Baru2 ini sorang pemimpin melayu telah dengan beraninya mencabar supaya Kerusi KM P.Pinang digilirkan bersama oleh parti komponen dalam BN.Saya amat tertarik dengan usul ini yang di bawa oleh seorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kepimpinan politik P.Pinang.
Apa yang menarik untuk dibincangkan di sini ialah siapakah sebenarnya pemimpin ini.Apakah motif sebenar usul tersebut.Kenapakah isu ini tidak dibangkitkan oleh pemimpin ini dalam mesyuarat Bulanan Badan Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang yang dipengerusikan oleh YAB Pak Lah?
Saya percaya pemimpin ini ada niat untuk memburukkan imej Pak lah kerana seolah-olah Pak lah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dan membela nasib melayu P.Pinang.Adakah pemimpin ini sengaja hendak menjadi hero dalam pentas politik P.Pinang.
Untuk makluman,bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai yang telah diluluskan oleh Majlis Mesuarat Kerajaan Negeri P.Pinang di Ampang Jajar telah di tukar ke bandar Baru Perda yang dimajukan oleh syaraikat pemimpin ini.Proses pembatalan kelulusan ini adalah kerana beliau telah melobi kepada Tan Sri Dr.Koh.(Rujukkan minit Sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang)
Kalau pemimpin ini benar2 ingin memperjuangkan nasib melayu P.Pinang,kenapakah semua projek2 beliau dikendalikan oleh bukan melayu.
Seperti perpatah melayu : Dah bagi betis nak paha pula...Sebenarnya kemarahan pemimpin ini bukanlah kerana penindasan terhadap melayu P.Pinang tetapi adalah kerana 2 projek yang dimajukan oleh syarikat pemimpin ini tidak disokong oleh Tan Sri Dr.Koh.Ini telah mendorong beliau untuk membangkitkan usul bodoh ini supaya dapat melampiaskan nafsu amarahnya,menjadikan seolah-olah beliau adalah hero sebenar orang melayu P.Pinang Dan dengan harapan supaya Tan Sri Dr.Koh rasa tidak selesa dengan keadaan tersebut dan beliau bolehlah menbuat membuat tawar-menawar politik dengan Tan Sri Dr.Koh.
Pemimpin ini jugak sebenarnya sedang melobi melalui abangnya selaku menteri penerangan untuk memajukan tanah2 milik RTM di P.Pinang.
Inilah kisah sebenar ragam pemimpin politik di P.Pinang.Klu berginilah keadaan pemimpin politik di P.Pinang,cerahlah masa hadapan melayu akan berjaya menjadi bangsa terpinggiir di P.Pinang
Cemerlang Gemilang dan Terbilang.
Jangan Cakap Besar.
Kerana Dapat Projek Besar.
Perut pun dah makin besar.
-- Edited by carlos alonso at 11:39, 2005-06-01
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
bab politik nih saya tak pandai ...by the way...trimas carlos alonso coz ur info.....atleast org melayu penang tau la apa yg berlaku.........yg mana pemimpin sejati...yg mana talam dua muka.....yg mana tong dram...bunyi jer kuat tapi kosong...tima kasih sekali agik....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice