Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ustaz Hj. Akil - Interesting!!


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:
Ustaz Hj. Akil - Interesting!!


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat
bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang
jadi
ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk
kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan
aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda
'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi
gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai
tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak
yang
tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada
ahli
keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar
masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja
maju
dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar!
Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)

__________________
~AMAR MAKRUF NAHYIL MUNGKAR~


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Thanks bro...tapi jangan kita hanya sekadar mengangguk dan menggeleng je...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

A'kum...


          Memang penuh bermakna petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa,saye memang peminat Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Mcm² cd ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa saye simpan,trima kaseh selendang putih sbb posting utk tatapan rakan² seperjuangan...///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

Renungkan lah.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

Tq bro...satu madah yang penuh makna....

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG
AnN


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

hmmm..tp jgn kita hanya terlepas baca atau pandang jeq..

__________________
.:tidak yang mudah kecuali sesuatu yang engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan susah itu mudah:.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Hmm...


best gak...thank's bro...


Jadi kan pengajaran dan sempadan...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

betul tu.................


sendiri mau ingat. kita selalu lupa, tapi ketentuan itu tetap akan berlaku apabila masanya telah tiba.



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard