Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Menziharkan Isteri


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Menziharkan Isteri


Dalam persiapan diri menuju hari bahagia, aku ada terbaca artikel
tentang menziharkan isteri.Makin banyak aku pelajari, makin banyak
pulak yang aku tidak ketahui.

*************************************************************************************

"Eh tengok muka anak kita sayang, macam muka sayang. Tengok matanya,
hidungnya, bibirnya, semua macam mama dia," kata si suami kepada
isterinya yang baru melahirkan anak sulung mereka. Fenomena ini memang
biasa terjadi dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ramai yang tahu
apabila seorang suami melafazkan kata-kata sedemikian, hukumnya adalah
berdosa besar.

Kata-kata seperti di atas disebut 'zihar' yang dari segi bahasanya
bermaksud, ucapan atau lafaz suami yang menyerupakan isterinya dengan
ibunya sehingga haram dia menyetubuhi isterinya dalam keadaan
sedemikian. Namun, tidaklah sehingga jatuh talak dan menyebabkan
pasangan itu mesti bercerai.

Hukum zihar berlaku apabila seseorang itu telah memenuhi empat rukun
seperti berikut, telah menjadi suami dan isteri (belum bercerai atau
isteri yang dalam keadaan iddah) yang sah, orang yang disamakan dengan
isterinya adalah mahram suami dan lafaz zihar secara terang-terangan
atau sindiran (melalui tulisan, mahupun bahasa isyarat yang boleh
difahami).

Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:

"Orang-orang yang menziharkan isterinya di antara kamu, (menganggap
isteri sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka.
Ibu-ibu mereka tiada lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan
sesungguhnya, mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang
mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."

Hukum zihar akan jatuh apabila suami mempunyai pertalian darah dengan
empat kategori mahram iaitu, kategori secara keturunan, ibu tiri,
secara susuan dan ibu mentua. Mereka yang tergolong dalam kategori
secara keturunan, ialah ibu kandung suami, nenek kandung suami, anak
saudara perempuan suami, anak saudara perempuan isteri, cucu saudara
perempuan suami, adik-beradik perempuan suami (termasuk adik tiri sama
ada sebelah ibu atau sebelah bapa), ibu saudara suami, anak kandung,
anak suami (anak tiri isteri) dan anak isteri (anak tiri suami).

Syarat bagi kategori ibu tiri pula, (yang hanya boleh jatuh ziharnya)
ialah seseorang lelaki itu telah mempunyai ibu tiri sebelum
kelahirannya ke muka bumi ini. Hanya ibu tiri ini yang tidak boleh
disamakan dengan isterinya.

Akan jatuh ziharnya jika si suami menyamakan anggota si isteri dengan
nenek susuan (ibu susu kepada bapa atau ibu suami), kerana ketika itu
si suami belum dilahirkan ke dunia ini. Tetapi tidak jatuh zihar, jika
suami menyamakan anggota isteri dengan ibu susuan suami kerana ketika
itu si suami telahpun lahir ke dunia. Juga tidak jatuh zihar, apabila
si suami menyamakan isteri dengan adik-beradik sesusuan, anak saudara
sesusuan, ibu saudara sesusuan baik dari sebelah ibu susu mahupun bapa
susu.

Kedudukan ibu mentua kepada suami adalah seperti ibu kandungnya juga.
Dan ibu mentuanya itu adalah mahram yang kekal biarpun si isteri telah
meninggal dunia. Apabila si suami melafazkan zihar ke atas isterinya
yang menyerupai ibu mentuanya, maka jatuh zihar itu.

Adapun begitu, zihar hanya akan jatuh apabila si suami melafazkannya.
Jika ia hanya terdetik di dalam hati, maka tidak jatuh zihar ke
atasnya. Zihar hanya akan jatuh apabila si suami menyamakan anggota
badan isterinya seperti muka, mata, tangan, kaki, telinga, bibir,
hidung dan sebagainya dengan anggota badan mahramnya. Manakala
anggota-anggota batin seperti jantung, hati, akal, air mata, peluh dan
sebagainya tidak termasuk dalam lafaz zihar dan tidak jatuh zihar ke
atasnya. (Isteri yang melafazkan zihar kepada suaminya tidak jatuh
zihar tersebut.)

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka
hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib
atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami isteri itu
bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Syarat yang pertama untuk membersihkan dosa dari kesalahan zihar ialah
memerdekakan seorang hamba. Berikutan kemodenan negara kini, sistem
perhambaan sudah tidak ada, maka dengan sendirinya syarat pertama
tidak boleh dipakai. Dengan itu suami tersebut perlulah menjalani
syarat yang kedua, iaitu berpuasa selama dua bulan berturut-turut.

Dalam syarat yang kedua ini, si suami tidak boleh meninggalkan walau
seharipun puasanya dalam tempoh 60 hari tersebut. Jika tidak, si suami
perlulah mnegulanginya semula. Seperti contoh, si suami telah berpuasa
selama 59 hari, tetapi pada hari tersebut si suami mengalami sakit
yang amat sangat, dan memaksanya berbuka kerana dikhuatiri akan
memudaratkan dirinya. Oleh kerana pada hari yang ke-59 si suami telah
berbuka puasa, maka dia wajib mengulangi puasanya semula dan 58 hari
puasanya sebelum dia jatuh sakit, akan terbatal. Apa yang perlu
diingatkan ialah suami tidak boleh menyetubuhi isterinya selama tempoh
berpuasa tersebut. Jika si suami tidak juga mampu untuk berpuasa
selama dua bulan berturut-turut, maka bolehlah dia beralih kepada
syarat yang ketiga.

Syarat yang ketiga ialah membayar 60 cupak beras kepada 60 orang fakir
miskin yang layak menerima zakat fitrah. Jika tidak mampu untuk
memberi sekaligus, maka bolehlah diansur-ansur membayarnya, sehingga
habis 60 cupak beras itu. Setelah habis membayarnya, barulah dia boleh
menyetubuhi isterinya.

Cerai bukanlah penyelesaian masalah. Biarpun pasangan suami isteri itu
bercerai (talak satu misalnya) hanya kerana hendak menghapuskan hukum
kafarah zihar, dan akan menikahi semula isterinya sebaik sahaja telah
tamat tempoh iddah, maka apabila mereka bersetubuh, maka zinalah
perbuatan mereka dan berlipat gandalah dosa mereka berdua hanya kerana
denda bagi kesalahan yang pertama belum dilaksanakan.

Demikianlah satu lagi pengajaran buat kita semua umat Islam. Jagalah
setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, kerana mungkin perkataan
itu akan mengundang murka Allah, tanpa kita sedari.




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

Alhamdulillah....bertambah lagi ilmu pengetahuan yang berguna untuk diri saya...tq bro...rupa2nya...masih banyak yg saya tak tahu....tq bro... 

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

Ilmu titi kejayaan

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 37
Date:

assalamualaikum


Zihar bermaksud menyamakan isteri dengan salah seorang perempuan yang haram dikahwininya samada ibu , adik atupun ibu saudara .


  Lafaz zihar terbahagi kepada dua :


  Sarih ( terus terang ) : iaitu lafaz yang menunjukkan kepada zihar secara jelas seperti kamu seperti belakang ibuku . ( maksud belakang menunjukkan bahawa si isteri seolah-olah tunggangan bagi suami ) . Jadi inilah makna asal zihar yang digunakan di zaman Jahiliyyah apabila hendak menceraikan isteri mereka . Apabila lafaz ini diunggapkan maka ia dianggap sebagai zihar walaupun bersama niat ataupun tidak .


  Kinayah ( sindiran ) : iaitu lafaz yang mempunyai kemungkinan makna zihar ataupun tidak seperti berkata : kamu padaku seperti ibuku ataupun kakakku .


  Apabila lafaz ini diungkapkan , sekiranya ia berniat zihar maka ia menjadi zihar . Tetapi sekiranya ia hanya sekadar untuk menunjukkan kepada kekaguman maka ia tidak dianggap zihar .


macamana? ada benarkah?



__________________
serat_buntu


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

PERKARA NI RAMAI YG TAK TAHU... PATUT DISEBARAKN MELUAS..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

tue ar pasal bro haikal.. kengkadang org terlepas ckp,tak tau.. isk, bahaya nie...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Terima kasih kpd bro anakomar yg memberikan info ni...saya pun baru tau...


saya penah gak buat benda ni...Dah la nak tebus balik agak berat...


Kalau tak tahu mcm mana pula hukumnya???Saya akan rujuk ustaz...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard