Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KENDURI KAHWIN AYAHANDA POK HUDARI - SERDANG


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
KENDURI KAHWIN AYAHANDA POK HUDARI - SERDANG


ASSALAMUALAIKUM WBT.


Kami ingin menyampaikan salam takzim untuk menjemput Semua Ayahanda, Kekanda serta semua adik beradik yang berkesempatan untuk menjemput dan memanjangkan jemputan kepada saudara seperjuangan untuk hadir kenduri perkahwinan anakanda kepada


AYAHANDA /// HUDARI & BONDA /// NURLELAWATI


Pada hari Sabtu, 18 Jun 2005


dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang


Di No. 112, Blok F, Persiaran Desa Sedang 1, Taman Desa Sedang, Seri Kembangan Selangor.


Semuga Kehadiran kita dapat memeriahkan majlis dan menambahkan keberkatan walimatulurus yang bakal di lansungkan.


 


Turut mengundang:



  • Paduka Ayahanda YB Senator Dato' Dr Hj Muhd Fuad Ahmad,
  • Kekanda Dato Husin Kepong/Subang Jaya
  • Kekanda Dato Amat Ali
  • Ayahanda Hj Malek Ranting,
  • Ayahanda Abang Paq SB,
  • Ayahanda Masrur,
  • Ayahanda Mat Deris,
  • Ayahanda Cik Gu Ghazali,
  • Ayahanda Razali,
  • Ayahanda Hj Mat,
  • Ayahanda Din Thailand
  • Ayahanda Ijad
  • Ayahanda Kapt Alias
  • Ayahanda Baharom
  • Ayahanda Murad
  • Ayahanda Pak Tam Krinchi
  • Ayahanda SudinAyahanda Syed Zul
  • Ayahanda Zaki Misai
  • Ayahanda Kandar (Serawak)
  • Kekanda Gleme,
  • Kekanda Dr Masjuki
  • seluruh warga R&D,
  • Kekanda Ismail Melati,
  • Kekanda Hatta,
  • Kekanda Zulfikri.
  • Kekanda Man Besar (Kelantan)
  • Kekanda Yunus Taiping
  • Kekanda Anuar (MBB)
  • Kekanda Cik Gu Latifi
  • Kekanda Jamal
  • Kekanda Pak Long Zainal
  • Kekanda Wahab PD
  • Kekanda Ali PD
  • Kekanda Nawi
  • Kekanda Pak Ngah Mempaga
  • Kekanda Shahidan
  • Kekanda Andak
  • Kekanda Rushidi
  • Kekanda Awie
  • Kekanda Bedul
  • Kekanda Din Carlifornia
  • Kekanda Don Bangi
  • Kekanda Jalal Pertama
  • Kekanda Ku Lah
  • Kekanda Mail DBKL
  • Kekanda Mi filem
  • Kekanda Nasir Ali
  • Kekanda Non Cheras
  • Kekanda Pak Tam Banting
  • Kekanda Razak Mat
  • Kekanda Sharin
  • Kekanda Sharul
  • Kekanda Talib Kepong
  • Kekanda Tok Ki
  • Kekanda Wak Rosli Serdang
  • Kekanda Wan G
  • Seluruh warga Pekida Parlimen Seputeh.






Semua anggota R&D samada baru ataupun lama di jemput untuk turut hadi pada malam sebelumnya (malam berkampung) iaitu 17 Jun bermula jam 9 malam untuk membantu persiapan.


Pakaian yang di tetapkan untuk malam itu dan pagi esuknya ialah Seluar Hitam, T-shirt Putih sehati sejiwa dan songkok. pakaian sewaktu majlis ialah Suit baju melayu Hitam serta songket hitam dan songkok R&D. Bagi mereka yg belum memiliki tag, sila datang ke kajang untuk mendapatkannya. Kita akan mengendalikan nya mengikut adat istiadat Pekida dan ingin menampilkan keceriaan, kasih sayang dan semangat ukhwah Islam Bersatu dalam majlis itu.


ANGGOTA KELAB KOMPANG WARISAN


Sila ambil perhatian bahawa kita akan membuat pesembahan dalam majlis itu.



-- Edited by pekida at 06:58, 2005-06-02

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:

ok gak... boleh kita masak sup malam tu...


ps: tak sabar nak tengok persembahan kompang r&d.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Maafkan saya nak tanya, ayahanda ni asal mana agaknya...? tak pernah dengar lak ...? angkatan ayahanda baru gak ker...?

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


Insyaallah saya akan turut serta jika tiada aral melintang. Boleh jugak timba ilmu lagi dari Ayahanda. Tak puas dapat 'makan' sikit jer. Bukan senang nak berguru dengan ayahanda. Sekali-sekala je tu. Sekali dapat, mintak ilmu lagi ayah.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Harap RND akan menampilkan imej yang terbaik supaya org ramai akan terpikat pada


kita...


Hidup RND...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

zackbikers wrote:


Assalamualaikum.../// Insyaallah saya akan turut serta jika tiada aral melintang. Boleh jugak timba ilmu lagi dari Ayahanda. Tak puas dapat 'makan' sikit jer. Bukan senang nak berguru dengan ayahanda. Sekali-sekala je tu. Sekali dapat, mintak ilmu lagi ayah.

Nampak gaya lain bentuk sup yg nak di makan malam kenduri tu yer bro zack... sruuupppp... sedap dan nikmat sup tuuu...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Sup tu lain. Lagi best dari sup ekor atau sup torpedo. Sekali hirup, terkebil mata rasa nikmatnya. Dah rasa nak lagi tu. Jom la try sekali Good Guy, mesti bestnya.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:

MENJUNJUNG KASIH KEHADAPAN AYAHANDA YG BERILMU BERIMAN... SEMUGA MAMPU MEMBAWA PEKIDA KE ALAF BARU.. ISLAM HADHARI.

__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

GoodGuy wrote:


Maafkan saya nak tanya, ayahanda ni asal mana agaknya...? tak pernah dengar lak ...? angkatan ayahanda baru gak ker...?

Ya, betul, ayahanda Hudari adalah bekas abang Long Terengganu yg sekarang telah di angkat menjadi khalifah. Anak beliau bernikah dengan penguatkuasa Majlis Bandaran Kajang dan pernikahan berlansung di Serdang.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

Ayahanda hudari ni ayah kawasan mana? InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan turt hadir. Ada sesiapa disini dari kawasan tersebut. Sila PM saya.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

assalammualaikum...


18/6/2005 saya dah ada di selangor... saya akan membantu dari segi tenaga saya... insayallah.. alhamddulilah....



__________________
marsos six time


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:

mesti best punya...


ucapan selamat menerima menantu kepada paduka ayahanda. Pasti kami sampai...



__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

LaKuM wrote:


Ayahanda hudari ni ayah kawasan mana? InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan turt hadir. Ada sesiapa disini dari kawasan tersebut. Sila PM saya.

BELIAU ADALAH AYAHANDA KAWASAN KUALA TERENGGANU. BEKAS ADIK BELIAU TERMASUKLAH ABANG LONG DUNGUN, ZULFIKRI, ABANG LONG KUALA BERANG DAN DURIAN MAS KEKANDA ADAM, ABANG CHIK TERENGGANU , MD NOR, ABANG NGAH DLL.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

s' mat pengantin baru......................



tahniah



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

moga2 kekal hingga ke anak cucu.....


selamat pengantin baru..


vatoslocos///



__________________
VL


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

selamat pengantin baru, semoga berbahagia selalu..............




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

macam saya ahli forum bolehkah saya menghadiri perkahwinan tersebut

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Assalamualaikum...


Amat di alu alukan bagi sesiapa saja, malah boleh anda ambil peluang ini untuk mengenali Pekida dan anggotanya (termasuk paduka ayahanda Hudari sendiri). Sila rakam nombor talipun saya dan uusetia kenduri tersebut jika terdapat sebarang kesulitan atau memerlukan keterangan lanjut.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

insyaallah saya akan sampai............selamat pengantin baru



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

Selamat pengantin baru.......semoga kekal ke anak cucu...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:

 


MENJUNJUNG KASIH, MENCEMAR DULI...


TIADA ARAL MELINTANG, SAMA-SAMA KITA RAIKAN...




__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

salam


Ahli forum boleh hadir ke?. nak bawak member-member boleh ker, ala bolehlah, ini peluang nak tingok cam mana orang-orang pekida buat kenduri kahwin.


Berdebar-debar nak tingok Nurul, kalau dia datang.



__________________
Kebenaran Itu Pasti


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

kenduri mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Cuti dah dapat...


Insyaallah akan turun sana...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

mmm tak sabar nak jumpa dan bersilatulrahim dgn saudara mara semalaysia. Tambah pulak ini kali pertama rnd menganjurkan kenduri kahwin... nak tengok gak macamana hebatnya kendalian rnd nih...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

Selamat pengantin baru

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:

bahagia ke ank cucu cicit piut... amin,,,

__________________
lamoon


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

Bantu dari segi tenaga memang perlu dalam perpaduan ummah. Tetapi tanggung jawab kita terhadap keluarga dan kerjaya jangan sampai terabai.

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
RE: KENDURI KAHWIN KELOLAAN R&D


 BERIKUT ADALAH LAMPIRAN YANG DI SISIPKAN KE BERSAMA KAD JEMPUTAN KHAS :


 





 


Assalamualaikum w.b.t.


YAB/YB/DATO’ SERI/DATO’/DATUK/DR/TUAN/PUAN


 


JEMPUTAN KHAS KENDURI PERKAHWINAN PEKIDA MALAYSIA KELOLAAN TASKFORCE UNIT R&D PEKIDA MALAYSIA.


 


Merujuk kepada perkara di atas, kami dengan rendah diri melampirkan kad jemputan khas untuk YAB/YB/DATO SERI/DATO/DATUK/DR/TUAN/PUAN ke Majlis tersebut.


 


Sesuai dengan saranan YAB Perdana Menteri selaku Penaung Pekida Malaysia di Felda Lakum April tahun lalu, yang turut di hadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Penasihat Kehurmat, dan Pembesar-pembesar Negara, iaitu agar Pekida sebagai NGO yang terbesar dan unik di negara ini melakukan perubahan halatuju melalui satu kajian terperinci dan proses pendidikan ahli, maka Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam telah ditubuhkan sejak setahun lalu.


                                                                                 


Unit ini dibuka 24 jam melayani masalah ahli dan telah melakukan usaha mendidik ahli dengan serius dan konsisten secara formal melalui kelas mingguan dan juga kaedah tidak formal, termasuk melului  Laman Web rasmi www.pekida.org yang telah mendapat hit sebanyak 85,000 dalam masa setahun. Kami juga mendidik ahli melalui dua portal Forum yang menerima lawatan purata 165,000 pelawat sehari dan 50,000 soal jawab dalam masa setahun. Web dan Forum ini juga aktif menangkis tohmahan liar terhadap Pekida.


 


Hasil dari pendidikan dan pelbagai program kebajikan yang dilakukan terhadap ahli, terutamanya generasi muda, maka ingin kami tampilkan mereka untuk mencerminkan perubahan imej dan disiplin yang telah berlaku melalui majlis ini. Diharapkan penampilan imej generasi Pekida Baru ini dapat merubah imej Agama, Bangsa dan Negara secara hakiki dan meluas.


 


Sekiranya diperlukan, Kami juga ingin menawarkan perkhidmatan mereka di kawasan pimpinan YAB/YB/DATO SERI/DATO/DATUK/DR/TUAN/PUAN samada untuk tujuan khidmat masyarakat ataupun khidmat politik demi kebaikan masyarakat keseluruhannya. Di samping dapat merapatkan perhubungan kasih sayang sesama kita melalui majlis ini, kami juga berharap mendapat bantuan semua pihak untuk menyebarkan berita positif terhadap Pertubuhan ini di lingkungan masing masing.


 


Hampir 30 orang dari keluarga besar Ayahanda Hudari, sebagai tuan rumah majlis ini adalah Ahli Pertubuhan ini. Urusetia majlis ini terdiri dari Anggota Taskforce, termasuk Taskforce Politik Dari seluruh negara. Perjalanan majlis akan kami paparkan sebagai bahan berita utama dalam Buletin rasmi dan Laman Web dan Forum Pekida untuk tatapan Umum.


 


Ingin kami dahului ucapan setinggi kesyukuran di atas kesudian Hadir, Insyaallah.


 


Salam Hormat Dari,


DR HJ MASJUKI BIN HJ MOHD MUSURI (013-3671112, 2299911, 2299930)


(PENGARAH UNIT R&D, LATIHAN & PERHUBUNGAN AWAM, PEKIDA MALAYSIA)



-- Edited by pekida at 09:50, 2005-06-15

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard