Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Uji iman anda.........


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Uji iman anda.........



Uji iman anda.....try la..


tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca
ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang
jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua
orang lelaki


yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua
biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka
segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang
sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...


Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke
arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang
hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....


Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah....


Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang
mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa
mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat
lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit dalam alQuran"


"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak
cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang
berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama


Lawak kan???


Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang
yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...


berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa
banyak????


Wallahualam..


p/s : semoga kita dapat pengajaran.. take it serious k..!!!



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Lawak memang lawak tapi realiti...


Moga aku dijauhkan dari menjadi badut itu!!!



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Baru tahu siapa yg ingin berjuang...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

Satu posting yg menarik...bagus bro along......

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard