Penghinaan Barat khususnya Amerika terhadap Islam bukan baru.Sepanjang sejarah Barat,dendam kesumat terhadap Islam berpanjangan sejak peristiwa Perang Salib hingga kini.Penghinaannya terhadap Islam,terhadap kitab suci Al-Quran,terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan terhadap sistem nilai Islam tidak pernah berhenti.
Yang terkini sudah pasti bukan yang terakhir ialah penghinaan tentera Amerika terhadap kitab suci Al-Quran di Kem Guantanamo seperti yang tersiar dimajalah 'Newsweek' 9 Mei lalu,peristiwa ini sebenarnya mengesahkan lagi amalan sebenar tentera Amerika terhadap umat Islam dibeberapa kem tahanan samaada di Afghanistan,Iraq atau ditempat lain seumpamanya.
Pendedahan 'Newsweek' ini adalah episod terbaru penghinaan Amerika bukan sahaja terhadap simbol agama malahan juga terhadap jiwa manusia khususnya umat Islam.Sesungguhnya penghinaan Amerika seperti kenyataan Human Right Watch(HRW) ialah mengesahkan bahawa kejadian di Kem Guantanamo adalah normal yang berlaku dimerata kem tahanan Amerika.
Memang jelas bahawa kejadian menghina kitab suci Al-Quran itu sebenarnya adalah perang bersenjata dan perang psikologi yang hebat antara tentera Amerika dengan umat Islam.
Kita menuntut Amerika supaya mengubah dasar dan mesti dilihat ia berubah terhadap umat Islam dan negaranya,permohonan maaf dan penarikan balik rencana tersebut tidak memadai dan tidak meyakinkan kerana episod ini adalah rangkaian terancang ke atas umat Islam.
Akhirnya tiada cara lain untuk umat Islam menghadapi Amerika dan kuasa Barat yang lain melainkan ialah dengan mengumpul segala bentuk kekuatan yang ada bagi menghadapi kekuatan mereka.
sebenarnya orang-orang kafir ni hendak menghancurkan Islam ini kerana mereka tidak dapat menerima apa yang ditulis didalam Al-quran walaupun mereka tahu isi kandungan benar... tapi disebabkan perasaan ingin mengubah kebenaran Al Quran itulah yang mendorong mereka untuk bersikap lebih agresif dgn Agama Islam ini...
islam tidak memusuhi mana2 pihak, tetapi pihak2 lain yg iri hati dengan kemajuan serta perkembangan membuat kan mereka takut akan kebangkitan ini yg membuatkan mereka memusuhi umat islam. tidak ada agama lain di dunia ini yg mengajar erti kasih sayang antara satu sama lain dalam erti kata sebenar2nya.
Sebenarnya org yg memusuhi Islam adalah org yg takut kebangkitan Islam....mrk takut islam bersatu...mrk jugak termakan pujuk rayu yahudi laknatullah nih yg mmg tak mengiktiraf satu pun agama di bumi ini mahupun agama kristian...wake up my brother and sister of cristian....they(Jewish)will stab you all from behind...believe me.... Dont be stupid
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice