Saya ringkaskan beberapa perkara mengenai nafsu berdasarkan siri pengajian dan perbincangan saya di sebuah kolej islam..(utk kepastian, sila rujuk mereka yang lebih mengetahui. Petunjuk : nombor awalan merupakan surah dalam al-quran, no berikut selepas titik bertindih merupakan no ayat dlm surah berkenaan. Cth : 3:14 = surah ke-3, ayat ke-14)
Kalimat hawa nafsu di dalam al-Qur'an
Perkataan hawa nafsuditerjemah daripada kalimat syahwah (jamak syahawat) di dalam al-Qur'an. Terdapat lima ayat yang mengandungi kalimat tersebut, seperti berikut:
3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.
4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
7:81. Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."
19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan,
27:55. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki dengan syahwat (hawa nafsu) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."