan mereka yang sangat fakir dan tidak memiliki sesuatu. Meskipun begitu, mereka tidak pernah ketinggalan satu detik dari kerja membina daulah atau usaha jihad di jalan Allah. Mereka seberapa segera menyahut seruan Islam. "Tuntutan kehidupan" sama ada kerana kaya atau kerana miskin, langsung tidak mengganggu mereka. Kesibukan hidup adalah salah satu unsur yang memberi kesan kepada tabiat manusia dari segi sumbangan, kerja, dan perasaan tanggungjawab terhadap kebenaran yang mereka imani.
Meskipun begitu, mereka tidak pernah ketinggalan satu detik dari kerja membina daulah atau usaha jihad di jalan Allah. Mereka seberapa segera menyahut seruan Islam. "Tuntutan kehidupan" sama ada kerana kaya atau kerana miskin, langsung tidak mengganggu mereka
Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."